1. Sambung Menyambung:Kaedah Gabungan Bunyi-Kata: Bicara Permulaan
2. Anak didik inovatif dan kreatifhttp://aisahabol2010.blogspot.com/2012/05/guru-inovatif-melonjakkan-transformasi.html
Posted In
Jiwa Pendidik,
Rehlah Ilmu
|
0
Ulasan
|
edit
Posted In
Jiwa Pendidik,
Rehlah Ilmu
|
0
Ulasan
|
edit
Posted In
Jiwa Pendidik,
Rehlah Ilmu,
Teladan
|
0
Ulasan
|
edit
Di Makkah, di Madinah dan di Indonesia rakyat Malaysia cukup pemurah sebagai pembeli barangan untuk cenderamata kepada taulan mahupun untuk saudara mara. Namun jika berfikir dengan membazir, berfikir dengan berkenan, berfikir dengan cantiknya barangan, semua itu membuatkan kita berfikir untuk memilih tidak perlu berlebihan ketika membeli. Apapun lain padang lain belalangnya. Lain orang lain pula pandangan. Apa yang penting, tepuk dada tanya iman, rujuklah ilmu yang juga di dada.
Posted In
Rehlah Ilmu
|
2
Ulasan
|
edit



Tamat pembentangan petang hari ketiga masing-masing menjadi "lipas kudung" mencari destinasi. Waktu berbaki hanya beberapa jam. Keliling pulau dengan bot laju asalnya hampir berkubur menjadi mimpi kerana tak cukup "ahli bot". Alhamdulillah, sampai juga hajat akhirnya.
Menjadi saksikan burung helang, menyambar makan dipermukaan air. Bukan seekor. Banyaknya.... Melihat secara dekat, secara semulajadi. Subhanallah!!! Kebesaran Allah. Rasa-rasa terdengar berdezup bunyi libasaan sayap helang melintas di kepala.
Menjadi bot terakhir keliling pulau. Disempatkan juga mendaki ke tasik Pulau Dayang Bunting yang dikatakan indah. Benar-benar kami yang terakhir. Pekerjanya juga kami selisih dijalanan sewaktu mendaki. Langkah diatur dengan pantas!!! Namun masih sempat menyaksi kebesaran Allah. Batu dan pokok masih boleh hidup bersama, bahu membahu. Memang tasiknya tenang. Memang cantik. Memang mendamaikan. Memang menawan.
Posted In
Rehlah Ilmu
|
0
Ulasan
|
edit
ama bagi saya, cuma cara yang berbeza. Di Tanah Suci sambutan penuh tanggungjawab terhadap Allah SWT. Di Malaysia, kuih-muih, limpahan makanan yang membaris di meja makan, periuk dan kuali yang membubun dengan rendang sebagai penambah seri menunai tanggungjawab.
ak berharta, tetapi tetap jihad memberi bekal ilmu sebagai harta.Dek kerana bukan dekat jaraknya, cuti pula cukup pendek, raya sajalah "di mana bumi di pijak, di situ langit dijunjung" Ada rakan menangis. Ada rakan biasa-biasa.
tanggungjawab yang digalas. Tiada rendang, tiada ketupat. Malah kadangkala lupa dan tidak sempat untuk berfikir, bahawa pada ketika itu di Malaysia meja makan penuh dengan makanan, sampai tiada ruang untuk meletak tangan untuk menongkat dagu. Di pasar ada peniaga sampai lengoh tangan menjual barang, mengira laba rezeki.
matahari. Bertugas dalam limpahan mutiara air hujan. Uniform yang tadinya kering sudah basah kuyup. Tidak cukup payung, bag plastik untuk sampah jadi sasaran. Mengurus dan mengendali jemaah haji menjadi agenda utama rutin harian. Pengurusan berpasukan dan ISO digalas dengan amanah. Dalam masa yang sama ibadat melontar tidak diabaikan. Mina tetap menjadi agenda.
