
PANDANGAN AL-QURAN
Allah swt telah berfirman:
لا يحب الله الجهر بالسوء من القول إلا من ظلم وكان الله سميعا عليما
" Allah tidak suka seseorang mengatakan sesuatu yang buruk kepada seseorang dengan terang-terangan melainkan orang yang dizalimi maka dia boleh menceritakan kezaliman tersebut ; dan Allah itu maha mendengar dan maha mengetahui." ( 148 : an-Nisa)
Ibnu Abbas r.a telah mentafsirkan ayat ini: "ALLAH TIDAK SUKA SESEORANG MENDOAKAN KEBURUKAN KEPADA SESORANG YANG LAIN KECUALI ORANG YANG DIZALIMI. SESUNGGUHNYA ALLAH TELAH MEMBERIKAN KEBENARAN KEPADANYA UNTUK MENDOAKAN KEBURUKAN KEPADA ORANG YANG DIZALIMI. JIKA DIA BERSABAR MAKA ITU LEBIH BAIK BAGINYA." Qatadah berkata: ALLAH MEMBERIKAN KELONGGARAN KEPADA ORANG YANG DIZALIMI UNTUK MENDOAKAN KEBURUKAN. INI SEPERTI MANA YANG KAMU DENGAR. PANDANGAN RASULULLAH
Banyak hadis2 Rasulullah berkenaan dengan doa kepada orang yang dizalimi. Ini adalah diantara doa yang mustajab doanya. Diantara hadis-hadis tersebut adalah:-
1. Hadis dari Anas r.a , Rasulullah saw bersabda:
اتق دعوة المظلوم وإن كان كافرا فإنه ليس دونها حجاب
" Hendaklah kamu waspada terhadap doa orang yang dizalimi sekalipun dia adalah orang kafir. Maka sesungguhnya tidak ada penghalang diantaranya untuk diterima oleh Allah." Hadis riwayat Ahmad - sanad hasan
2. Hadis dari Ibnu Umar r.a, Rasulullah saw bersabda:
اتق دعوة المظلوم فإنها تصعد إلى السماء كأنها شرارة
"Hendaklah kamu waspada terhadap doa orang dizalimi. Sesungguhnya doa itu akan naik ke langit amat pantas seumpama api marak ke udara." Hadis riwayat Hakim - sanad sahih
3. Hadis dari Khuzaimah bin Thabit r.a, Rasulullah saw bersabda:
اتقوا دعوة المظلوم فإنها تحمل على الغمام يقول الله عز وجل : وعزتي وجلالي لأنصرنك ولو بعد حين
" Hendaklah kamu waspada terhadap doa orang yang dizalimi. Allah swt berkata : Demi kemulian dan keagunganku, aku pasti akan menolongmu walaupun setelah masa yang lama."Hadis riwayat Tobrani - sanad hasan
4. Hadis dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah saw bersabda:
ثلاث دعوات مستجابات : دعوة الصائم ودعوة المظلوم ودعوة المسافر
" Tiga doa yang diperkenankan: Doa orang puasa, doa orang yang dizalimi dan doa orang yang musafir." Hadis riwayat Baihaqi - sahih
5. Hadis dari Abu Hurairah ra, Rasulullah saw bersabda:
دعوة المظلوم مستجابة وإن كان فاجرا ففجوره على نفسه
" Doa orang yang dizalimi adalah diterima sekalipun doa dari orang yang jahat. Kejahatannya itu memudaratkan dirinya dan tidak memberi kesan pada doa tadi." Hadis hasan riwayat at-Tayalasi
HUKUM DOA KEBURUKAN KEPADA ORANG YANG MENZALIMI
Imam Nawawi telah meletakkan satu tajuk dalam kitabnya al-Azkar:
"BAB: HARUS BAGI SEORANG MANUSIA UNTUK MENDOAKAN KEBURUKAN KEPADA ORANG YANG MENZALIMI ORANG-ORANG ISLAM ATAU MENZALIMI DIRINYA SENDIRI."
