8:37 PTG

ISO Oh ISO….

Disember tahun 2005 dan Januari tahun 2006 adalah tahun pertama saya menyertai Rombongan Kebajikan Haji Malaysia ke Tanah Suci Makkah dan Madinah sebagai Guru Agama. Berjaya melayakkkan diri untuk terpilih setelah 3 tahun bergelar Pembimbing Ibadat Haji Bersiri, bukan suatu yang mudah. Pelbagai laluan dilalui, ujian bertulis, ujian lisan, kursus, dalam kursus ujian lagi. Terasa kerdilnya diri, rasa gementar untuk beri hukum berkaitan dengan ibadat haji, kesemuanya bercampur baur dalam diri.

Doa orang-orang yang rapat membuat saya kuat dan berani meskipun ada kegusarannya. Namun semua dapat di atasi dengan adanya “team-work” yang kuat dalam organisasi Tabung Haji (TH). Kesemua 14 Petugas TH yang saya anggotai tahu bahawa inilah kali pertama saya menyertai TH sebagai petugas. Alhamdulillah adanya bimbingan dari Tn. Hj. Mohd Rafidi, Pengurus Maktab 82 dan Tn Hj. Heikal Timbalan Pengurus serta Tn Hj. Mohammad, Guru Agama menjadikan semua yang saya jalankan menjadi mudah walau tidak pernah saya lalui sebelumnya. Pada tahun tersebut jugalah saya mula berkenalan dengan ISO. ISO oh ISO ...


(Waktu kerja di Arab Saudi pagi jam 7.00 pagi hingga 12 tengahari dan pjam 4.30 petang hingga 10.00malam)

Sebelum keberangkatan ke Tanah Suci semua Petugas TH, Guru Agama akan dibekalkan dengan 3PO (Panduan Pengurusan Peringkat Operasi – cara menyebutnya Three PO) Sebaik sahaja operasi bermula semuanya akan dijalankan seperti yang dirancang dan dijadualkan. Mudah dan senang. Bekerja ke hadapan bukan kebelakang.

Di tanah air lain rupanya ragam ISO. Macam –macam cerita kedengaran. Pelbagai kejadian lucu yang berlaku. Ada yang takut diaudit ambil cuti sakit. Ada yang tutup talian talipon. Itu cerita yang belum dipanggil untuk diaudit. Bukankah orang yang melakukan kesalahan sahaja yang takut untuk menghadapi kenyataan? Bukankah elok jika mohon sahaja kepada pihak audit untuk diperbetulkan? Tidak perlu melarikan diri apalagi menyalahkan orang lain.

ISO (International Organization Standadization merupakan sebuah entiti NGO yang beribu pejabat di Gineva, Switzerland. ISO 9000 – generik yang menjadikan rujukan antarabangsa untuk keperluan pengurusan berkualiti dalam urusan perniagaan/ perkhidmatan. ISO 9000 Std ISO yang paling dikenali umum 760 900 organisasi ,154 Negara.


SIRIM, UKAS, LLYOD, TUV : Badan Persijilan ISO 9000 – Pengurusan berkualiti
Untuk memenuhi


  • Keperluan perkhidmatan berkualiti daripada pelanggan

  • Keperluan perundangan/ peraturan

  • Menambah nilai kepuasan pelanggan

  • Penambahbaikan berterusan dalam mencapai objektif organisasi

Pandangan saya ISO memang baik. Membantu dan membimbing kita melaksanakan kerja secara sistematik. kita bekerja dan menjalankannya dengan lebih sistematik. Jika terdapat kesalahan, masih boleh perbetulkan. Kemudian baiki. Tidak perlu kita menyalahkan sesiapa, jika itu kesalahan kita. Pandangan peribadi saya, ini baru ISO di dunia. Di akhirat nanti betapa nanti kita dipersoal, bagaimana sumber rezeki yang saya peroleh? Kemana dibelanjakan? Ketika itu tiada lagi peluang bela diri untuk penambahbaikkan. Apatah lagi untuk mengatakan orang lain yang menyebabkan kita salah. Apa lagi untuk mohon kembali ke dunia. Tiada jalan pulang lagi.

Semoga ISO menjadikan kita orang yang berkhidmat dengan penuh tanggungjawab dan dedikasi.


Semoga kita sentiasa dalam lindungan dan bimbingan Allah.

0 Responses to "ISO, Oh ISO ...."

Catat Ulasan

  • Salam Pertemuan




    Pembaca yang budiman,




    Mengisi ruang kecanggihan teknologi ICT, media ini sebagai penghubung di antara saya dan anda. Idea yang dipaparkan memang pendek isi maknanya. Pengisian yang diketengahkan untuk direnung dan difikir agar bersama kita celik akal. Sekadar untuk didik diri sendiri dan mengasah bakat dalam penulisan, selagi nafas boleh lagi dihela.




    "Kerja ke depan, Muhasabah ke Belakang"




    Sekian,



    Salam hormat dari saya




    Ai'sah Abol


    Blog Archive

    Pelawat

    blog counter free counters