11:07 PTG

1.0 Pengenalan

Perbincangan mengenai minda kreatif dan pemikiran kreatif telah lama wujud sejak tahun 50an lagi.Pengkaji-pengkaji dari sebelah Barat Amerika Syarikat menjalankan kajian-kajian yang behubung dengan kreativiti. Nama-nama seperti Guilford, Mc Kinon, Taylor dan Torrance adalah nama-nama yang popular dalam kreativiti. Mereka menjalankan pelbagai kajian dan bertemu di pelbagai konfrensi dan seminar ilmiah di bawah kelolaan Taylor. Hasilnya terbitlah tujuh jilid sebagai rujukan dasar. Mereka tidak mahu terkebelakang daripada Rusia . Inilah yang menyebabkan mereka menilai semula kekuatan tenaga manusia[1]. Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) menyatakan pembangunan Modal Insan berfokus untuk melahirkan murid yang kompeten, inovatif, kreatif dan berkebolehan bagi memenuhi keperluan Wawasan 2020”



2.0 DEFINISI KREATIF DAN INOVATIF DAN MEMBUDAYAKAN


2.1 Definisi Kreatif dan inovatif.


Pendidik yang kreatif dan inovatif ialah sebagai seorang yang berjiwa merdeka, mempelbagaikan pendekatan pengajaran dan pembelajaran untuk menyelesaikan masalah, tidak terperangkap dengan cara kerja konvensional, berupaya mengubahsuai konsep dengan cara yang inovatif, bersifat terbuka menerima kelemahan, tidak berputus asa, berjiwa radikal, berani mencabar amalan biasa serta berperibadi stabil dan tidak mudah mengalah dengan tekanan dari luar (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2002). Antara ciri lain guru yang kreatif dan inovatif adalah bersedia dan bertanggungjawab atas keputusannya, mempunyai daya imaginatif yang mencapah, menyediakan pelbagai alternatif dan mampu menghasilkan idea baru ataupun rekacipta (Mok, 2003). Dalam lain perkataan, guru yang kreatif dan inovatif adalah guru yang berupaya memperkembangkan daya intelek, rohani, emosi dan jasmani para pelajarnya dengan optimum secara seimbang dan harmonis sesuai dengan kehendak Falsafah Pendidikan Negara (FPN).


Manakala kreatif pula ditakrifkan sebagai mempunyai kebolehan men­cipta, menghasilkan, dan mengembangkan sesuatu idea baru dan asli. Kita harus mengerah seluruh tenaga. Idea yang baru bukan setakat susunan atau struktur baru terhadap makna-makna dan unsur-unsur yang sudah ada.bahkan juga baru pada struktur yang belum ada sama baru secara ,mutlak atau relatif mengikut bidang yang berbeza-beza.[2] Mengambil contoh hasil kreatif dalam bidang seni bermaksud menghasilkan karya seni yang benar-benar bermutu tinggi. Melakar kejayaan sebagai pelukis hingga ke satu peringkat yang hampir tiada hadnya. Kreatif dalam bidang sains membawa idea baru atau gaya baru dalam analisa-analisa yang dibuatnya atau mengembangkan alat-alat atau instrument baru yang digunakannya utuk mencipta peralatan baru.




2.2 Definisi Membudayakan Pemikiran


Membudayakan memberi maksud menjadikannya kebiasaan atau suatu kelaziman [3].


Pemikiran ialah proses menggunakan minda untuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu, menerokai pelbagai kemungkinan idea atau ciptaan dan membuat pertimbangan yang wajar, bagi membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dan seterusnya membuat refleksi dan metakognisi terhadap proses yang dialami


Rumusan


Membudayakan pemikiran kreatif memberi maksud menjadikan kreatif adalah gaya hidup. Untuk membudayakan pemikiran kreatif di kalangan pelajar kita perlu mendalami kriteria-kriteria yang seharusnya ada pada diri orang yang kreatif. Membudayakan pemikiran kreatif dan inovatif di kalangan pelajar menjadikan pelajar sentiasa menghasilkan sesuatu yang baru dalam pembelajaran mereka sendiri dan menjadikan diri mereka biasa dengan menghasilkan sesuatu yang baru sama ada baru secara mutlak atau relatif. Pelajar yang kreatif dan inovatif adalah hasil didikkan dan bimbingan berterusan serta tunjuk ajar daripada pendidik yang juga memiliki ciri-ciri kreatif dan inovatif.