Syeikh Ibnu Allan as-Siddiqi (pengarang syarah bagi kitab Azkar) berkata di bawah tajuk ini:
" Maksud harus yang disebut imam Nawawi adalah merangkumi sunat. Maksudnya ia tidak haram dan tidak makruh. Sekiranya doa kecelakaan kepada orang yang menzalimi manusia lain supaya terhindar dari kezalimannya maka hukumnya sunat. Sekiranya doa kecelakaan kepada orang yang menzalimi dirinya sendiri atau yang menyakitinya , sesungguhnya ini diharuskan untuk berdoa sebegini. Seeloknya dia maafkan dan melupakannya."
Dalil pengharusan.
Ini jelas melalui ayat al-Quran 148 surah an-Nisa mengikut tafsiran Ibnu Abbas seperti yg telah dinyatakan sebelum ini. Adapun hadis Rasulullah saw adalah hadis berikut:
أنه صلى الله عليه وسلم دعا على الذين قتلوا القراء رضي الله عنهم وأدام الدعاء عليهم شهرا يقول: اللهم العن رعلا وذكوان وعصية
"Sesungguhnya Nabi saw mendoakan kecelakaan kepada orang-orang yang membunuh penghafaz-penghafaz al-Quran ra dan sentiasa mendoakan kecelakaan kepada mereka selama sebulan. Baginda berdoa : Ya Allah laknatilah Ri'l, zakwan dan 'usayyah (nama2 kabilah)."
Hadis sahih Bukhari dan Muslim
Dizaman pemerintahan Umar ra , beliau telah melantik Saad bin Abi Waqas ra sebagai gabenor Kufah. Ada seorang lelaki yang bernama Usamah bin Qatadah atau Abu Sa'dah telah menuduh Sa'ad dengan kata2nya:
أما إن نشدتنا فإن سعدا لا يسير بالسرية ولا يقسم بالسوية ولا يعدل في القضية
" Sekiranya kamu bertanya kami tentang sa'ad, sesungguhnya dia tidak menyertai peperangan, tidak menyamaratakan pemberian dan tidak berlaku adil dalam hukuman."
Lalu Sa'ad berdoa:
اللهم إن كان عبدك هذا كاذبا قام رياء وسمعة فأطل عمره وأطل فقره وعرضه للفتن
"Ya Allah sekiranya hamba mu ini pembohong dan melakukannya semata kerana riya' dan sum'ah maka hendaklah engkau panjangkan umurnya, kekalkan kefakirannya dan dedahkan dia kepada fitnah."
Kemudian setelah tua, lelaki yg menuduh saad ra berkata " Aku telah terkena bencana akibat doa Sa'ad." "Abdul Malik bin Umair ra perawi hadis ini berkata: Aku melihat lelaki tadi (qatadah) selepas dia tua, dua bulu keningnya telah gugur kerana terlampau tua , dia telah menganggu perempuan-perempuan muda dengan meraba dan meramas mereka." Hadis sahih Bukhari dan Muslim.
Seorang wanita bernama Arwa binti Aus telah mengadu kepada khalifah Marwan bin Hakam tentang Sa'id bin Zaid ra. Dia mendakwa Sa'ad ra telah mengambil sebahgian dari tanahnya. Lalu Sa'ad berkata : Adakah aku tergamak mengambil sebahgian dari tanahnya sedangkan aku telah mendengar sesuatu dari Rasulullah saw?" Marwan bertanya " Apa yang engkau dengar dari Rasulullah saw ?" Aku mendengar Rasulullah saw bersabda:
من أخذ شبرا من الأرض ظلما طوقه إلى سبع أرضين
"Sesiapa yang mengambil sejengkal tanah secara zalim, Allah swt akan mengalungi tanah tersebut sehingga tujuh petala bumi."