Posted In
Rehlah Ilmu
|
0
Ulasan
|
edit
ya, namun dapat menyumbang tenaga kepada agama melalui TH amat memberi manfa'at yang tak terhingga buat diri saya. Bak ungkapan dalam peribahasa: “jauhari juga yang mengenal manikam.” TH mendapat pujian nombor satu terbaik di dunia daripada Perdana Menteri Malaysia, YAB Datuk Seri Najib bin Abdul Razak dan daripada masyarakat antarabangsa , saya tempias merasa gembira. Mendengar ucapan pujiannya teruja sendiri, menghilangkan lelah penat seharian bekerja. Menyertai TH membuatkan saya banyak belajar tentang diri sendiri dan belajar tentang manusia, juga belajar mengenai agama. Dalam keadaan kekangan waktu yang menghambat, ada tanggungjawab utama yang harus ditunai, tetapi masih dapat memberi ruang menyemai ilmu untuk bakal tetamu Allah (ketika di Tanah Air) gembira bukan kepalang. Mengerah keringat dan berbakti untuk tetamu Allah (ketika di Tanah Suci) ke arah mendapat haji mabrur satu anugerah rohani cukup bernilai. Ianya menjadi “makanan tambahan” dan “santapan minda” untuk saya membangun dan membina diri sebagai hamba Allah melaksanakan tanggungjawab utama harian.
Untaian ucapan terima kasih kepada Pn. Hajah Zariah Johari, Pengetua
, SMK Abu Bakar Al-Baqir (pada ketika itu), dan Tn Hj Abd Kadir bin Basiran, Pengarah Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kampus Ipoh (sekarang), yang menyokong tugasan saya di Tanah Suci, juga di Tanah air menunaikan tanggungjawab membantu umat Islam Malaysia adalah sokongan moral buat saya. Terima kasih tidak terhingga juga kepada taulan dan keluarga yang tidak kering bibir memberi sokongan moral untuk terus berbakti untuk agama demi Negara. Hanya Allah yang adil menilai sumbang bakti yang kita semai. Moga ada laba pahala dapat kita tuai bersama bila kita “pulang” nanti.
Terima kasih TH, terima kasih semua
Posted In
Haji dan Umrah,
Rehlah Ilmu
|
0
Ulasan
|
edit
tiada. Dia sudah ada nama baru Akademi Pengajian Universiti Malaya (APIUM) Kalau dulu berjiran dengan Fakulti Undang-undang, kini dan hari ini sudah beralih di kawasan yang cukup luas. Kalau dulu hanya ada Fakulti Syariah, Fakulti Usuluddin, dan Fakulti Pendidikan. Tetapi hari ini sudah ada dua belas jabatan: - Jabatan Fiqh dan Usul (Sains Kemasyarakatan)
- Jabatan Siasah Syar'iyyah
- Jabatan Syariah dan Ekonomi

- Jabatan Syariah dan Pengurusan
- Jabatan Syariah dan Undang-undang
- Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam
- Jabatan Al-Quran dan Al-Hadith
- Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan
- Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam
- Program Pendidikan Islam
- Program Pengajian Islam
- Program Sains Gunaan dengan Pengajian Islam
Ucapan Prof Dr Ab Aziz Mohd Zin, dalam Wacana ALIM RAYA 2011:
Halatuju Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya" sempena ALIM RAYA REUNION 2011 (Persatuan Alumni Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya) betapa intelek-intelek dan Pengarah-pengarah terdahulu di AIUM telah berfikir untuk perkembangan hari ini, sebagai contoh, sehingga wujudnya Program Sains Gunaan dengan Pengajian Islam. Terkenang saya kepada Prof Dato' Dr Mahmood Zuhdi Abdul Majid yang juga pernah menjadi Pengarah di APIUM. Sehingga hari ini kalau saya membaca buku-buku atau tulisan beliau serasa berada dihadapan beliau di dalam bilik kuliah. Kagum dengan pemikiran beliau yang kritis. Alhamdulillah keakraban itu hingga hari ini, hingga akhir nafas, selagi nadi masih berdenyut.
Posted In
Rehlah Ilmu
|
0
Ulasan
|
edit
Since I know that we would seeing each other every week, I feel we should be frank with each other. Sometimes I feel lost for words but I’m in progress of learning.
I get panic on what to do. Each time 2.30 pm approaches, I leave Almighty, Allah guide me to find the topic from Wikipedia. My goodness…why I am looking the reading in English. In bahasa will help me more. I cannot reprint the text because, it is fifteen minute to 2.30 pm. Social Contract is the first topic in today’s lecture. I know I will survive!!!