3.0 USAHA-USAHA YANG DILAKUKAN UNTUK MEMBUDAYAKAN PEMIKIRAN KREATIF DAN INOVATIF DI KALANGAN PELAJAR


3.1 MELALUI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI DALAM BILIK KULIAH


3.1.1 Memberikan Motivasi Berdasarkan Contoh Terdekat


Memperkatakan tentang kreatif bererti perbincangan menghasilkan sesuatu yang baru pada unsur-unsur yang telah sedia ada atau baru hendak diadakan. Tidak dapat tidak ianya berkait rapat dengan soal penghargaan. Di kalangan pelajar saya memberikan dorongan dan galakkan untuk memajukan diri. Memberi input baru terhadap diri mereka sendiri dalam dunia pendidikan. Mencapai kejayaan dalam bidang pelajaran tanpa mengharapkan anugerah. Soal pengurniaan biarlah difikirkan oleh pihak lain. Begitu juga dalam menyertai pertandingan, bertujuan untuk menghasilkan inovasi yang kreatif dalam kumpulan dan bukan untuk merebut tempat kemenangan tetapi memupuk pemikiran kreatif.


Kejayaan anak Malaysia di persada antarabangsa, dengan mencontohi Professor Emeritus Tan Sri Dato’ Sri Lim Kok Wing mendapat anugerah Malaysia’s Father of Creativity & Innovation” Business of the Year Award’ Ke-4 daripada SMI & SME Worldwide Network yang disempurnakan oleh Timbalan Menteri Industri dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia, Y.B. Dato’ Mukhriz di Grand Dorsett Subang Hotel pada 20 Jun 2010. Pelbagai pihak menghargai beliau. Bagaimanapun tanpa penghargaan pelajar masih boleh terus memupuk kreatif dan inovatif. Seorang penyelidik contohnya semakin banyak kajian dilakukan semakin kreatiflah dia berbanding dengan orang lain[4]


Rumusan


Kreatif dan Inovatif akan terus terpancar dari dalam diri seseorang sama ada mereka menerima anugerah atau tidak. Orang yang sememangnya mempunyai budaya begini dalam hidup mereka anugerah bukanlah menjadi keutamaan dalam agenda kejayaan dalam bidang yang diceburi dan meraih pelbagai anugerah. Kepuasan dalam memperoleh hasil karya adalah sasaran kepada apa juga yang mereka hasilkan. Anugerah adalah kurniaan pihak lain terhadap mereka. Contoh tempatan yang beginilah yang harus diketengahkan secara berulangkali agar ianya menjadi inspirasi kepada setiap pelajar.


3.2 Memberi Ruang Untuk Bersuara Sebagai Sebahagian Daripada Ke Arah Menghasilkan Karya.



Pelajar yang mempunyai pemikiran kreatif dinilai oleh guru-gurunya terhadap karya yang dihasilkannya ketika mereka belajar. Menjurus kepada sumbangsaran, mengikut keupayaan mereka mempersembahkan jawapan. Justeru itu saya sebagai pendidik harus memberi kepercayaan dan peluang bersuara serta memberi pendapat dalam pengajaran dan pembelajaran kepada pelajar berkaitan dengan apa yang mereka baca. Menghormati dan mempercayai ini penting dalam memupuk pemikiran kreatif seperti yang dicatat oleh Mc Kinnon (1962) yang menyatakan anak-kanak yang diberi kebebasan dengan mengambil tanggungjawab sendiri telah mendorong anak menjadi orang yang berdikari yang mempunyai ciri-ciri orang dewasa seperti seorang dewasa yang bekerja sebagai jurutera yang kreatif.[5] Oleh yang demikian saya membantu pelajar-pelajar saya mengeluarkan pendapat, mengutarakan hujah-hujah berkaitan apa yang dipelajari, mengikut kebolehan masing-masing, disamping membuat hubungkait dengan isu-isu semasa yang berkaitan.


