1:33 PTG

Sujud Sajadah.

 

Sujud Sajadah senang sahaja untuk menunaikannya.
Mudah sangat-sangat. Semua orang kena belajar dan kena tahu bagaimana nak amalkan. Mohon kepada yang jadi Suami ajarkan kepada isteri. Suami dan ayah didiklah anak-anak dengan sujud sajadah. Bukan kewajipan Ustaz dan Ustazah disekolah semata-mata mendidik soal ini kepada anak-anak  kita. Bukan juga kewajipan mana-mana pihak. Tetapi kewajipan kita sebagai ketua keluarga.
Saya membantu, tuan-tuan dan puan-puan laksanakanlah:
1.       Kenal pasti mana Surah Sajadah. Baca setiap minggu. Sekurang-kurang sekali seminggu. Baca juga tafsirnya.
2.       Mahirkan beberapa ayat awal surah, contohnya ayat 1-5
3.       Mahirkan juga beberapa ayat sebelum ayat yang menyebabkan kita sujud sajadah.
4.       Kenal pasti: bacaan ayat mana  yang menyebabkan kita perlu sujud
5.       Bagaimana untuk melakukannya. Tahap ini jumpalah mana-mana orang yang boleh mengajarkan sujud sajadah ini.
Semata-mata bertanya  untuk menyelesai masalah hukum solat yang tidak mengikut imam yang sujud sajadah menjadikan anda orang yang rugi. Bergurulah secara teori secara amali dan praktikal.
Sujud ini amat bermanfaat. Lebih-lebih lagi ketika berkunjung ke Tanah Suci Makkah, Madinah dan Masjid al-Aqsa. Masjid yang Allah kurniakan pahala berganda-ganda. Ketika Allah kurnia ganjaran pahala, anda pula solat fardhunya yang berjamaah diiktiraf sebagai batal. Alangkah sedihnya. Justeru,berhati-hatilah untuk keselamatan di akhirat.
Image result for sujud
 

»»  read more


HomeStay Villa Teratai, antara klasik dan moden.


Villa Teratai, suatu nama moden bercampur klasik. Cantiknya kurniaan Allah. Lantas, nikmat Allah yang mana lagi yang didustakan? الحمدلله Allah pemberi rezeki !!! Menarik lagi kedua-duanya (Villa dan Teratai) boleh dilayari di dalam kamus http://prpm.dbp.gov.my. Kamus tersebut menyatakan Villa adalah bangsal yang diubahsuai menjadi rumah. Manakala Teratai boleh diperkenalkan sebagai sejenis tumbuh-tumbuhan yang hidup dalam air. Teratai juga diperkenalkan sebagai sejenis burung. Sebagaimana yang kita maklum Teratai juga adalah tajuk lagu nyayian penyanyi terkenal tanah air Sharifah Aini. Cantiknya nikmat yang Allah kurniakan. Lantas, nikmat Allah yang mana lagi yang hendak didustakan? ســبحان الله!!!


Villa Teratai berhampiran Bandaraya Ipoh. Berdekatan juga dengan kawasan rekreasi Lost World of Tambun dengan 5 minit pemanduan. Kolej Bersekutu, Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh, Politeknik, RTM, TUDM,Hospital, Kompleks Sukan, Politech Mara dan Veterina Institute Research (VRI) juga ada di sekitar. Makanan pula mudah untuk mendapatkannya.Villa Teratai di kelilingi kawasan perniagaan. Pun begitu persekitarannya tetap tenang. Suasananya damai, persis berada di sebuah desa. Anda dijemput datang dan menginap di Villa Teratai yang amat mendamaikan pengunjungnya.

Villa Teratai adalah sebuah rumah persinggahan atau homestay Semi D berkembar terletak di Daerah Ulu Kinta, Ipoh.

Villa Teratai

Sila hubungi:

Norlida: 012-5675374/0175456627
Man: 013-5818158

Kadar Sewa: RM250.00 (Harga boleh runding)


Bilik 1



Bilik 2


Bilik 3

Ruang menonton & ruang rehat

Meja solek
Pintu pagar menggunakan "remote"(Autogate)
»»  read more


Isu yang menggusarkan wanita  ketika di Tanah Suci ketika menunaikan haji atau umrah ialah kedatangan darah haidh. Nasihat yang saya boleh sampaikan hanyalah, semua kerja-kerja haji boleh dilakukan, melainkan tawaf sahaja. (sila klik ayat berkaitan)
Ragam kedatangan haidh bagi seorang wanita di Tanah Suci kadangkala tidak sama ragamnya kedatangannya di tanah air sendiri. Berikut adalah antara yang dimaksudkan:
  • Awal / Lewat seminggu
  • Sedikit / Banyak
  • Tiada langsung
  • Haidh kembali setelah menopouse
Banyakkanlah berdoa kepada Allah.(sila klik ayat berkaitan) Ceritalah segala-galanya. Sampaikan hasrat hati. Dia senantiasa mendengar permintaan hamba-hambanya. Usah kita atur, biar Allah yang urus. Tugas kita hambaNya menerima fitrah kejadianya dan mengatur strategi menyusun ibadat hingga hela nafas yang terakhir.
»»  read more

10:31 PTG

Apabila membeli barang, bag plastik jangan dibuang begitu sahaja atau diperonyok begitu sahaja.
Lipat bag plastik sebanyak 4 kali. Lipat bucu bag plastik seperti membuat ketupat palas.
 
 
Ketulan-ketulan bag plastik.
 
Masukkan ke dalam kotak beli barang.

Tutup kotak.
Guna kotak kedua jika kotak pertama sudah penuh.

Letakkan di tempat yang sesuai.

Rumah orang muslim dan  mukmin cantik dan bersih. Barang-barang terpakai tidak dibuang begitu sahaja. Selagi boleh diguna kitarlah semula. Bukan kerana kedekut. Tetapi kerana apabila mati esok kita akan dipersoal dengan apa yang kita lakukan. Apatah lagi perkara berkaitan dengan membazir.
 

»»  read more

Mereka berasal dari London. Umurnya 5 thn. Menurut ibunya dia sudah membaca Quran pada  juzuk yang ke empat. Ketika menanti masuk waktu solat Jumaat di Masjid Babawi, dia membaca ayat-ayat suci. Naik luyu & kuyu matanya, membaca. Tambah-tambah di bawah darjah kepanasan 41 darjah. Penat membaca dia berhenti. Kemudian sambung lagi membaca. Sedikit tidak merengek atau melentok tanda protes kepada ibunya. Mainan juga tiada di sisi. Selesai azan, ibunya solat dia juga bangun solat sunat. Tiada kedengaran suara ibunya memberi arahan. Menoleh mengatur anaknya juga tidak. Saya memerhati sambil berfikir perbezaan perkataan  didik dan ajar.
 
Didik & ajar (Klik di sini)
»»  read more

  • Salam Pertemuan




    Pembaca yang budiman,




    Mengisi ruang kecanggihan teknologi ICT, media ini sebagai penghubung di antara saya dan anda. Idea yang dipaparkan memang pendek isi maknanya. Pengisian yang diketengahkan untuk direnung dan difikir agar bersama kita celik akal. Sekadar untuk didik diri sendiri dan mengasah bakat dalam penulisan, selagi nafas boleh lagi dihela.




    "Kerja ke depan, Muhasabah ke Belakang"




    Sekian,



    Salam hormat dari saya




    Ai'sah Abol

    Blog Archive

    Pelawat

    blog counter free counters