Lalu Marwaى berkata "Aku tidak akan memintamu mendatangkan saksi selepas ini." Sa'id pun berkata:
اللهم إن كانت كاذبة فأعم بصرها واقتلها في أرضها
"Ya Allah sekiranya wanita tadi berbohong maka hendaklah engkau butakan matanya dan bunuhlah dia di tanahnya. "
Wanita tadi tidak mati sehinggalah dia buta dan ketika mana dia berjalan di atas muka tanah milikinya, tiba-tiba dia jatuh di dalam lubang, lalu mati." Hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim.
KESIMPULAN
Berhati2lah terhadap doa orang yang menzalimi. Penyair berakata:
نامت جفونك والمظلوم منتبه يدعو عليك وعين الله لم تنم
Mata-matamu tidur dan orang yang dizalimi sentiasa berjaga ,Dia mendoakan kecelakaan kepadamu dan Allah itu tidak tidur
Rujukan: Da'watul Mazlum oleh Abdur Rahman Yusuf dan Futuhat Rabbaniah oleh Ibnu Allah as-Siddiqi.
Posted In
Doa,
Iktibar,
Semasa,
Teladan,
Umum
|
0
Ulasan
|
edit
Sekitar jam 10.30 malam pada tarih 30 Mac 2012, kami sekeluarga menerima berita sedih. Bapa saudara yang mesra dipanggil Pak Ngah yang tinggal di Tebuk Panchor, telah jemput Allah. Ketika usai solat maghrib berjamaah di masjid beliau pulang kerumah yang hanya dipisahkan dengan jalan raya sahaja. Ketika melintas itulah beliau menerima kemalangan yang membawa maut. Sehingga dibawa ke hospital beliau masih biasa-biasa. Penunggang motoryang melanggar juga dimasukkan ke hospital kerana cedera ringan. Jam 3.02 pagi beliau menerima jemputan Ilahi bersebabkan Polytrauma With Intra Abdominal Injur. Isteri pertama telah lama meninggal dunia. Isteri yang baru dinikahi beberapa bulan, inainya masih merah dijari... Pak Ngah pandai berlagu al-Quran. Taranum Hijaz, Sikah, Bayati, Nahawand semua dia boleh. Meskipun tidak ke tahap wakil negeri, saya mengkagumi kebolehannya
31 Mac 2012, ketika hampir maghrib menerima pula berita kembalinya kerahmatullah bapa saudara yang mesra dipanggil Pak Long di Nilai Negeri Sembilan. Pak Long lebih muda dari Pak Ngah kerana Pak Long adalah adik tiri kepada Pak Ngah. Namun mereka rapat. Amat akrab. Pak Long menangis sendu di sisi jenazah Pak Ngah. Diusapnya wajah Pak Ngah penuh kasih sayang dengan juraian air mata. Memandikan dia turut serta. Hati saya gembira menatap wajah Pak Long dari jauh. Dua kali saya cuba merapati Pak Long untuk bersalam. Terhalang. Benar-benar terhalang!!! Beberapa jam sebelum menerima berita kematiannya, berfikir sendiri yang hati memang terkilan hingga akhirnya gagal bertemu Pak Long. Pak Long dengan Pak Ngah kalau bertemu, bagai buku dengan ruas. Tarannum keduanya memenuhi ruang rumah. Alunan keduanya tingkah meningkah silih berganti.
Ajal mereka telah tiba. Kita yang belum bersedialah. Janji mereka telah pasti. Kita yang belum, juga akan pasti. Entah esok, entah lusa. Entah-entah hari ini. Entah-entah sebentar lagi. Ya Allah, matikanlah kami dalam iman, matikanlah kami dalam Islam ….La ila ha ilallah. Berhutang bayarlah segera. Tambah-tambah hutang kepada Allah. Ajal yang datang menjemput tidak dulu sesaat, kemudian sesaat juga tidak. Datangnyaa tepat waktu.
