Baka-bakal Jemaah Haji yang saya hormati,
Dalam bimbingan ibadat haji, saya khabarkan supaya mereka menyediakan buku kecil. Tuliskan segala doa yang kita ingin pohon kepada Allah untuk diri sendiri dahulu. Kemudian diikuti untuk suami atau isteri, ibu bapa , anak-anak, dan apa juga yang kita ingini. Carilah doa-doa yang آNabi Muhammad صلى الله عليه والسـلام ajarkan yang kita maklum maksudnya. Bukan setakat baca sahaja. Doa biar meliputi untuk kehidupan akhirat, bukan semata untuk kebahagiaan dan kegembiraan di dunia.
Bila berdoa pula biar mulut menyebut, hati ikut, telinga mendengar . Pendek kata seluruh penumpuan. Mata menagis memohon kepada Ilahi. Menangis itu ada nikmatnya.
Bumi Arafah ketika Wuquf, bermalam di Muzdalifah, Bermalam di Mina adalah tempat yang mustajab doa, juga waktu mustajab doa. Oleh itu rebutlah peluang. Belum ada kepastian untuk kita datangi kali kedua ke sana. Di sini benar-benar merancang untuk dilaksanakan di sana.
Bawalah buku berkaitan ibadat haji. Agar boleh dirujuk ketika di Tanah Suci. Sambil saya memberi bimbingan saya masukkan buku-buku yang perlu untuk ke Tanah Suci.
Buku-buku yang saya cadangkan tidaklah berat mana.
- Buku Ibadat Haji dan Umrah dan Ziarah, terbitan Bahagian Bimbingan Jabatan Haji, Lembaga Tabung Haji.
- Buku Soal Jawab Ibadat Haji, Umrah dan Ziarah, terbitan Bahagian Bimbingan Jabatan Haji, Lemmbaga Tabung Haji.
- Buku Darah Wanita, tulisan Prof. Madya Dr. Anisah Ab. Ghani
- Kalendar Zulkaedah / Zulhijjah - yang mengandungi catatan tarikh haidh
- Buku kecil – sekadar contoh untuk dimuatkan segala perancangan aktiviti dan doa di Tanah Suci nanti.
- Helaian Fotostat As-maul Husna.
Ketika asyik bercakap sambil menunjuk cara memasukkan satu persatu buku-buku (lebih kurang 5 buah) tiba-tiba kekhusyukan saya dicelahi kata-kata seorang jemaah haji: “ banyaknya…”.
Kata-katanya yang agak kuat tetapi bersahaja (tanpa maksud tertentu barangkali) membuatkan jemaah haji lain ketawa berderai. Saya turut terseret sama ketawa….(bukan mudah untuk melahirkan unsur-unsur kecindan ketika memberi bimbingan kepada jemaah haji yang ramai.
Sambil ketawa saya spontan menyambut dengan gurauan: Ye… banyaknya…” Biar bag ke penuh buku, jangan berat penuh jubah . Gurauan bermakna saya disambut dengan ketawa jemaah lain.
Tunjuk cara begitu kecil barangkali bagi pendapat orang lain. Namun bagi saya melalui tunjuk cara begitu, harapan saya jemaah haji prihatin dengan apa yang saya ingin sampaikan.
Saya katakan kepada jemaah haji jadikan bag selendang yang dibekalkan oleh Tabung Haji sebagai bag Ibadat Haji dan Umrah. Perancangan untuk ibadat di Tanah Suci mesti hebat demi untuk Haji mambur.
“Ibadat Haji Ibadat Mental dan Fizikal”
0 Responses to "Banyaknyeee..."
Catat Ulasan