Kajian-kajian sepakat mengatakan bahawa di antara ciri-ciri orang kreatif adalah sifat berdikari, kebebasan dan kelenturan. Inilah tiga ciri yang dianggap pokok dalam karya kreatif. Barangkali yang paling penting dalam bahawa orang kreatif itu bersifat bebas dalam pemikirannya dan tidak tunduk kepada apa yang terkenal dan dibiasakan.[6] Ini terbukti berkhasil dengan apa yang lakukan apabila saya memberi peluang kedua untuk menyuarakan pendapat.Ini terbukti dalam refleksi atau komen yang saya terima di antaranya,


Contoh 1: Data bertulis daripada pelajar setelah beberapa siri kuliah.


Semua pelajar berpeluang menyuarakan pandangan . Boleh berbincang sesama sendiri,.


Murid 1



Contoh 2: Data bertulis daripada pelajar setelah beberapa siri kuliah.


Interaksi lebih menyeluruh- melibatkan pembelajaran dua hala.


Murid 2



Contoh 3: Data bertulis daripada pelajar setelah beberapa siri kuliah.


Saya mendapati bahawa ia lebih efektif memandangkan semua pelajar mengambil bahagian.


Murid 3


Rumusan


Sikap keterbukaan seorang pendidik akan menyebabkan pelajar mengalirkan atau menyalurkan pendapat untuk dikongsi dan dibincangkan sewaktu sessi pengajaran dan pembelajaran. Sikap terbuka sebenarnya akan dirasai sebagai seorang yang diberi penghargaan oleh gurunya. Ini akan terus menggalakkan pertumbuhan perbincangan. Sebagaimana pendapat Suria Baba (2007) dalam dapatan kajiannya bahawa pengetahuan yang diperolehi oleh pelajar secara kendiri, akan menyimpan maklumat tersebut untuk jangka masa yang lama, malah dengan keterbukaan menerima pendapat pelajar akan membuatkan mereka untuk terus menyumbang idea lalu maklumat diproses secara aktif dan berfokus. Suasana keterbukaan melatih dan membudayakan kemahiran interpersonal dan ada dorongan untuk aktif berfikir. Pelajar terlibat secara aktif dalam perbincangan kerana pelajar sudah ada celik akal (insight) dalam isu yang sedang dibincangkan.


3.1.3 Bimbingan melaksanakan hasil pemikiran kreatif dan inovatif dengan menjadikannya dalam bentuk dokumentasi yang boleh dikongsi dan boleh digunapakai pada bila-bila masa.



Setelah memberi ruang,untuk mengeluarkan pendapat, saya bimbing pelajar saya untuk mempersembahkan pendapat mereka untuk disampaikan dalam bentuk yang lebih kemaskini dan terancang. Memikirkan untuk mendapatkan set induksi dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran bukanlah sesuatu yang mudah. Namun ianya adalah mudah jika dibimbing untuk cara mendapatkan kreativiti bagi sesuatu tajuk tanpa mengeluarkan belanja yang banyak dan usaha yang lama. Menggunakan bahan-bahan persekitaran yang berhampiran, maujud dan tanpa kos yang dikeluarkan serta masa yang singkat adalah ciri yang perlu ada pada set induksi. Menghasilkan bahan semulajadi untuk set induksi yang diketengahkan mampu menggerak keseluruhan pembelajaran murid dari langkah satu hinggalah kepada kesimpulan dan penilaian pengajaran dan pembelajaran pada hari tersebut. Mengambil contoh set induksi bagi tajuk, “Kepercayaan kepada Allah” ialah menggunakan dua botol air mineral kosong. Satu daripadanya dicampur dengan gula. Manis gula yang ada pada air tersebut tidak dapat dilihat tetapi ianya ada. Mengambil contoh wanginya bau sabun mandi dan pencuci pakaian Soflan tidak dapat dilihat, namun ianya wujud. Kerusi dan meja serta peralatan teknologi komputer dihasilkan di kilang. Siapa yang menghasilkannya tidak dapat dikenali, apa lagi dilihat. Bantu murid berfikir bahawa, Allah s.w.t. tidak dilihat tetapi wujud.


