Pada 30 Jun 2013 saya ke Sekolah Abu Bakar
al-Baqir (SABAR) , sekolah kegemaran saya.
Popularitinya melonjak di Daerah Kerian. Semuanya mengimbau kenangan lalu
ketika berkhidmat di sana. Dalam kesibukan saya kuatkan semangat turun padang kerana
Allah, demi menyemai butiran mutiara mabrur untuk akaun peribadi di akhirat
kelak.
Alhamdulillah, saya pulang dengan pulangan yang
lumayan....Membaca bait-bait tulisan yang disusun oleh pelajar Tingkatan 5 SABAR membuatkan saya alpa yang
masa rehat saya hari ini dilupuskan. Saya belajar redha dengan jadual sedikit tersasar dari perancangan. Tulisan mereka menyatakan benar-benar mereka telah jatuh cinta. Hanya 4-5
orang yang menyebut soal peperiksaan SPM. Selebihnya mereka meluahkan bait-bait
cinta buat saya.....Alhamdulillah, saya pulang dengan pulangan yang lumayan
sebagaimana yang saya nyatakan kepada mereka. Syukur ya Allah. Saya paparkan
beberapa bait-bait cinta yang mengujakan:
Pelajar 1
“...hari
ni seronok sangat, rasa nak pergi haji & umrah yang betul-betul”
Pelajar 2
“Alhamdulillah ...dengan aktiviti hari ini saya
dapat pengalaman dan gambaran bagaimana , melakukan ibadat haji & umrah...
Mudah-mudahan saya dan keluarga dapat pergi ke
rumah Allah. Insya Allah.
Pelajar 3
“Ustazah ......Insya Allah ada rezeki kita jumpa di Tanah Suci”
Pelajar 4
“Saya seronok dengan Simulasi Haji & Umrah. Saya rasa tak sabar nak mengerjakan ibadah Allah ini"
“Saya seronok dengan Simulasi Haji & Umrah. Saya rasa tak sabar nak mengerjakan ibadah Allah ini"
Pelajar 5
Walaupun terpaksa berjemur kat tengah-tengah
padang tapi saya rasa sangat seronok sebab ustazah kata melakukan apa saja
kerana Allah, Insya Allah semuanya berjalan lancar. Terima kasih ustazah ajar
saya ilmu yang berguna.
Membaca perasaan pelajar yang satu ini
membuatkan saya sebak, hampir-hampir tidak percaya. “Padang Arafah SABAR’
rupanya menyentuh hatinya:
"Assalamualaikum .... Saya nak ucapkan terima
kasih dekat ustazah sebab mengajar saya. Saya kagum dengan ustazah. Saya begitu
tersentuh ketika ustazah mengajar. Untuk pengetahuan ustazah saya menangis
ketika berada di padang Arafah. saya berdoa agar ustazah panjang umur murah
rezeki. Terima kasih ustazah."
Solat sunat Ihram
Solat sunat ihram
Alhamdulillah saya bertemu butiran mutiara. Pelajar ini masih dalam wudhuk. Peluang mesti direbut untuk dia Solat Sunat Dhuha.
Ini juga butiran mutiara Solat sunat Dhuha.
Tawaf Umrah
Solat Sunat Tawaf
Doa sesudah Solat Sunat tawaf
Taklimat ringkas Sa'ei Umrah
Terima kasih kepada semua anakanda yang jatuh
cinta dan semua yang mendoakan saya. Saya terperanjat dengan tulisan-tulisan
positif yang anda paparkan. Kepada Ustaz & Ustazah yang tek tertulis nama-namanya si sini selamat bertugas. Insya Allah ada butiran mabrur yang didambakan. Teruskan semangat berjamaah dalam bekerja di SABAR.
0 Responses to "Mereka kenal dan akhirnya jatuh cinta."
Catat Ulasan