بسـم الـله الرحمن الرحـيم






Kerja-kerja haji yang boleh dilakukan ketika haidh ialah,
  1. Mandi sunat ihram

  2. Niat haji/ umrah

  3. Lafaz talbiyah

  4. Sa'ei

  5. Wukuf di Arafah

  6. Bermalam di Mudzdalifah

  7. Melontar di ketiga-tiga jamrah

  8. Bermalam di Mina

  9. Bertahallul / bercukur
Setelah berada beberapa hari di Madinah seorang Jemaah Haji telah didatangi haidh. Ketika hari keberangkatan ke Makkah beliau boleh mandi sunat ihram. Ketika di Bir ‘Ali dia hendaklah berniat di dalam hati untuk menunaikan haji (sekiranya haji Ifrad ) dan berniat mengerjakan umrah (sekiranya mengerjakan Haji Tamattu’) Kemudian seperti jemaah haji yang lain lafazkanlah kalimah-kalimah talbiah seikhlas hati. Hayatilah makna talbiah yang diucap. Sebaik sahaja berniat maka bertanggungjawablah menjaga 13 larangan ihram . 
Sampai di Makkah tunggulah sehingga suci daripada haidh. Sementara menunggu haidh kering lalui kehidupan seperti biasa dengan menjaga 13 larangan ihram. Di dalam bilik boleh buka tudung. Ketika mandi kepala tidak perlu digosok atau digaru-garu sehingga menyebabkan rambut luruh (dikenakan dam jika luruh dengan usaha atau perbuatan sendiri) . Tidur juga seperti biasa. Hanya muka jangan ditutup. Jagalah aurat sesama wanita sebagaimana biasa. Apabila keluar daripada bilik peliharalah aurat dari lelaki ajnabbiy. Andai telah suci kerjakanlah tawaf umrah, Saei’i Umrah dan bercukurlah. Ikut semuanya secara tertib. Jika mengerjakan haji Ifrad tunaikanlah Tawaf Qudum.

Andai rindu ke Masjidil Haram atau teramat ingin melihat Ka’bah, ajakklah mahram kita, suami kita, atau sesiapa yang kita datang bersamanya ke tempat Sa’ie melalui Bukit Marwah. Ikutlah arus manusia menuju ke Bukit Sofa. Intai dan lihatlah Ka’bah yang dirindu selama ini dari pintu Masjidil Haram yang kita mampu lihat . Berdirilah dari tepi tempat tersebut. Haram bagi wanita yang haidh masuk ke dalam masjid. Kemudian pulanglah semula ke penginapan dan berehatlah…

Inysa Allah saya mendoakan anda yang membaca tulisan ini dengan “Haji Mabrur”

1 Response to "Semua boleh melainkan satu....(2)"

  1. Tanpa Nama Says:

    assalamualaikum ustazah
    sy insyaAllah akan menunaikan umrah cuti sk bln 5/6 nnt jika masa tu sy dtg haid x sempat nak bt tawaf adakah umrah sy cukup syaratnye?

Catat Ulasan

  • Salam Pertemuan




    Pembaca yang budiman,




    Mengisi ruang kecanggihan teknologi ICT, media ini sebagai penghubung di antara saya dan anda. Idea yang dipaparkan memang pendek isi maknanya. Pengisian yang diketengahkan untuk direnung dan difikir agar bersama kita celik akal. Sekadar untuk didik diri sendiri dan mengasah bakat dalam penulisan, selagi nafas boleh lagi dihela.




    "Kerja ke depan, Muhasabah ke Belakang"




    Sekian,



    Salam hormat dari saya




    Ai'sah Abol

    Blog Archive

    Pelawat

    blog counter free counters