Dunia hari ini menyaksikan banyak tanggungjawab
ibu bapa sudah diambil oleh institutsi pendidikan. Suami pula, sudah dapat isteri "ready made" pakaiannya beragama dari bapa mertua, entah ditambah entah tidak ilmu isteri tersayang. Entah diberi tidak, nafkah batin berbentuk ilmu kepada isteri. Entah diperingat entah tidak, Sujud Tilawah dalam solat Subuh Jumaat. Yang dihafaz nafhkah "malam Jumaat." Namun yang mengimamkan isteri dalam solat Subuh Jumaat dengan surah al-Sajdah, ramai juga...Alhamdulillahh......Suami mengimamkan isteri di solat Subuh Jumaat, sebab mereka sama-sama mengharapkan anak dan menantu yang tahu sujud Sajdah. Justeru mereka dahulu yang memulakannya. Syabas dan tahniah buat suami mithali.
Oleh kerana berada di institusi berkenaan maka mengajarkan ilmu agama menjadi tanggungjawab saya sebagai guru. Akan lunas tanggungjawab apabila pengajaran dan pembelajaran menepati Sukatan Pelajaran atau Pro Forma dan sebagainya. Yang penting melunasi garis panduan pihak berkenaan.

Tanggungjawab
pelajar atau murid pula melaksanakannya sebagai amalan. Untuk memahamkan harus
melalui amali atau praktikal atau simulasi dalam apa juga keadaan. Bagi
mendapatkan situasi sebenar, dalam keadaan payah sekalipun simulasi mesti
dilaksanakan juga. Ruang tempat bukan alasan. Tujuannya cuma satu: biar mereka
benar-benar faham dan mengerti. Justeru, berharaplah kepada Allah akan terhasil
nanti gabungan antara ilmu dan amal.
Sebagai contoh Sujud Tilawah dalam solat, berapa
ramai yang mampu melakukannya. Usah ditanya hafaz atau tidak surah al-Sajdah.
Solat Subuh berjamaah dengan bacaan surah al-Sajdah sudah bertaburan antara
yang terus sujud dan yang berhenti rukuk. Siapa yang hendak dipersalahkan??? Nak kata tak baca
al-Quran, baca. Lebih ketara situasi yang saya perkatakan ini ketika di Tanah
Suci. Rakyat Malaysia, rakyat Indonesia, rakyat Turki, rakyat Pakistan,
semuanya sama. Ramai yang tidak mengetahui daripada yang memahami. Lepas itu
pulak entah mereka tahu atau tidak apabila menyanggahi perlakuan imam, solatnya
tidak sah.
Inilah yang dikatakan sudah jatuh dihempap tangga. Terdapatnya sujud ketika bacaan Surah al-Sajdah di dalam solat tak tahu. Lepas itu pula solat masih diteruskan dalam keadaan tidak sah...Barangkali juga oleh kerana banyaknya rumah teres tak bertangga, maka ramailah yang tidak dihempap tangga sebagaimana juga tidak prihatin dengan Empat Sujud Dalam Islam (Susunan Dato’ Syeikh Zakaria bin Haji Ahmad Wan Besar.) Sampai bila akan berakhir???.... Sampai bila untuk tidak mengerti?

j-QAF Ambilan 2013
Membaca Surah al-Sajdah dalam solat
Sujud.....walau sepatutnya atas tempat sujud. Usah gusar ketika inilah bacaan Sujud dibaca dan ketika ini jugalah interaksi soalan akan ditanya supaya simulasi tidak sia-sia.
Sujud Tilawah di luar solat pula ....
Assalamualaikum warahmatullah....
j-QAF Ambilan 2012
Membaca surah al-Sajdah dalam solat.
Jika ada yang malu-malu, maka tunggu sehingga dia juga sujud.
Alhamdulillah.....
Semoga sekelumit ilmu yang dititipkan anak-anak didik saya bijak nantinya mendidik murid dengan tunjuk cara. Banyakkan beramal supaya kurang teorinya. Terima kasih atas kerjasama semua.
0 Responses to "Suami, imamkanlah isteri di Solat Subuh Jumaat"
Catat Ulasan