Sekitar jam 10.30 malam pada tarih 30 Mac 2012, kami sekeluarga menerima berita sedih. Bapa saudara yang mesra dipanggil Pak Ngah yang tinggal di Tebuk Panchor, telah jemput Allah. Ketika usai solat maghrib berjamaah di masjid beliau pulang kerumah yang hanya dipisahkan dengan jalan raya sahaja. Ketika melintas itulah beliau menerima kemalangan yang membawa maut. Sehingga dibawa ke hospital beliau masih biasa-biasa. Penunggang motoryang melanggar juga dimasukkan ke hospital kerana cedera ringan. Jam 3.02 pagi beliau menerima jemputan Ilahi bersebabkan Polytrauma With Intra Abdominal Injur. Isteri pertama telah lama meninggal dunia. Isteri yang baru dinikahi beberapa bulan, inainya masih merah dijari... Pak Ngah pandai berlagu al-Quran. Taranum Hijaz, Sikah, Bayati, Nahawand semua dia boleh. Meskipun tidak ke tahap wakil negeri, saya mengkagumi kebolehannya


31 Mac 2012, ketika hampir maghrib menerima pula berita kembalinya kerahmatullah bapa saudara yang mesra dipanggil Pak Long di Nilai Negeri Sembilan. Pak Long lebih muda dari Pak Ngah kerana Pak Long adalah adik tiri kepada Pak Ngah. Namun mereka rapat. Amat akrab. Pak Long menangis sendu di sisi jenazah Pak Ngah. Diusapnya wajah Pak Ngah penuh kasih sayang dengan juraian air mata. Memandikan dia turut serta. Hati saya gembira menatap wajah Pak Long dari jauh. Dua kali saya cuba merapati Pak Long untuk bersalam. Terhalang. Benar-benar terhalang!!! Beberapa jam sebelum menerima berita kematiannya, berfikir sendiri yang hati memang terkilan hingga akhirnya gagal bertemu Pak Long. Pak Long dengan Pak Ngah kalau bertemu, bagai buku dengan ruas. Tarannum keduanya memenuhi ruang rumah. Alunan keduanya tingkah meningkah silih berganti.


Ajal mereka telah tiba. Kita yang belum bersedialah. Janji mereka telah pasti. Kita yang belum, juga akan pasti. Entah esok, entah lusa. Entah-entah hari ini. Entah-entah sebentar lagi. Ya Allah, matikanlah kami dalam iman, matikanlah kami dalam Islam ….La ila ha ilallah. Berhutang bayarlah segera. Tambah-tambah hutang kepada Allah. Ajal yang datang menjemput tidak dulu sesaat, kemudian sesaat juga tidak. Datangnyaa tepat waktu.

0 Responses to "Bersedialah untuk dijemput."

Catat Ulasan

  • Salam Pertemuan




    Pembaca yang budiman,




    Mengisi ruang kecanggihan teknologi ICT, media ini sebagai penghubung di antara saya dan anda. Idea yang dipaparkan memang pendek isi maknanya. Pengisian yang diketengahkan untuk direnung dan difikir agar bersama kita celik akal. Sekadar untuk didik diri sendiri dan mengasah bakat dalam penulisan, selagi nafas boleh lagi dihela.




    "Kerja ke depan, Muhasabah ke Belakang"




    Sekian,



    Salam hormat dari saya




    Ai'sah Abol


    Blog Archive

    Pelawat

    blog counter free counters