9:08 PTG
Memenuhi undangan di luar dari kawasan Kerian tidak pernah saya lalui. Hanya sekali di Daerah Taiping pada tahun 2009. Tetapi tahun 2010, langkah menjadi seribu. Kata pepatah melayu jauh perjalanan luas pandangan. Tahun 2002 hingga tahun 2008 saya menyaksikan situasi kursus ibadat haji yang sama pengisianya.
Sabtu 15 Mei 2010. Di Masjid An-Nawawi, Pengkalan Baru, Pantai Remis lain pula ceritanya. Program bimbingan haji dan umrah bermula jam 9.00 pagi. Tetapi 8.30 pagi keadaan semakin ramai. Rupanya mereka bersenam dulu di luar masjid. Membina stamina untuk kesihatan yang baik. Tujuannya Cuma satu; sihat tubuh badan untuk mengerjakan semua kerja-kerja haji. Haji yang didambakan hanyalah haji mabrur.
Pagi Ahad di Masjid An-Nasriyah, Sitiawan lain ceritanya. Beberapa minggu sebelum, saya telah dimaklumkan sessi rehat setengah jam dan ada senaman. Namun dengan rundingan bersama dengan Tn Hj. Hafiz sesi senaman dipendekkan, memandangkan kedatangan saya hanyalah sekali dan bahan yang saya hendak sampaikan agak padat dan berat pengisiannya. Jadilah susunan program mereka, kuliah bimbingan haji, bersenam rehat dan masuk semula ke dalm masjid menyambung kuliah.
Satu lagi pengisian baru yang baru bagi saya, tidak bagi orang lain barangkali . Bersenam dalam masjid. Itulah kelainannya. Tidak salah sama sekali. Sekadar lima belas minit dan hanya melakukan gerak badan yang berbentuk regangan otot
Ada “jurulatih” lagi. Jurulatih lelaki memimpin peserta lelaki di dalam masjid. Jurulatih wanita bersenam di tempat lain , masih dibawah bumbung. Wujud pengasingan. Tahniah!
Untuk pengetahuan bakal jemaah haji, kekuatan mental dan fizikal amat perlu ketika di Tanah Suci. Kekuatan ibadat dan rohani lebih lagilah. Sebaik sahaja jemaah haji kembali dari Tanah Suci ayat-ayat yang sering kita dengar ialah,
pergilah waktu muda-muda … (dialek biasa)
kome pegilerr… umor tengoh mude ...(dialek Kuala Kangsar)
Hampa pi la muda-muda… senang…(dialek utara)
Rata-rata jemaah haji di Tanah Suci mengalami sakit kepala lutut., tak larat jalan jauh untuk melontar di Jamaraat. Kurang stamina untuk berjalan jauh. Semua ini akan terserlah bila berada di Mina. Ustaz, ustazah dan doktor setia menjawab soalan. Sabar memujuk prihatin membuat keputusan untuk memberi semangat kepada jemaah haji untuk gigih beribadat. Wahai rakan yang membaca, bersegeralah sahut seruan haji…

للبيك اللهم لبيك
لبيك لا شربيك لك لبيك
ان الحمد والنعمة لك والملك لا شريك لك
HambaMu datang menyahut seruanMu Ya Allah
Tidak ada sekutu bagiMu
Segala nikmat dan pemerintahan adalah kepunyaanMu
Tidak ada sekutu bagiMu Ya Allah...

Ya Allah Jadikanlah Haji kami Haji yang Mabrur...Ya Allah, Ya Allah ..
0 Responses to "Bersenam Dalam Masjid"
Catat Ulasan