yang biasa menyebutnya. Cuma sayang, fasih dan biasa menyebutnya hanya untuk tiga patah perkataan iaitu: إنما الأعمال بالنيات. bermaksud:Segala amal dengan niat dan bagi tiap-tiap seorang apa yang diniatkan.Itu cerita sebelum 1432H. Niat yang terselit dihati ialah punca yang menentukan akibat amal baik. Baik amal itu kalau niatnya baik. Orang yang meneruskan amal baktinya kepada Allah dan menunaikan kewajipan kepada agama, keluarga dan bangsa, dia akan sejahtera dengan apa yang dilaluinya. Kepada Allah hala tuju dan maksud, itulah ikhlas namanya. Segala penat lelah, payah jerih akan hilang bilamana maksud yang ingin dicapai berjaya mahupun gagal. Berusaha untuk jaya, namun masih bersedia dengan kegagalan. Kita cuma ada usaha, yang menentukan Allah. Usah diraih penghargaan manusia. Tidak akan bertemu keadilan. Hamparkan sesuatu kerana mencari redha Allah. Yang zalim tentang dengan apa kuasa yang kita ada. Selebihnya, maafkan. Itu hak yang kita miliki. Balasan biar Allah yang tentukan segala. Kelak nanti buku pasti bertemu ruas. Biar Allah yang atur.
Asal hijrah ialah hijrah Nabi Muhammad SAW. dari Makkah ke Madinah. Namun hijrah hari ini di definisikan lebih luas lagi. Hijrah daripada kurang baik kepada yang lebih baik. Tinggal kejahatan, hijrah kepada kebaikkan. Ringkasnya hijrah minda, hijrah sikap, hijrah tindakan, hijrah amalan. Hijrah kita bukan kerana baru menyambut 1433H tetapi kita orang yang senantiasa hijrah. Hari-hari hijrah. Setiap saat berfikir untuk hijrah. Hijrah kerana mencari kasih sayang Allah.
1. Apabila mendengar azan maka bangunlah sembahyang serta-merta walau bagaimana keadaan sekalipun.
2. Bacalah al-Quran, tatapilah buku-buku ilmu, pergilah ke majlis-majlis ilmu, dan amalkanlah zikrullah dan janganlah membuang masa dalam perkara yang tiada memberi faedah.
3. Berusahalah untuk bertutur dalam bahasa Arab Fushah kerana bahasa Arab yang betul itu adalah syiar Islam.
4. Janganlah bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran yang kosong tiada memberi apa-apa jua kebaikan.
5. Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.
6. Janganlah banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.
7. Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah suatu perbuatan yang sia-sia malah menyakiti hati orang.
8. Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan apa- apa yang memberi kebajikan.
9. Berkenal-kenalanlah dengan setiap Muslim yang ditemui kerana asas gerakan dakwah ialah berkenalkenalan dan berkasih-sayang.
10. Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita, oleh itu gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah perlaksanaannya.
10 Wasiat Imam Hassan Al-Banna
Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada anda yang bertandang ke halaman ini. Selamat bergembira bersama keluarga tersayang.
Dari Mac saya berfikir, saya harus mencari dan menulis artikel yang istimewa
untuk paparan Mei 2011. April sudah berlalu. Tak tau apa yang saya hendak paparkan. Semuanya istimewa. Akhirnya, saya hanya mampu menyatakan:
saya bangga dengan guru-guru saya di Sekolah Rendah Kebangsaan Gunong Semanggol,
Saya berbangga dengan guru-guru saya di Maahad El-Ehya' Asshariff, Gunong Semanggol,
Saya berbangga dengan guru-guru saya di Sekolah Izzuddin Shah, Ipoh.
Saya berbangga dengan guru-guru saya di Kolej Islam Klang, Klang Selangor.
Saya berbangga dengan pensyarah saya di Universiti Malaya,
saya berbangga dengan pensyarah saya di Universiti Islam Antarabangsa,
saya berbangga dengan pensyarah yang mengajarkan saya tentang pengubatan Islam
Saya berbangga dengan individu-individu yang mengajar saya dengan penyelidikan
Saya berbangga dengan individu-individu yang mengajar saya Tabung Haji,
Saya berbangga dengan individu yang mengajarkan saya tentang ICT
Saya berbangga dengan sesiapa juga yang menjadi guru saya.
