12:42 PG
Tanggal 21 Mei 2013 melakar sejarah peribadi yang tersendiri untuk diri sendiri. Mengadakan Kursus Ibadat Umrah di IPG
Kampus Ipoh bukan lagi impian. Terima
kasih kepada Kelab Rakan Perpustakaan IPGKI yang menghulur tangan menjadikannya realiti untuk dikongsi
bersama. Kenangan manis buat saya. Bermula jam 9.00 pagi dan berakhir jam 1.00 tgh. Terima kasih kepada semua yang hadir. Yang tidak hadir, saya amat mengerti. Tugasan dan tanggungjawab juga perlu dilaksanakan. Doa saya semoga Allah mudahkan kita semua untuk tetap punya waktu untuk ibadat, tidak kira apa cara dan di mana. Yang penting dapat menggapai impian.
Hanya Isyarat Istilam. Realitinya begitulah hari ini. Sukar untuk menurut anjuran Rasulullah SAW untuk sentuh dan kucup Hajar al-Aswad. Bahkan untuk menyentuh dengan tongkat (jika bertongkat) atau dengan barang apa yang ada di tangan sekalipun tidak akan berlaku, kerana sentiasa ramai orang yang melakukan tawaf.
Tidak ketinggalan Staff IPGKI
Ketua Jabatan turut serta mengambil peluang.
Makanan yang sudah terhidang, bukan lagi suatu tarikan yang kuat. Replika Kaabah lebih mendominasi keadaan. Alhamdulillah, tahniah ...
Masing-masing melakukan pusingan dengan hati-hati.
Terima kasih kepada semua yang hadir.
Semoga ada ketentuan Allah untuk
Kursus Haji Bersiri Peringkat IPGKI
sementara nafas masih lagi dihela.
0 Responses to "Impian menjadi realiti"
Catat Ulasan