Set induksi yang kreatif adalah sebagai bahan yang merangsang pemikiran ke arah penerokaan minda yang seterusnya. Apabila ini berlaku maka pembelajaran bukan sesuatu yang begitu ilmiah dan akademik. Proses penyaluran ilmu (tajuk baru pembelajaran) disampaikan dan dibincangkan kepada pelajar dalam bentuk yang santai namun hakikat sebenarnya ianya begitu ilmiah dan akademik. Murid menyerap maklumat baru bagi dengan mudah tanpa mereka sedari.


Saya bimbing pelajar untuk berfikir secara khusus dalam pengajaran dan pembelajaran untruk membina set induksi sebanyak yang mungkin bagi keseluruhan tajuk-tajuk yang mereka akan sampai dalam pengajaran dan pembelajaran dalam kumpulan. Hasil kumpulan akan dikongsi bersama. Kesemua hasil yang mereka perolehi tadi hendaklah dibuktikan dalam bentuk dokumentasi yang dinamakan “Folio Set Induksi Pendidikan Islam Tahun 3” (nama matapelajaran berkaitan). Apabila mereka memperolehi set induksi yang baru penambahan boleh dilakukan, hanya dengan memasukkan input baru tersebut pada tajuk yang berkenaan. kebarangkalian yang akan berlaku ialah empat set induksi bagi satu tajuk. Kemudahan awal yang disediakan ialah mereka hanya perlu pilih sahaja.


Rumusan


Perlagaan idea (Suria Baba 2007 )memberikan peluang pelajar berinteraksi dan saling memberi dan menerima pendapat rakan menjadikan pelajar mantap minda dan menjadi lebih matang dalam mengupas isu perbincangan dengan lebih terbuka.


3.1.4 Melaksanakan teori pembelajaran koperatif dengan cermat semasa proses pengajaran dan pembelajaran.



Pembelajaran koperatif saya gunakan bagi menjamin objektif kelangsungan pengajaran dan pembelajaran bagi fakta di atas (menghasilkan set induksi dalam bentuk dokumentasi). Pembelajaran koperatif adalah “proses di mana sekumpulan pelajar belajar bersama-sama, menolong satu sama lain dalam pembelajaran untuk mencapai matlamat kumpulan.(Kagan 1989) Merujuk kepada satu set strategi pengajaran dan pembelajaran termasuk interaksi kerjasama antara pelajar semasa Proses pembelajaran (Kagan,1990) .


Ketika kelangsungan pengajaran dan pembelajaran sedang berjalan saya membimbing dengan mewujudkan beberapa peraturan seperti, jangan bising, bercakap ikut giliran, panggil nama sebenar, sentiasa ada dalam kumpulan, sentiasa beri galakkan pada ahli, beri cadangan, jangan kritik, berusaha untuk memberi sumbangan dan minta bantuan guru setelah minta pandangan semua ahli. Pembelajaran ini perlu dilakukan dengan teratur dan teliti supaya pemikiran pelajar tidak terbantut kerana pelajar tidak lagi tertumpu kepada saya. Dalam proses perbincangan kumpulan inilah akan lahir pemikiran kreatif dan inovatif dikalangan mereka. Kejayaan memperolehi hasil set induksi adalah pasti kerana setia ahli dalam kumpulan memerlukan satu sama lain. Setiap individu berusaha untuk memastikan kumpulan mereka berjaya. Setiap ahli bertanggungjawab untuk menyumbangkan seberapa banyak idea untuk kejayaan kumpulan. Di dalam pembelajaran koperatif terdapat kemahiran berfikir.


Dalam menyampaikan pengetahuan, pendekatan, teori pembelajaran, kaedah dan teknik pengajaran merupakan alat penyambung atau penggerak dua hala iaitu dari pihak pengajar kepada pelajar yang sifatnya sentiasa berinteraksi dan saling mempengaruhi (Abdullah Ishak, 1995 dan Mok, 2003). Kombinasi pendekatan, teori pembelajaran, kaedah dan teknik pengajaran yang berkesan akan dapat membantu pelajar memperolehi ilmu pengetahuan, kemahiran, mengubah sikap dan tingkahlaku, menanam minat dan nilai yang diingini di samping dapat memupuk daya kreativiti dan inovasi pelajar itu sendiri.


