بسـم الـله الرحمن الرحـيم
Telah lama berita ini sampai. Kita yang tidak menemuinya untuk dibaca barangkali. Semua boleh melainkan satu sahaja.

Kepada jemaah haji wanita yang akan mengerjakan ibadat haji usah gusar apa lagi sedih dengan kedatangan haidh di Tanah Suci Makkah dan Madinah. Semua ibadat haji boleh dilakukan melainkan satu sahaja yang diharamkan kepada wanita yang kedatan
gan haidh dan nifas. Saidatina 'Aisyah r.a.a. telah terlebih dahulu melaluinya. Kalau wanita sehebat Ummul Mukminin telah melaluinya, kita juga harus terima ketentuan Allah bahawa wanita memang fitrahnya kedatangan haidh..

Berikut kita baca bersama hadis yang diriwayatkan oleh Saidatina 'Aisyah r.a.a.


maksudnya:




Kami keluar dan tidaklah kami menyangka melainkan mengerjakan haji. Manakala kami sampai di Saripa (satu tempat dekat Makkah), aku didatangi darah haidh maka Rasulullah mendekati aku yang sedang menangis lalu Rasulullah berkata: Kenapa engkau? Apakah engkau didatangi haidh? Aku pun berkata: Ya. Rasulullah berkata: Sesungguhnya ini (haidh) sesuatu yang telah ditetapkan oleh Allah ke atas wanita-wanita anak Adam. Engkau buatlah perkara-perkara yang dilakukan oleh orang-orang yang mengerjakan haji kecuali engkau jangan melakukan tawaf di Baitullah.


Sumber hadis di atas dipetik dari buku Darah Wanita, tulisan Prof. Madya Dr. Anisah Ab Ghani. Beliau merupakan salah seorang Ahli Jawatankuasa Penasihat Ibadat Haji (TH/JAKIM


Kerja-kerja haji yang boleh dilakukan ketika haidh ialah,











  1. Mandi sunat ihram

  2. Niat haji/ umrah

  3. Lafaz talbiyah

  4. Saei

  5. Wukuf di Arafah

  6. Bermalam di Mudzdalifah

  7. Melontar di ketiga-tiga jamrah

  8. Bermalam di Mina

  9. Bertahallul / bercukur

bersambung ...

0 Responses to "Semua boleh melainkan satu sahaja ..."

Catat Ulasan

  • Salam Pertemuan




    Pembaca yang budiman,




    Mengisi ruang kecanggihan teknologi ICT, media ini sebagai penghubung di antara saya dan anda. Idea yang dipaparkan memang pendek isi maknanya. Pengisian yang diketengahkan untuk direnung dan difikir agar bersama kita celik akal. Sekadar untuk didik diri sendiri dan mengasah bakat dalam penulisan, selagi nafas boleh lagi dihela.




    "Kerja ke depan, Muhasabah ke Belakang"




    Sekian,



    Salam hormat dari saya




    Ai'sah Abol


    Blog Archive

    Pelawat

    blog counter free counters