Wajar dicontohi daya keusahawanan rakyat Indonesia untuk ikhtiar hidup. Baik di tempat lawatan seperti, Tangkuban Perahu atau di tempat membeli belah di Mangga Dua dan di mana-mana restoran, rakyat Indonesia mempunyai daya juang mencari rezeki yang tinggi memujuk pelanggan agar membeli barangan dibawa. Ini termasuklah di hadapan hotel penginapan. Seawal pagi lelaki-lelaki bertanggungjawab mencari rezeki terhadap keluarga sudah memenuhi ruang halaman hotel dengan barangan jualan masing-masing.
Mereka memujuk dengan hemah tanpa paksaan. Daya keusahawanan yang tidak mengenal kalah, apa lagi putus asa. Saling berdaya saing tanpa berebut-rebut mendapatkan perhatian pelanggan. Siang mahupun malam. Tanpa kedai, hanya dengan digantung pada kedua belah tangan sekalipun. Termasuklah hanya dengan ditarik dengan bakul di tempat membeli belah. Penjual, masing-masing mencuba nasib menjual barangan agar dibeli yang melancung
Barangan yang dijual memang kreatif dan inovatif. Cukup mengujakan. Kalau dilihat secara kasar, memang semua nak dibeli buat kenang-kenangan, kata sesetengah orang Malaysia. Bercuti untuk merehatkan minda bukan untuk membeli barangan dibawa pulang, itu kata sesetengah orang Malaysia yang lain pula. Kata yang lain pula beli banyak-banyak untuk dijual di Malaysia. Kalau dibeli untuk tanda mata pun kalau sakit badan yang memikul barangan, bukankah masih ada cara lain?
Di Makkah, di Madinah dan di Indonesia rakyat Malaysia cukup pemurah sebagai pembeli barangan untuk cenderamata kepada taulan mahupun untuk saudara mara. Namun jika berfikir dengan membazir, berfikir dengan berkenan, berfikir dengan cantiknya barangan, semua itu membuatkan kita berfikir untuk memilih tidak perlu berlebihan ketika membeli. Apapun lain padang lain belalangnya. Lain orang lain pula pandangan. Apa yang penting, tepuk dada tanya iman, rujuklah ilmu yang juga di dada.
Di perkarangan hotel
Dipintu bas, masih kuat berusaha
Terus meraih perhatian untuk dibeli
Berusaha tanpa jemu, tanpa kenal erti letih.
Seawal pagi
Dalam sebuah pasaraya
Masih mampu tersenyum tampan bila hanya diminta untuk beraksi diambil gambar
Bag kasut.
26 Ogos 2012 pada 1:08 PG �
ok dah boleh dah.
26 Ogos 2012 pada 1:41 PG �
Yup jangan hanya meminta