Rumusan


Usaha saya mempelbagaikan strategi, pendekatan, teori, teknik dan kaedah pengajaran dan pembelajaran ini selari dengan pandangan Abdullah Ishak (1995) bahawa pendidik yang kreatif dan inovatif adalah pendidik yang mahir menggunakan pelbagai strategi, teori, kaedah, teknik dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang pelbagai untuk menampung keperluan pelajar yang berbeza-beza dari segi gaya pembelajaran. Implikasi guru sebagai fasilitator dalam pengajaran dan pembelajaran berasaskan koperatif learning.


3.2 MELALUI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KETIKA LATIHAN PRAKTIKUM



3.2.1 Pemikiran Kreatif dan Inovatif Menghasilkan Karya iaitu Fail Bahan Bantu Pengajaran dan Pembelajaran.



Pemikiran kreatif dan inovatif dikaitan dengan menghasilkan sesuatu, mengikut tahap keupayaan dalam bidang masing-masing. Oleh kerana saya berada dalam pendidikan yang menghasilkan guru-guru yang berketrampilan dalam pengajaran dan pembelajaran dan pelajar berlatih untuk menjadi sentiasa siap sedia dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran pada bila-bila masa serta kreatif dan inovatif dalam penyampaian ilmu dengan menggunakan bahan bantu mengajar yang dihasilkan sendiri. Melaksanakankan tugasan sebagai pensyarah pembimbing ketika pelajar menjalani latihan praktikum dengan menggunakan Borang PR 1.[7] Membimbing pelatih memenuhi amalan refleksi[8] yang mengkehendaki pembinaan folio[9] dengan tidak mengabaikan mana-mana bahagian-bahagian lain yang tidak kurang pentingnya. Borang Senarai Semak Portfolio Praktikum pula memperincikan lagi penyediaan folio. Dalam kandungan folio tersebut terdapat bahagian hasil kerja harian guru pelatih adalah di antara bahagian yang perlu diberi perhatian penting kerana ianya berhubungkait dengan tugas hakiki mereka sebagai pendidik.


Saya membimbing pelajar untuk menghasilkan bahan bantu mengajar bukan sahaja untuk kegunaan semasa latihan praktikum, malah melampaui kegunaan masa kini. Kegunaan bentuk jangka masa panjang bermanfaat bagi mereka bagi masa hadapan sebagai asas untuk menjadi guru cemerlang.


Contoh 1: Data bertulis daripada murid kepada pelatih praktikum.


Saya sangat puas hati dan sesi bersama utzh memang membuka minda saya untuk menghasilkan bahan bantu mengajar yang kreatif, menarik dan bermutu tinggi. Usatzah banyak menyedarkan saya tentang pentingnya bbm dalam pembelajaran seharian dan buat yang boleh tahan lama …..


Pelatih 1


Contoh 2: Data bertulis daripada murid kepada pelatih praktikum.


Melalui bahan bantu mengajar yang pelbagai, bentuk murid dapat mengingati tajuk yang diajar.


Pelatih 2



Penyusunan isinya berdasarkan tajuk-tajuk dalam Sukatan Pelajaran bagi mata pelajaran berkaitan. Meskipun latihan yang mereka lalui hanya selama 10 minggu[10], namun dengan bimbingan yang penuh kepercayaan. mereka berjaya menghasilkan hasilan kerja sendiri dengan kreatif dan inovatif. Bahan bantu mengajar ini kemudiannya dikumpulkan dalam bentuk dokumentasi fail berasingan daripada Folio Praktikum, yang dinamakan Fail Bahan Bantu Mengajar Pendidikan Islam (mata pelajaran berkaitan). Penghasilan karya ini adalah dianggap cemerlang bagi mereka yang sedang menjalani Latihan Praktikum[11] . Malah mereka mendapat pujian dari rakan sekerja.[12] Lebih membanggakan hasil kerja tersebut memberi impak kepada keberkesanan dalam penyampaian pengajaran dan pembelajaran. Komen ikhlas daripada murid mereka sendiri, dengan corak penyampaian yang lebih bertenaga dan pengajaran dan pembelajaran yang lebih menyeronokan berbanding sebelum menerima bimbingan. Ini dapat dibuktikan dengan luahan mereka dalam edaran refleksi yang diterima[13].


