3:17 PTG
Kursus Asas Ibadat Haji Bersiri (KAH) selama 17 minggu di masjid rata-rata sudah berakhir dan akan berakhir. Ini termasuklah di Masjid Parit Buntar, Perak. Kursus tersebut, jika masih belum berakhir tergendala kerana,berlaku pertembungan dengan tarikh Pilihanraya ke 13.
Kursus terakhirnya adalah amali. Nampak mudah, tapi berat pikulan tanggungjawab yang digalas. Tambah-tambah hendak menggambarkan sebagaimana situasi sebenar. Namun Alhamdulillah......sedikit sebanyak dapat direalisasikan. Tahniah peserta KAH 2013. Kepada yang terpilih gapailah Haji Mabrur. Kepada yang terpilih, pembelajaran Ibadat Haji & Umrah belum diikuti, Insya Allah saya sedia membantu.
Menjadikan dalam masjid sebagai simbolik kepad Arafah. Bagi menjadikannya lebih realistik atau mendekati keadaaan sebenar, peserta disyorkan untuk Solat Sunat Dhuha, bagi yang belum mengerjakannya. Mereka memberi kerjasama yang baik, hanya dengan sekali saranan
mereka segera melakukannya
"Dengan Ustazah"......memang kena kutip anak batu. Walaupun di tangan sudahpun ada batu-batu kecil yang dibawa dari rumah. Namun bagi mendapatkan perasaan di Muzdalifah peserta memberi kerjasama yang cukup baik. Memang mereka mencari lagi anak batu(klik perkataan)
Apabila yang dinamakan "pembesar suara" membisu buat seketika di tempat melontar ......Pembesar suara asli mesti turun padang. Perjuangan mesti diteruskan. Masa itu emas.
Alhamdulillah.....da ok!!!Terima kasih dengan kepantasan peserta dan jawatankuasa bertindak.
Satu-satunya warga emas (sudah agak bongkok) yang saya nampak di mata, tidak langsung mengalah dengan umur beliau. Orangnya pendiam. Diiringi dua anak perempuan. Dia gagah bergerak dengan tenaga yang dimiliki. Hati saya yang terkial-kial di antara membenarkan atau tidak membenarkan beliau untuk turut serta. Suatu pengajaran untuk membaca blog ini-segeralah menabung. Jadikan menabung untuk menunaikan ibadat Haji adalah agenda utama dalam menguruskan kewangan.
Semuanya mudah dan cepat memberi kerjasama.
Solat Sunat Tawaf. Apabila semuanya rukuk berimamkan suara Ustazah....saya hanya mengharap bahawa mereka akan ingat dan khusyuk kepada Allah nantinya di Tanah Suci.
Semuanya sungguh-sungguh. Peserta kali ini membuatkan saya berfikir "ada kelainannya" yang tersendiri, yang tidak pernah saya rasai. Suatu perasaan, yang hanya Allah tahu jawapannya.
Sae'i dengan sungguh-sungguh meskipun "Safa dan Marwahnya berhampiran pohon kelapa. "
26 Mei 2013 pada 6:18 PTG �
Tahniah