25 Jun 2013 tiba juga akhirnya dengan penuh
tanda tanya. 2 jam memandu pergi, 2 jam memberi ceramah kepada peserta Kursus
Intensif Haji Daerah Gerik anjuran Tabung Haji Gerik, kemudian 2 jam lagi memandu semula untuk pulang.
Tak terbayang semua itu di pemikiran saya: bagaimana untuk dilalui jadual perjalanan
itu. Ipoh ke Gerik, Gerik ke Ipoh yang jumlah perjalanannya 268 km. Namun bila
tiba waktunya ianya berlaku terpaksa dihadapi juga.
Alhamdulillah dalam doa Solat Subuh sempat dicerita
kepada Allah:
Ya Allah, jadikan perjalananku ini perjalanan
ibadat. Pimpin aku, bimbinglah aku untuk aku bercakap, agar apa yang aku
sampaikan mereka faham dan jadikanlah haji mereka nanti, haji yang mabrur. Ya Allah peliharalah aku
dari mengantuk ketika memandu pergi dan lindungilah aku dari mengantuk memandu
ketika pulang. Beri aku kekuatan untuk aku ikhlas melalui semua ini.. Ya Allah,
ya Allah.....tolong aku ya Allah....” .
( Benar-benar hati mengharap. Tiba-tiba hati
jadi sebak sendiri. Hanya air mata bergenang di pelupuk mata. Entah kenapa... )
Dalam pemanduan yang bertemankan dua malaikat
dengan lindungan Allah, bandar Gerik
menjadi hala tuju. Ketika pergi, pedal minyak mampu mencapai 120 km sejam. Ada
ketekalan. Dalam hati berdoa, “ Ya Allah
pendekkkan perjalanan ini. Dekatkan Gerik.” Dalam hati terus berteka-teki.
Mampukah aku? Bagaimana kalau mengantuk nanti?” Doa bercampur baur dengan hati
yang walang. Bila memandu pulang , rupanya hanya 110 km kelajuan yang mampu dicapai. Dalam
hati sedar Allah sedang melindungi dari mengantuk. Alhamdulillah.......akhirnya
pergi dan pulang tanpa mengantuk.
Kebiasaan yang lalu kalau selepas memberi
ceramah di Lenggong dan memandu semula ke Gerik pasti mengantuk. Lagi hebat
mengantuknya kalau lepas ceramah makan dulu, baru memandu. Mengenepikan jamuan
bererti akan kelaparan. Pun begitu mengantuk juga. Ini bermakna makan atau
tidak , mengantuk itu pasti. Memandu keluar dari Gerik lepas ceramah, sememangnya saya akan tidur di
mana-mana yang sesuai. Tiada pilihan. Ketika itu hanya Allah yang diharap sebagai
pelindung diri.
Namun hari ini segala-galanya berubah, dengan
tawaran perjalanan jadual yang diubah oleh Tn Hj Rizal,
yang bertugas di Tabung Haji Gerik . Tujuan beliau untuk memudahkan saya
juga. Saya yang membuat keputusan menerima dengan hati walang atas keupayaan
diri sendiri dalam pemanduan. Hari ini hari yang hebat. Sepicing pun
mata tidak disapa oleh mengantuk. Allah Maha Pelindung. Allahlah yang merubah rutin
yang pernah dilalui.
Kebiasaan yang sudah-sudah, saya akan tidur di Gerik untuk ceramah
esoknya. Lagi pula saya amat rindu untuk jogging jalan kaki di landasan Lapangan
Terbang Tentera di Gerik. Rindu pada peralatan senaman di bandar tersebut.
Bandar Gerik sejuk dan nyaman. Mendamaikan jiwa
dengan kehijauan alam. Aduhai Gerik!!!....,
andai nafas ini nantinya masih dihela, Insya Allah kita ketemu lagi. Saat itu
bukan lagi mimpi seperti hari ini: mimpi berjoging di landasan Lapangan Terbang
Tentera Gerik.
Peserta Kursus Intensif Haji1434/H 2013M
Kereta Kebal menjadi bulatan di hadapan Kem Tentera
Landasan Lapangan Tentera Gerik
Cara mendapatkan pernafasan yang panjang untuk pengucapan awam yang mantap
0 Responses to "DIA yang merencana segala-galanya ....."
Catat Ulasan