Contoh 1: Data bertulis daripada murid kepada pelatih praktikum.


Ustaz lontar idea, kami kena terang maksud dan bagi jawapan secara spontan, memang mencabar.


Contoh 2: Data bertulis daripada murid kepada pelatih praktikum.


Aktiviti sumbang saran memang best tapi jadi pengerusi rasa kecut perut... namun boleh tambah pengalaman.


Murid 2



Rumusan


Memberi kepercayaan yang penuh, bimbingan berterusan pelajar mampu betindak sendiri menjalankan tugasan dengan kreativiti sendiri sehingga mampu bukan sahaja memberikan pengalaman baru dalam pengajaran dan pembelajaran, malah teruja dengan penerima murid terhadap mereka setelah mereka menerima bimbingan. Ini bermakna pelatih berbeza cara penyampaian pengajaran dan pembelajaran sebelum dan selepas menerima bimbingan..


3.3 MENGAPLIKASIKAN PENGGUNAAN ALAT-ALAT BERFIKIR SERTA MENYEBATIKAN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS DAN KREATIF (KBKK)



3.3.1 Konsep Alat-Alat Berfikir dan Kemahiran Berfikir Secara Kreatif dan Kritis



Dalam usaha meningkatkan kualiti pendidikan, beberapa perubahan telah dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran antaranya ialah KBKK. Kemahiran berfikir adalah elemen yang diajar secara penyebatian merentas kurikulum supaya pemikiran pelajar akan lebih meningkat, memandu pelajar menghasilkan idea-idea dan rekacipta yang bernas, jitu, kreatif dan kritis serta berupaya memperolehi ilmu dan menguasai konsep dengan lebih berkesan (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2000). Edward de Bono (1976) pula menakrifkan Kemahiran Berfikir sebagai pemikiran lateral yang membawa maksud bukan untuk menyelesaikan masalah sahaja, tetapi juga berfikir untuk melihat sesuatu berdasarkan pelbagai perspektif bagi menyelesaikan masalah. Untuk menggalakkan murid berfikir, guru perlu menggunakan ransangan bahan dan alat berfikir mengikut tujuan, keperluan dan kesesuaian isi kandungan dengan kemahiran berfikir yang hendak disampaikan. Alat berfikir menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (2000) dan Poh (1997) merupakan alat atau instrumen yang dapat membantu pelajar menggunakan minda dengan lebih bijak dan berkesan. Alat ini menjadikan pemikiran kita lebih tersusun, luas, jelas dan melihat sesuatu fakta, idea, isi dan konsep secara visual dan holistik serta meninjau hubungan di antara idea dan fakta dalam satu ruang atau rangka yang lebih teratur. Alat ini terdiri daripada pelbagai jenis atau corak (seperti penyoalan, peta minda, pengurusan grafik dan CoRT) yang meransang minda berfikir secara mendalam dan berkesan.


Rumusan


Usaha-usaha kreatif dan inovatif yang dilakukan oleh saya dalam pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan alat-alat berfikir (peta minda, pengurusan grafik mahupun CORT) ini adalah selari dengan pandangan Kementerian Pendidikan Malaysia (1999) yang menekankan bahawa penggunaan alat berfikir dalam pengajaran dan pembelajaran berupaya mendorong pelajar berfikiran kreatif dan kritis. Operasi berfikir boleh berlaku apabila guru menggunakan alat-alat berfikir seperti pengurusan grafik, penyoalan lisan dan peta minda (Kamarudin Husin dan Siti Hajar Abdul Aziz, 2003).