Two handsome boys answered my question in English. Subhanallah…he spoke like an American. He spoke real good! Actually I couldn’t understand even a word.
“Ai’sah Abol, be honest, wake up and tell them the truth… O Allah, guide me Allah. Guide me…” I monologed in my heart.
My student, Coud you please use bilingual, I would understand you better. Today is my first day to teach in English in my life., please…..”. I bagged. Day by day I gained confidence and my English. I realize, I became aware beautiful English language is. My student gave me full attention during my lesson. They are wonderful group of K 12 and always work as a team.
To appreciate them I have to write in English. I became aware how beautiful English language is. I want for them to read. Although they are not same religion and race with me, I love them just like the rest.. They gave me good response during my class and show me good behavior. I know they will be a good teachers in future. They give me the spirit, the enthusiasism, the love and the inspiration when they expose their heart to me on a piece of paper.
My students, thank you very much: “ You Make Me One Step Better”.
Posted In
Rehlah Ilmu
|
0
Ulasan
|
edit
Sudah tiga kali dan satu jam merayau-rayau, berputar-putar di kawasan yang sama mencari jalan ke Langgak Tunku, Off Jalan Duta. Plan baru harus dijana. Pulang semula ke penginapan. Naik teksi yang tahu jalan. Pemandu teksi pula jawab macam tahu tak tahu. Saya sedikit takut. Tekad saya bulat. Tak apa. Kos dia juga harus dibayar andai gagal sampai sekalipun.
akna untuk agama, diri dan masa depan, mudahkanlah ya Allah, ya Allah.....Semuanya hanya kerana Seminar Wanita dan Cabaran Pasca-Modenisme : Penilaian dari Perspektif Islam. Ternyata tidak merugikan dengan10 kertas kerja yang dibentang dapat saya ikuti. Minda yang awalnya sarat dengan hambatan peperiksaan yang bakal dihadapi, jadi lapang dengan majlis ilmu. Berlalu pergi penat dan lelah musafir dalam rehlah ilmu. Alhamdulillah....
Posted In
Rehlah Ilmu
|
0
Ulasan
|
edit
Setahun sekali membaca dan duduk menadah kitab. Mencari redha Allah dengan menajam ilmu. Dulu Bahrul Wafi kini, hari ini dan seterusnya Bughyatut Tullab. Kata Yg Berbahagia Dato’ Fadhil Awang, salah seorang Ahli Jawatankuasa Penasihat Ibadat Haji, Tabung Haji Bughyatut Tullab adalah di antara kitab yang paling sukar untuk difahami dalam pengajiannya di pondok.
Inlah cabaran baru bagi Pembimbing Ibadat Haji (PIH), terutama yang tidak pernah mengharung rehlah Ilmiah di pondok, yang kaya dengan didikkan ilmu yang mapan. Berjasa dalam melahirkan barisan mufti yang mahir menyelesai masalah agama masyarakat. Kemahiran insaniah yang cukup tinggi. Institusi pondok tidak di anggap pendidikan formal, tetapi berjaya melahirkan modal insan usahawan dalam pelbagai bidang.
Tidak seperti warga pondok yang tekun bersila menghadap guru, PIH dalam restu Allah, hadir duduk berkumpulan membaca, menelaah dan memaham maksud yang cuba disampai oleh pengarang tersohor, Syeikh Daud bin Abdullah bin Idris al-Fatani. Hotel Putra Palace jadi pondok moden kami di Kursus Tafaqquh Zon Utara. Tersalah baca, kabur pembacaan, kabur juga maksud penggunaan kata. Tidak tercapai akal memahami kata pengarang, Dato’ Fadhil sedia dirujuk memperjelaskan. Terserlah maksud, faham kandungan, dicerna pula dalam pembentangan. PIH berkongsi lagi. Selesai pembentangan kumpulan, kata sepakat diputus bersama, dikongsi lagi dengan PIH dari Selatan, Timur dan Barat dalam PIH Face Book Group. Pesan Yg. Berbhg Dato” Fadhil Awang, “… bila balik nanti pakat-pakat bacalah lagi …”
Di Tanah Suci PIH yang pelbagai latarbelakang pekerjaan, bekerja dalam satu pasukan dengan pegawai-pegawai TH yang baru dikenali di sana. Di Malaysia TH mengatur PIH belajar berpasukan, PIH merasainya menelaah kandungan kitab klasik cara moden, cara intensif. Terima kasih lagi buat Bahagian Bimbigan Tabung Haji, punya idea yang bernas dan semoga bahagian ini terus menjadi teraju paling hadapan dalam ISO di Tanah Suci mahupun di Tanah air. Terima kasih juga Yg, Berbhg Dato” Fadhil Awang. Kami PIH, Insya Allah terus membantu, selagi daya, gigih berusaha, istmewa buat TH.
