KELAS INTENSIF TAFAQQUH HAJI DAN UMRAH
MUSIM HAJI 1431H
Tarikh :30 April 2010
Tempat : Kompleks TH Bayan Lepas Pulau Pinang
Anjuran :Bahagian Bimbingan Ibu Pejabat TH Kuala Lumpur,OBJEKTIF KURSUS
- Memantapkan ilmu pengetahuan Pembimbing Ibadat Haji melalui bacaan dan rujukan kitab
- Melahirkan keseragaman dan kesefahaman mengenal hokum hakam inbadat haji, umrah dan ziarah
- Mewujudkan Interaksi dua hala antara Pembimbing Ibadat Haji dan Ahli Jawatankuasa Penasihat Ibadat Haji (TH-JAKIM))
Alhamdulillah saya berpeluang menghadiri kursus di atas untuk kali yang ke dua daripada tiga siri yang diadakan. Dalam perancangan bahagian Bimbingan Tabung Haji Kuala Lumpur, dalam tempoh lima tahun kelas Intensif Tafaaqquh untuk bacaan dan perbincangan buku Al-Bahrul wafi Wan Nahrus Shafi karangan Syeikh Muhammad bin Ismail Daud Al-Fathani, Terbitan Fathaniyah Kuala Lumpur.
Bagi kami Pembimbing Ibadah Haji yang telah terpilih membincangkan tajuk “Wajib Tawaf dan Sunat-sunatnya”, bermula daripada muka surat 460 hingga 479 buku tersebut. Kesemua peserta dinbahagikan kepada 11 kumpulan.
Membaca dan membuat pembentangan, itulah tugasan dalam kumpulan. Bukan mudah kalau tidak biasa membaca kitab klasik. Sudahlah ejaan, ejaan lama. Penerangan yang dipaparkan dalam ayat yang tanpa titik. Namun buku “kitab kuning “ ini tinggi khazanahnya. Nilainya tetap hebat.
Sekadar memetik beberapa contoh:
Satu |
سات |
Bagi |
بك |
Disentuh |
دسنة |
Luput |
لوفوت |
Tongkat |
توكت |
Unta |
انتا |
hunjur |
هنجور |
Kumpulan saya telah dipertanggungjawabkan dengan tajuk “Doa dan Ramal” Betapa dalam kitab klasik terebut telah tercatat doa-doa ketika tawaf. Doa yang dinukilkan dari Nabi Muhammad s.a.w. atau daripada seorang sahabatnya.
Semoga usaha murni Bahagian Bimbingan TH mendapat rahmat Allah. Terima kasih kepada Yang Mulia Tuan Hj. Tengku Aziz b. Raja Abdullah, Pengurus Besar (Bimbingan) Tn Hj. Nukman b. Fadzil, Pengurus Kanan serta semua warga Bahagian Bimbingan Ibu Pejabat TH Kuala Lumpur,yang sentiasa prihatin kepada kami Pembimbing Ibadah Haji. Tidak pernah dilupakan kepada guru-guru yang membimbing yang terdiri daripada Ahli Jawatankuasa Penasihat TH-JAKIM, Yang Berbahagia Dato’ Haji Abdul Rahman b. Mohd dan Yang Berbahagia Dato” Haji Fadzil b. Haji Awang yang sentiasa semangat dan ada masa untuk kami Pembimbing Ibadat Haji.
“Ibadat Haji Pilihan Utamaku”
0 Responses to "Tafaqquh Haji & Umrah"
Catat Ulasan