10:52 PTG
Persidangan Kebangsaan Pendidikan Islam 2012 yang bertemakan Memperkasa Pendidikan Islam ke Arah Merealisasikan Kegemilangan Ummah Abad ke 21. Persidangan tersebut diadakan di Hotel Royale Bintang Seremban pada 3-6 Julai 2012. Beberapa sub tema kertas kerja dibentangkan antaranya tema sejarah, kurikulum, pedagogi, latihan dan pembangunan dan isu-isu berkaitan dengan pendidikan Islam.
Saya rasa sungguh bertuah apabila dapat menyumbang dalam persidangan tersebut. Ajakan sahabat, juga boleh dikatakan guru saya untuk menulis bererti diberi kepercayaan. Walau diperingkat awal saya sendiri tertanya-tanya sendiri layakkah saya menyertai mereka. Namun dengan keyakinan bahawa Allah di mana-mana, Allah sentiasa membantu, saya turun padang untuk berguru dengan mereka. Alhamdulillah, ternyata dapatannya berbaloi. Terima kasih Cikgu!!!
(Sila klik pada tajuk untuk bacaan selanjutnya...)
Menyertai persidangan bukan setakat dapat menyumbang pemikiran dalam persidangan tersebut, malah dapat pelbagai perkara yang menarik, di antaranya:
Khatboard & Juara Inovasi
Bersama-sama seorang juara dalam inovasi Tahun 2008 dan beliau juga merupakan Guru Cemerlang. Khatboard hasil reka cipta beliau memang mengujakan. Ada khatboard yang besar ada yang kecil. Kedua-duanya inovasi beliau. Boleh dibawa ke bilik kuliah, untuk kemudahan guru dan pensyarah. Kenali beliau di http://khatboard.blogspot.com/
Dengan izin ..... melepas rindu kepada kemahiran diri sendiri yang semakin menjauh, tapi belum lupus.
Perpustakaan adnan afnan
Bersama-sama empunya blogspot dan Perpustakaan Adnan Afnan (gambar di atas). Perpustakaan pertama online milik individu yang saya temui. Katanya banyak lagi yang beliau belum masukkan. Terjawab persoalan kepada diri sendiri. Siapa Afnan Adnan? Saya ingin tahu? Mengkagumi kebolehannya menjadi perpustakaan di internet. Allah Maha Mendengar bisik hati hambaNya. Allah temukan saya dengan pemiliknya. Ketika saya ajukan, saya juga ingin menjejak beliau menjadi gedung ilmu, tuntas beliau mengajarkan bagaimana membangunkannya-cukup ikhlas!!! Subhanallah...Semoga pembina Perpustakaan Afnan Adnan terus dalam limpah rahmat Allah SWT.
Pengacara yang saya kagumi
Bersama-sama Ketua Pengacaraan, Cik Norzihan Adnan (kanan) dan anak-anak didik beliau iaitu, Hafidz Arif (dua dari kiri) dan Mohd Najib (kanan). Kesemua mereka dari IPG Kampus Pendidikan Islam. Baru duduk semeja untuk makan malam, katanya bagaikan dah lama kenal. Maka beranilah dia bertanya untuk memahami manusia. Dalam pertemuan yang singkat, sempat ditanya kepada saya ingin menghubung silaturrahim dengan Kelab Pengacaraan di IPG Kampus Ipoh. Kedua-duanya, masih pelatih tetapi telah mula turun pada sebagai pengacara dalam majlis-majlis keraian. Itulah anak didik Cik Zihan. Bagi saya mereka berkebolehan dan berketrampilan. Semoga berjaya !
0 Responses to "Bersidang dan Membina Silaturrahim"
Catat Ulasan