Lebih kurang  satu jam tiga puluh minit dia belajar, tanpa meja. Dia tidak berniat untuk kufur dengan nikmat yang  Allah beri. Bukan tiada meja, tetapi kerana ada sesuatu yang menghalangnya bergerak cergas.  Namanya Nor Aliah Harun, pelajar PPISMP, bakal guru yang sedang belajar di Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh, Perak.
 Si Comel yang kelihatan tidak terurus telah menyambut saya ketika masuk ke kelas berkenaan.  Menjadi hiburan kami sejenak, apabila dia turut berlegar dihadapan kelas. Tidak semena-mena dia menumpang tidur di kaki kain Nor Alia sebelah kanan. Agak lama juga tidurnya. Bila terbangun dan mengiaw, rupanya bertukar pula ke sebelah kiri.

 

Bagusnya Nor Alia kerana dia menelusuri  jejak Abu Hurairah RA.,  Sahabat  Rasulullah SAW yang  masyhur namanya. Jauh di sudut hati saya cuma mampu mengungkap: Alhamdulillah masih ada yang sanggup bekorban untuk yang memerlukan. Saya cuma termenung dan merenung sejenak. Dalam hati berkata: apa yang sebenarnya yang Allah inginkan saya belajar and pelajari dari situasi ini? Apa yang Allah tegur terhadap saya dengan apa yang Nor Alia lakukan? Pasti ada hikmahnya….. Itu sahaja yang mampu saya jawab. Alhamdulillah, ada sikap ihsan terhadap binatang, meskipun dia comot dan seperti tidak sihat. Ihsan dalam bahasa yang mudah difahami bermaksud, Nur Alia melakukan kebaikan terhadap Si Comel  kerana dia tahu Allah sentiasa  melihatnya.  Itulah ihsan yang Nor Alia faham dan pelajari serta cuba menghayatinya.
Lain pula Si Comel dua beradik tidur dalam kotak (gambar bawah). Mereka baru dimandikan dan tidur di dalam kotak.  Dua beradik ini menjadi korban manusia yang kejam dan zalim. Entah berapa lama berendam di dalam air longkang di belakang rumah. Kejamnya  manusia!!! Kecil-kecil lagi sudah dipisahkan daripada ibunya. Zalimnya manusia. Mereka dipisahkan dari ibu yang memberi  susu untuk tenaganya meneruskan kehidupan. Kejamnya manusia!!! Manusia lupa, suatu ketika nanti menerima padahnya akibat perbuatan itu.

0 Responses to "Antara berkorban dan terkorban"

Catat Ulasan

  • Salam Pertemuan




    Pembaca yang budiman,




    Mengisi ruang kecanggihan teknologi ICT, media ini sebagai penghubung di antara saya dan anda. Idea yang dipaparkan memang pendek isi maknanya. Pengisian yang diketengahkan untuk direnung dan difikir agar bersama kita celik akal. Sekadar untuk didik diri sendiri dan mengasah bakat dalam penulisan, selagi nafas boleh lagi dihela.




    "Kerja ke depan, Muhasabah ke Belakang"




    Sekian,



    Salam hormat dari saya




    Ai'sah Abol


    Blog Archive

    Pelawat

    blog counter free counters