Istimewa Selamat Menyambut Hari Guru untuk anda semua guru-guru di mana juga anda berada. Saya murid yang pernah anda didik:
Cuma ada untaian ucapan terima kasih,
Cuma ada kesalahan untuk dimaafkan, kerana nakalnya saya,
Cuma ada rindu untuk bertemu,
Cuma ada kasih untuk saya doakan pada Allah,
Cuma ada sayang untuk Allah bahgiakan anda dan
Cuma ada doa untuk saya panjatkan pada Ilahi agar dalam rahmat dan kasihNya senantiasa.
"Sampai bila-bilapun saya adalah murid dan pelajar anda
Saya sayang, kasih, bangga dan hormat kepada anda -- guru saya"
Sekian, Salam Hormat Dari Saya
Ai’sah Abol
Sebagai tanda terima kasih saya kepada guru-guru yang mendidik saya, maka saya paparkan tulisan berikut untuk tatapan kita bersama.
Guru-guru saya di Sek. Ren. Keb, Gunung Semanggol, Sek. Men. El-Ehya' Assyariff, Gunung Semanggol, Sek. Izuddin Shah, Ipoh, Kolej Islam Kelang, Kelang, Universiti Malaya, SMK Abu Bakar Al-Baqir, Jawatan kuasa Penasihat Ibadat Haji, dan IPG Kampus, Ipoh. Juga kepada guru saya di institusi mana sekalipun anda berada. Anda semua sentiasa di hatiku. Maafkan saya cikgu, tak dapat saya paparkan semua nama guru saya. Semoga anda dalam rahmat dan kasih sayang Allah sentiasa.
Kita selalu memperkatakan adab berguru atau dalam bahasa yang mudah kita selalu memperkatakan adab seorang murid terhadap guru. Jarang – jarang kita mendengar atau membaca adab seorang guru. Pada pandangan saya beradabnya seorang murid bermula dari seorang guru yang murabbi,muaddib, mursyid dan muallim.
Berikut saya petik dari buku Panduan amalan, “Bidayatul Hidayah( Permulaan Jalan Hidayah, tulisan Imam Hujjatul Islam Abu Hamid al-Ghazali, mengenai tajuk adab-adab seorang pendidik. Petikan ini mengekalkan gaya bahasa asal penulisan kitab kelasik tersebut.
1. Ihtimal (banyak sabar menanggung kesusahan)
2. Lambat marah
3. Duduk dengan hebat atas kelakuan yang tetap serta menundukkan kepala
4. Meninggalkan takbur atas sekalian hamba Allah Ta’ala kecuali terhadap orang yang zalim kerana menegahkan daripada kezaliman.
5. Memilih tawadhu’ yakni merendahkan diri pada perhimpunan orang ramai dan pada majlis orang ramai.
6. Meninggalkan bergurau dan bermain-main
7. Kasih sayang dengan murid dan lemah lembut dengan yang kurang pandai.
8. Membimbing mereka yang bebal.
9. Tidak memarahi mereka yang bodoh.
10. Tidak malu berkata aku tidak tahu (bagi masalah yang tidak diketahuinya.)
11. Memberikan perhatian kepada mereka yang bertanya dan cuba memahami soalannya dengan baik.
12. Menerima hujjah atau dalil yang dihadapkan kepadanya.
13. Tunduk kepada kebenaran dengan kembali kepadanya ketika ia tersalah.
14. Melarang murid daripada ilmu yang boleh memudaratkan.
15. Melarang murid daripada mengkehendaki yang lain daripada Allah dengan ilmunya
16. Melarang murid daripada menuntut ilmu yang fardhu kifayah sebelum selesai daripada menuntut fardhu ain. Ilmu yang fardhu ain itu ialah yang berkenaan dengan membaikkan zahir dengan taqwa.
17. Memperbaiki diri sendiri dengan taqwa sebelum ia menyuruh orang lain, supaya murid-muridnya dapat mencontohi amalannya dan mengambil manfa’at daripada percakapannya (ilmunya)
Terima kasih cikgu !
"Saya bangga dan gembira menjadi murid anda"