Demi agama untuk Malaysia.

Posted In
Rehlah Ilmu
|
0
Ulasan
|
edit
Pada 18 Feb 2011 hingga 21 Feb 2011, bertempat di TAHA D'Mutiara, Pulau Pinang Muzakarah Haji Kebangsaan kali ke 27 telah berlangsung. Program percambahan ilmu anjuran Lembaga Tabung Haji, berjaya mengumpulkan seramai 332 orang peserta termasuk peserta dari luar negara, seperti Indonesia, Brunei, dan Thailand. Peserta yang terpilih adalah terdiri daripada Pembimbing Ibadat Haji di Tanah Air.
Sebanyak 4 kertas kerja telah dibentangkan oleh Ahli Jawatankuasa Penasihat Ibadat Haji, Tabung Haji/ JAKIM. Tema kali ini ialah, "Ilmu Pemangkin Kemabruran
Haji".
Penyelesaian masalah melalui bengkel juga dilakukan.
Pembimbing Ibadat Haji 1431H diharapkan dapat memperkasakan dan memantap kefahaman bakal jemaah haji ketika memberi penerangan kerja-kerja haji. Penyampaian yang berkesan ketika dalam bimbingan pada setiap minggu adalah, hasil daripada perbincangan kertas kerja dan bengkel yang dilakukan sepanjang muzakarah berlangsung.
Sebaik tamat muzakarah, maka bermulalah kursus haji mingguan yang kini
dikenali sebagai Kursus Asas Haji, yang akan laksanakan secara serentak di seluruh negara pada 27 Feb 2011. sebanyak enam belas siri.
Posted In
Rehlah Ilmu
|
0
Ulasan
|
edit
Untuk kesekian kalinya Bahagian Bimbingan Haji menga
njurkan Kursus Pengukuhan Guru Agama Musim Haji 1431H/ 2010M, pada 18 hingga 21 Jun 2010. Peserta-peserta kursus terdiri daripada Pembimbing Ibadat Haji dari seluruh negeri di Malaysa. Pembimbing Ibadat Haji ini terlibat secara langsung dengan Kursus Haji Bersiri dan Kursus Intensif dan Kursus Haji Perdana.
Pembimbing yang datang dari pelbagai agensi dan jabatan seperti, Kementerian Pelajaran, Institut Pendidikan Guru Malaysia, IPTA, Majlis Agama Islam, Peguam Syar’ie, pendakwah bebas, ahli perniagaan dan sebagainya. Kesemuanya bergabung tenaga , bersatu menjana buah fikiran yang bernas, mempertajam ilmu supaya mantap de
ngan Lembaga Tabung Haji untuk berkhidmat di Tanah Suci sebagai Guru Agama Di Tanah Suci demi membantu tetamu-tetamu Allah mengerjakan ibadat haji.
Kursus berakhir dengan amanat dari Tuan Haji Mohd Salleh bin Abd Mubin, Pengurus Besar Kanan (Haji) Lembaga Tabung Haji.
ISO 9001: 2008PH
Sesi Pemahaman SPK ISO 9001: 2008PH yang disampaikan oleh Tn. Hj. Mohd
RIzzal b.Mohd Khalid. Pengurus Kanan Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan Haji mudah difaham dan penyampaian yang bersahaja tapi santai . Pendedahan awal sebelum melaksana tugas sebenar di Tanah Suci. Tidak cukup dengan mendengar penyampaian, malah diikuti pula proses pembelajaran dan perbincangan secara simulasi untuk kerja-kerja sebenar berkaitan dengan Guru Agama Tanah Suci.
