Benar-benar Hari Sabtu itu adalah hari yang menggusarkan. Mencabar kesucian agama. Terasa seperti bersubahat jika dibiarkan. Nak ditegur secara telus, nanti katanya: “Apa awak sibuk ? Kubur kita lain-lain”. Nak disindir bagaimana hendak memulakannya? Bagaimana hendak menegur dengan hikmah? Kalau murid sekolah rendah, mudah. Ini masalahnya sudah “tua bangka.”


Di celah apitan dua motorsikal, salah seorang lelaki pemotong rumput makan sarapan pagi sekitar jam  lapan. Dari dalam rumah saya nampak aktiviti bayaran wang ringgit antara yang berbangsa Melayu dan India. Memang mencurigakan. Dalam raga motorsikal seperti bungkusan air. Oleh kerana ianya berlaku di belakang rumah saya, maka mungkar ini tidak akan saya benarkan ianya berlaku.
Ketika “Si Mungkar” {klik disini} baru memulakan duduk dan baru sebentar memulakan mengisi perut, saya buka pintu belakang. Ternampak dengan ekor mata saya tangannya berhenti menyuap dan tidak bergerak-gerak. Saya menyapu dan agak legar-legar di hadapan pintu yang hanya  empat meter dengan Si Mungkar. Menyedari rakan dalam bahaya, rakan-rakan Si Mungkar mendekati beliau untuk “cover-line”  dan berpura-pura membaca akhbar beramai-ramai.  Sebelum itu saya sudah malu utk berlama di muka pintu. Tetapi terpaksa. Namun demi untuk menghentikan kemungkaran, saya tukar strategi lain!!!
Agak-agak sekitar jam untuk mereka berehat saya sudah bersedia di luar rumah dengan menyiram pokok-pokok tanaman yang menghijaui keliling kediaman saya. Tujuan saya cuma satu-mungkar pergi jauh!!!
Tiba-tiba kedengaran bunyi letupan dari rimbunan rumput dan lalang liar di seberang jalan. 
“Bunyi apa tu Encik?” Tanya kepada salah seorang daripada mereka. Penyelia pekerja barangkali.

Tak taulah ..., Depa tembak babi.” Jawabnya ringkas.
“Ha??? Babi. Mana ada babi kat sini.” Terperanjat jugak saya.

“Adaaaa....babi hutan. Hari tu saya tengok babi melintas kat situ....”Tingkah seorang yang lain dengan yakin.
“Eh, saya dah duduk lama kat sini. Tak pernah dengar ada babi.” Dalam hati saya berkata monyet adalah.
“Ada.” Jawabnya sungguh-sunguh

“Jadi bunyi tadi?” Saya mengingatkan kembali perbualan asal. Bunyi letupan itu memang hampir dengan mereka.
“Depa tembak babi” selamba dia menjawab.

Dalam hati, saya ketawa sendiri; kawan sendiri mengakui kawan yang tak puasa itu adalah “babi hutan.” Dia yang mengakui melihat babi, bukan penduduk di situ.
Mereka yang makan dalam bulan Ramadhan  di dalam rimbunan semak samun itu diiktiraf oleh rakan sendiri sebagai “babi hutan”.  Jiran saya yang saya mohon bantuannya juga berada di luar rumah, di tempat yang strategik, membuatakan mereka menjadi "babi hutan jadian."

Alhamdulillah. berjaya jugak menjarakkan mungkar dari kediaman saya!!!

0 Responses to "Kawan Mereka Adalah ‘Babi Hutan’"

Catat Ulasan

  • Salam Pertemuan




    Pembaca yang budiman,




    Mengisi ruang kecanggihan teknologi ICT, media ini sebagai penghubung di antara saya dan anda. Idea yang dipaparkan memang pendek isi maknanya. Pengisian yang diketengahkan untuk direnung dan difikir agar bersama kita celik akal. Sekadar untuk didik diri sendiri dan mengasah bakat dalam penulisan, selagi nafas boleh lagi dihela.




    "Kerja ke depan, Muhasabah ke Belakang"




    Sekian,



    Salam hormat dari saya




    Ai'sah Abol


    Blog Archive

    Pelawat

    blog counter free counters