“Bahan Bantu Belajar saya dipinjam oleh guru lain”
“Pelatih praktikum lain nak buat macam saya buat.”
“Murid saya makin memberi tindakbalas positif semasa mengajar.”
“Murid lain nak masuk kelas saya”
"Murid saya bukan tak oleh tulis, tapi tulisan jawinya  dah cantik"
“Fail saya dirujuk oleh guru lain 
Bahagia rasanya. Hilang lelah. Tidak terasa keringat yang membasahi diri apabila anak didik dalam praktikum bersedia menjadi murid, berkongsi pemikiran dan bersedia menerima tunjuk ajar dalam menyediakan diri sebagai guru. Letih  memandu di jalan raya yang kadang kalanya tersesat jalan hilang begitu sahaja bila mendengar cerita mereka. Itulah ayat-ayat yang positif yang kembali menyemarakkan hati seorang pendidik yang kadangkala terasa semakin kusam.
Memberi didikan  dalam menghidupkan pembelajaran murid sekolah dan menghasilkan Fail Bahan Bantu Mengajar, bukan sesuatu yang mudah untuk saya merealisasikan dari tulisan kepada perkara yang benar-benar wujud. Bermula dari tahun 2008 sudah diusahakan. Tahun 2011 berjaya dengan dua orang  pelajar sahaja. Namun tahun 2012 benar-benar mengujakan saya. Alhamdulillah.... bagai mendapat satu tendangan penalti yang menjaringkan tujuh gol. Siapa sangka? Sekadar membisikkan kepada diri sendiri; barangkali inilah hadiah “Hari Guru “ buat diri sendiri.
Satu tendangan penalti yang menjaringkan tujuh gol  ini mengingatkan saya kepada ayat 261 dalam surah al-baqarah:
Latihan Amalan Profesional atau lebih sinonim dengan sebutan praktikum adalah suatu saat getir bagi seorang pelatih yang bakal bergelar guru. Dalam tempoh 14 Minggu harus dilalui dengan jayanya. Tuntas bertindak. Pantas berfikir membuat keputusan. Bijak bertindak. Bermotivasi selepas mengajar. Malah setiap hari mesti mampu menjana pemikiran dengan idea baru untuk  menyegarkan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas untuk keesokan harinya pula. Berjiwa dinamik menghubungkait isi pembelajaran dengan kehendak semasa. Dari teori ketika kuliah kini untuk diamalkan. Bukan setakat jangan berhenti berlari tapi jangan berhenti berfikir untuk menghidupkan suasana pengajaran dan pembelajaran. Bahan bantu pembelajaran mesti disediakan untuk diri sendiri menghidupkan suasana belajardi kalangan murid memberi ilmu, mendidik anak bangsa, bukan untuk pensyarah.
Berjaya membimbing untuk pelatih yang pelbagai ragamnya hanya dapat diungkap dengan kata: Alhamdulillah. Mereka Berjaya bertindak, Cepat celik akal. Cekap menangani keadaan. Alhamdulillah kemenangan besar buat saya. Menghasilkan bahan untuk diisi ke dalam Fail Bahan Bantu Mengajar bukan perkara mudah bagi orang yang baru dalam bidang pendidikan.  Pelatih yang tekun dan ada kehendak failnya dirujuk oleh Ustazah dan ustazah yang lebih senior, malah bukan setakat itu hinggakan bahan bantu mengajar mereka dipinjam.


Kita biasa mendengar apabila disebut sahaja ustaz dan ustazah, tergambarlah pengajaran dan "pembelajaran yang mendengar ceramah" sehingga di  dalam kelas sekalipun. Lagi kita dengar,  mengantuk bila kelas agama. Label-label lama mesti ditukar. Ustaz dan Ustazah  mesti bangun menjadi orang yang segar dan menghidupkan suasana pembelajaran. Personaliti orang berjaya mesti dibina.“Ada cakap, ada dokumen,” “Ada disiplin diri” “Cakap serupa bikin” Paling penting, “sedia menerima teguran.” Bersifat terbuka dengan pandangan orang lain.” “Ikhlas bekerja,” "Bergaul dengan semua orang."  “Kerjasama sebagai menterjemah solat berjemaah ke dalam pekerjaan.” “Mengharap restu Allah" berbanding anugerah manusia”, namun tidak bererti boleh dihina begitu sahaja.
Kepada anak-anak didik yang tersenarai di bawah paparan ini, bekerja untuk Allah. Cari redha Allah berbanding anugerah manusia. Sentiasa fikir:”Apa Allah kata.” Pahat dengan kemas  kerana Allah dalam hati, agar tidak goyah. Joran telah diberi. Pancinglah ikan sebanyak mungkin. Kumpullah pahala, agar maju di dunia, cemerlang akhirat. Akhir kalam: Semoga beroleh kemenangan dunia untuk bahagia di akhirat.
Catatan:
Terpulang kepada anda yang membaca tulisan ini. Paparan sekadar ingin berkongsi kebaikkan untuk dilaksanakan, demi membina generasi guru yang murabbi, muaddib, muallim dan  mursyid. Menyampai dengan perkataan dibibir belum tentu diterima orang. Belum habis, entah sudah ditempelak. Menulis pasti dibaca dan diteliti hasrat hati. Andai berguna ambillah. Terima kasih anda yang membaca.
Inarah Mohd Farid, SK Pengkalan Aur, Taiping, Perak
Nurul Diana Yahya, SKSeri Aman, Pokok Asam, Taiping, Perak
 Penulis bersama Nurul Ain Mohamed Zohdi, SK Manjoi Satu,
Ipoh, Perak
Penulis bersama Mohd Firdaus Ismail, SK Baru, Parit Buntar, Perak
Mohd Amzari Zharfan Amran, SK Dato' Ahmad Said Tambahan, Manjoi, Ipoh, Perak
     Nurul Izza Azanan, SK Chepor, Chemor, Ipoh, Perak.
Zuhailah Sulaiman, SK Dato' Ahmad Said Tambahan, Manjoi, Ipoh, Perak.

Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha luas (rahmat) kurniaNya, lagi meliputi ilmu pengetahuanNya .

0 Responses to "7 jaringan gol dengan satu tendangan penalti."

Catat Ulasan

  • Salam Pertemuan




    Pembaca yang budiman,




    Mengisi ruang kecanggihan teknologi ICT, media ini sebagai penghubung di antara saya dan anda. Idea yang dipaparkan memang pendek isi maknanya. Pengisian yang diketengahkan untuk direnung dan difikir agar bersama kita celik akal. Sekadar untuk didik diri sendiri dan mengasah bakat dalam penulisan, selagi nafas boleh lagi dihela.




    "Kerja ke depan, Muhasabah ke Belakang"




    Sekian,



    Salam hormat dari saya




    Ai'sah Abol


    Blog Archive

    Pelawat

    blog counter free counters