Sistem Pengurusan Kualiti ISO 9001:2008 PH akan digunapakai. Peserta diminta menghadhamkan isi kandungan yang terdapat di dalamnya. Berkali-kali Tn Hj. Mohd Rizzal mengungkapkan tahniah kepada Bahagian Bimbingan yang menjadi contoh dan mengungguli dalam pengurusan pelaksanaan ISO di Tabung Haji pada keseluruhannya. Alhamdulillah dan tahniah dari kami Pembimbing Ibadat Haji untuk semua warga Bahagian Bimbingan.
Perbincangan Kumpulan
Peserta memberi komitmen yang tinggi dalam setiap program yang dijalankan. Perbincangan ilmu berlangsung dengan khusyuk. Masing-masing memberikan sumbangan dalam menghidupkan perbincangan dalam pembentangan. Wacana ilmu yang tumbuh dalam perbincangan amat menyeronokkan.
Dalam kursus tersebut pelbagai cogan kata yang dicipta bagi melahirkan semangat setiakawan. Suntikan semangat ini diabadikan dalam gerak kerja dan kerjasama dalam pasukan, kesatuan pemikiran.
Di antara cogan kata yang lahir;
Pembimbing Bestari, Jemaah Be
rkualiti
Bimbingan Cekap, Ibadat mantap
Cinta Rasulullah s.a.w.
Semakin Tunduk Semakin Berisi
Membimbing Ke Arah Haji Mabrur
Jemaah Di Dahulukan, Mabrur Di Utamakan
Wehdatul – Fikr ( Kesatuan Pemikiran)
Semoga Guru Agama Tanah Suci mencapai objektif kursus:
- melahirkan keseragaman dan kesepaduan dalam memberi bimbingan ibadat haji berdasarkan keputusan muzakarah .
- Mengukuhkan kefahaman pelaksanaan tugas dan tanggungjawab selari dengan SPK MS ISO 9001: 2008 Perkhidmatan Haji.
- Membuat penambahbaikan berterusan perjalanan operasi bimbingan haji Tanah Suci.
Terima Kasih Tidak Terhingga
Barisan peserta Kursus Pengukuhan Guru Agama Tanah Suci Musim Haji 1431H/ 2010M mengucapkan ribuan terima kasih tidak terhingga kepada Jabatan Haji, khususnya Bahagian Bimbingan, Lembaga Tabung Haji kerana telah bertungkus lumus menjayakannya. Program yang diketuai oleh Yang Mulia, Tengku Aziz bin Raja Abdullah, Pengurus Besar (Bimbingan), diselaras oleh Hj. Nukman B. Fadzil, Pengurus Kanan Bahagian Bimbingan dan dibantu dengan warga Bahagian Bimbingan yang lain.
Tidak ketinggalan jutaan terima kasih kepada Yang Berbahagia Dato’ Haji Hasan b. Haji Ahmad dan Prof. Madya Dr. Hajjah Anisah Ab Ghani Ahli Jawatan Kuasa Penasihat TH-Jakim, yang telah meluangkan masa untuk kursus kali ini.
Semoga Guru Agama Tanah Suci Musim Haji 1431H/ 2010M, berjaya mendokong dan melaksanakan Sistem Pengurusan Kualiti ISO 9001:2008 PH, dengan jayanya bagi mengekalkan kecemerlangan yang telah raih dan menjadi contoh bukan sahaja di dalam TH sendiri bahkan menjadi contoh kepada negara-negara lain.
Kepada bakal-bakal jemaah haji, temuilah Pembimbing Ibadat Haji untuk mendapatkan bimbingan ibadat haji dan bertanyalah kepada Guru Agama Tanah Suci jika menghadapi masalah ketika di Tanah Suci nanti. Mereka sedia berkhidmat membantu demi untuk jemaah haji mendapatkan Haji Mabrur. Ketika di Tanah Air Guru Agama dikenali dengan Pembimbing Ibadat Haji dan Guru Agama Tanah Suci ketika di Tanah Suci.
Pembimbing Bestari, Jemaah Berkualiti
Posted In
Rehlah Ilmu
|
0
Ulasan
|
edit
















