Tulisan ini saya petik daripada tulisan Profesor Emiritus Dato’ Dr Isahak Haron, Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim Perak. Dua kertas kerja tersebut yang beliau bentang Seminar  Mengembalikan Populariti Tulisan Jawi Dlam Kalangan Masyarakat Malaysia di IPG Kampus Ipoh pada 22 dan 23 Oktober 2012.
Mudah Belajar Jawi: Kaedah Gabung Bunyi Kata (KGBK)
Salah satu objektif penting j-QAF supaya semua murid muslim sekolah rendah dapat membaca dan menulis jawi. Dengan kemahiran asas ini murid-murid akan lebih mudah membaca bahan-bahan Pendidikan Islam termasuk buku teks, buku rujukan dan buku kerja lain. Dengan itu pengetahuan , amalan dan penghayatan mereka terhadap agama Islam akan lebih baik.
Kaedah Gabungan Bunyi Kata  bermaksud gabungan pendekatan fonik (bunyi dengan pendekatan “seluruh perkataan” (whole word). Tetapi berdasarkan ciri-ciri istimewa yang terdapat dalam Bahasa Melayu, seperti Islam, seperti sistem ejaan jawi yang fonemik, suku kata yang jelas, dan tatabahasanya yang lebih mudah (berbanding dengan bahasa Inggeris, KGBK ini di dapati berkesan dibandingkan dengan kaedah abjad atau kaedah seluruh perkataan. (Dapatan kajian saya dan rakan-rakan tentang pengajaran-pengajaran awal membaca Bahasa Melayu Rumi 2003.
Seterusnya beliau menyarankan:
Tips panduan am dalam pengajaran Jawi
1.    Latihan menulis huruf dan suku kata Jawi ialah untuk memahirkan mereka menulis huruf dan suku kata Jawi
2.    Menulis apa yang dibaca ialah juga mengukuhkan kecekapan membaca…..

Pandangan saya:

Sering saya ingatkan pelajar-pelajar, kalau murid tidak celik Jawi-jangan salahkan mereka. Letakkan diri sendiri di tempat pertama untuk muhasabah diri untuk terus memperbaiki amalan pedagogi . Kalau belum memulakan pengajaran dan pembelajaran sudah menyalahkan murid susah nak faham, bagaimana mereka nak dapat ilmu. Kalau belum bermula sudah didoakan murid susah dan lambat dapat bagaimana mereka hendak pandai. Kalau uztaz dan ustazah tidak yakin bagaimana ilmu nak sampai kepada murid. Kalau Bahasa Melayu murid cemerlang kenapa Jawi dia lemah?

Dalam mendidik murid menulis Jawi, ustaz adan ustazah mesti  berfikir bagaimana untuk mewujudkan suasana dinamik di dalam bilik darjah. Ustaz & ustazah mesti berfikir bagaimana untuk memudah penyampaian, supaya murid minat dan pintar Jawi. Kalau usaha tidak gigih, jangan mendambakan dapatan yang lumayan? Kata Iman As-Syadie ada enam asas dalam menuntut ilmu.  Salah satunya daripadanya ialah bimbingan daripada guru.

Dalam satu kertas kerja lain yang Profesor Emiritus Dato’ Dr Isahak Haron bentangkan dapatan yang bertajuk; Peningkatan Kembali Pemulihan Jawi Datu Tinjauan.  Di akhir kajian beliau mencadangkan semua pelajar yang lemah dan buta huruf ini diberi pemulihan 2M Jawi, dengan KGBK. Kajian menunjukkan Jawi ini mudah dan berkesan untuk pemulihan 2M murid dan pelajar kategori ini. Kaedah ini diiktiraf oleh Islamic Educational Scientific and Cultural organization (ISESCO) sebagai satu kaedah inovatif pengajaran 2m skrip Arab (jawi) yang berkesan dan dianugerah ISESCO Literacy Prize, diperhimpunan ISESCO di Rabat Morocco, pada Disember 2006.

KGBK ini telah saya cadangkan kepada pelatih sewaktu Latihan Mengajar selama 14 Minggu yang lalu.  Ternyata Berjaya. Terima kasih Prof…. Ketika saya mohon beliau  tanda tangan pada buku hadiah pemberian beilau, hanya sepatah yang beliau tulis: Ajarkan….yang membuatkan saya terpempan berfikir. Sikap rendah diri dan mengharap laba akhirat.

Sikap beliau mengingatkan saya kepada ungkapan dialog dalam  Buku Biografi Muhammad bin Abdullah. Memetik dialog di antara  Saad bin Ubadah dan Muhammad (Zulkifli Mohd Yusoff, Noor Naemah Abd. Rahman, 2010): apakah  ganjaran yang mereka penduduk Madinah akan dapat jika mereka mempertahankan beliau seperti mereka mempertahankan isteri dan anak mereka. Muhammad berkata, “Untuk kamu syurga Allah. Tidak ada janji keduniaan tetapi untuk kamu syurga Allah. ” 

Pesan saya kepada pelajar, utaz dan uztazah; sekarang ini zaman ICT, kenapa anda masih mengajar jawi cara lambat. Mesti menguasai semua huruf satu persatu terlebih dahulu. Hakikatnya bukan semua huruf diguna pakai serentak. Tambahan pula murid  yang anda ajar juga sudah berada di tahun 3, tahun 4 dan sebagainya?

Kalau murid pandai membaca dalam rumi tapi lemah jawi bermakna kita yang lemah, kurang dinamik menangani murid.
Kalaupun tulisan Jawi hanya sebahagian dari mata pelajaran Pendidikan Islam yang  diajar  dua waktu (30 minit satu waktu) seminggu, tidak bererti kita kalah. Kalau strategi p&p kita mantap dan tepat kita akan dinanti oleh murid. Anda akan dicari oleh murid jika meninggalkan kelas untuk bermesyuarat atau sebagainya…Usah dikeluh waktu yang sedikit. Kalau banyakpun tidak dimanfaat, “untuk apa”????
Terpilih sebagai Pemenang sagu hati dalam Pertandingan tulisan Khat dan disebelah ialah Tn. Hj. Razali b. Manaf, penerima hadiah peserta paling aktif dalam seminar.
Bacaan lain:
1. Sambung Menyambung:Kaedah Gabungan Bunyi-Kata: Bicara Permulaan
2. Anak didik inovatif dan kreatifhttp://aisahabol2010.blogspot.com/2012/05/guru-inovatif-melonjakkan-transformasi.html

0 Responses to "Pantas Jawi, Pintar Jawi"

Catat Ulasan

  • Salam Pertemuan




    Pembaca yang budiman,




    Mengisi ruang kecanggihan teknologi ICT, media ini sebagai penghubung di antara saya dan anda. Idea yang dipaparkan memang pendek isi maknanya. Pengisian yang diketengahkan untuk direnung dan difikir agar bersama kita celik akal. Sekadar untuk didik diri sendiri dan mengasah bakat dalam penulisan, selagi nafas boleh lagi dihela.




    "Kerja ke depan, Muhasabah ke Belakang"




    Sekian,



    Salam hormat dari saya




    Ai'sah Abol


    Blog Archive

    Pelawat

    blog counter free counters