Kalau dulu tahun  2010 saya di jemput ke Kursus Asas Haji ke Daerah Sitiawan bertemu dengan peserta kursus bersenam dalam masjid  ketika rehat 20 minit. Tahun 2012 rupanya saya bertemu dengan masjid yang aktif dalam erti kata makmur dari sudut kegiatan ibadat dan ekonominya, iaitu Masjid Ridzwaniah, Kuala Kangsar, Perak.  
Antara kegiatan ekonominya ialah menjana pendapatan sendiri dengan sebelas  buah bilik untuk disewa. Dari bilik bujang  hinggalah ke bilik kelamin. Pendapatan dari sewa penginapan bilik ini bukan ratusan ringgit untuk setiap bulan tetapi  mencecah ribuan ringgit. Grill dipasang  menjadi jaring keselamatan kepada penghuni. Pintu berpagar dan berkunci. Dilengkapi enam belas  CCTV. Ambil wudhuk , kemudian turun sahaja ke tingkat bawah dapatlah berjemaah. Laluan ibadat berjemaah terbuka luas.
 Kali pertama bertandang masuk mencari ruang dewan kursus, saya menghafal jalan masuk untuk tidak tersasar apabila  keluar nanti. Kali kedua saya bertandang lagi, saya cuba menjelajah melalui pintu lain dengan tujuan ingin meninjau kawasan dalaman masjid. Saya ragu-ragu kerana terasa macam tersalah pintu. Selesai tanggungjawab  memberi input di Kursus Intensif Haji, Daerah Kuala Kangsar, Perak saya dibawa melawat ke bahagian-bahagian tertentu di dalam masjid  oleh Setiausaha Masjid, Tn Hj, Mahfuz  yang tidak memperkenalkan dirinya adalah Setiausaha Masjid, sebaliknya hanya memperkenalkan diri sebagai pekerja di masjid. Cukup merendah diri orangnya.
Patut saya terasa takut “tersesat” rupanya masjid ini mempunyai dua puluh dua buah pintu,  satu ruang solat utama, satu  ruang solat tambahan. Tingkat atas juga ada ruang solat. Sekali dalam sebulan diadakan senam beramai-ramai. Kemudian sarapan bersama-sama.  Belanja setahunnya menghampiri  satu juta ringgit. 
Setinggi-tinggi tahniah buat jawatankuasa Masjid Ridzwaniah, berjaya membelanjakan kewangan memakmurkan masjid sebagaimana kehendak orang yang menderma. Kutipan yang banyak  bukan untuk disimpan apa lagi untuk dimegahi.   
Masjid Ridzwaniah Kuala Kangsar, Perak

 Iklan kemudahan penginapan disediakan di papan kenyataan
 Bilik bujang
 Bilik kelamin
 Jaringan keselamatan - bagi penginapan. Tangga untuk naik ke bilik penginapan di bahagian atas.
Aktiviti bulanan beramai-ramai

0 Responses to "Sewa bilik murah, ibadat pun dapat"

Catat Ulasan

  • Salam Pertemuan




    Pembaca yang budiman,




    Mengisi ruang kecanggihan teknologi ICT, media ini sebagai penghubung di antara saya dan anda. Idea yang dipaparkan memang pendek isi maknanya. Pengisian yang diketengahkan untuk direnung dan difikir agar bersama kita celik akal. Sekadar untuk didik diri sendiri dan mengasah bakat dalam penulisan, selagi nafas boleh lagi dihela.




    "Kerja ke depan, Muhasabah ke Belakang"




    Sekian,



    Salam hormat dari saya




    Ai'sah Abol


    Blog Archive

    Pelawat

    blog counter free counters