3.4. Faham Dengan Halangan Pemikiran Kreatif Dan Inovatif


Usaha yang saya lakukan adalah menyedarkan pelajar-pelajar saya dengan pemikiran kreatif dalaman mereka. Sewaktu pengajaran dan pembelajaran yang saya menggalakkkan mereka berfikir di luar daripada bahan perbincangan atau bahan rangsangan yang saya sediakan supaya wujud perbincangan yang unik dan menarik. Menurut kajian Chua (2007) dalam kajiannya:


Hasil kajian menunjukkan bahawa sebanyak 87.95% daripada subjek kajian mengalami halangan pemikiran kreatif dari segi ketetapan ransangan dan 3.13% daripada subjek mempunyai masalah halangan pemikiran kreatif dari segi ketetapan fungsi. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa ketetapan ransangan merupakan halangan pemikiran kreatif dalaman yang dihadapi oleh majoriti subjek kajian. Walau bagaimanapun, hanya sekumpulan kecil sahaja subjek kajian yang mengalami masalah ketetapan fungsi.




Rumusan


Justeru itu saya mengambil cadangan beliau bahawa, pelajar harus faham tentang halangan pemiikiran kreatif yang ada dalam diri masing-masing disamping mereka disediakan dengan persekitaran yang membenarkan pemikiran kreatif berlaku. Kedua-duanya penting bagi pelajar cuba untuk menyingkirjkan halangan pemikiran kreatif dalaman mereka, iaitu ketetapan rangsangan. [14]


PENUTUP


Menjadi pensyarah Pendidikan Islam yang kreatif dan inovatif membuat saya sentiasa menjadikan pengajaran dan pembelajaran hidup dan ceria. Interaksi dua hala dalam pembelajaran dan pengajaran berbentuk koperatif learning sehingga mampu menghasilkan karya dalam hasil pembelajaran membuatkan saya teruja untuk sentiasa menghubungkait isu dalam pembelajaran dengan maklumat terkini. Amalan refleksi daripada pelajar terhadap pengajaran dan pembelajaran saya yang tidak saya abaikan, membuatkan saya terus untuk berkarya dalam bidang pendidikan. Semuanya akan menjadikan minda saya dan minda pelajar mampu menerima maklumat baru dengan membenamkannya dalam pemikiran yang menjadikan kami tajam minda dan matang pemikiran serta kreatif dan inovatif









[1] Hasan Langgulung. (1991). Kreaviti dan Pendidikan Suatu Kajian Psikologi dan Falsafah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hal.153




[2] Hasan Langgulung. (1991). Kreaviti dan Pendidikan Suatu Kajian Psikologi dan Falsafah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hal. 176



[3] Kamus Dewan




[4] Ibid. hal. 172



[5] [5] Ibid. hal. 283



[6] [6] Ibid. hal. 287



[7] Buku Panduan Praktikum, Borang Bimbingan Praktikum KPLI/ KPLI SR/ KPLID/ KDPM



[8] Bahagian C dalam Borang PR1 (Borang Bimbing



an Praktikum)



[9] Portfolio atau folio professional merupakan koleksi dokumen yang memberi gambaran tentang professional dari segi pengetahuan, kemahiran, pengalaman, kelayakan dan matlamat serta pencapaian.



[10] Latihan Praktikum Pelatih KDC (SABK-SM)-Ambilan: Nov 2007 (FASA 1), Tempoh Masa 28 Jun 2010 hingga 3 September 2010 di Maahad Al-Tarbiyah, Batu 8, Trong,



Taiping.



[11] Latihan Praktikum KDC (SABK-SM)-Ambilan: Nov 2007 (FASA 1), Tempoh Masa 28 Jun 2010 hingga 3 September 2010 (10 Minggu)



[12] Jamaliah Saad, Peserta Latihan Praktikum KDC (SABK-SM)-Ambilan: Nov 2007 (FASA 1), Tempoh Masa 28 Jun 2010 hingga 3 September 2010 di Maahad Al-Tarbiyah, Batu 8, Trong, Taiping.



[13] Hanipah b. Mohd Sedi, Peserta Latihan Praktikum KDC (SABK-SM)-Ambilan: Nov 2007 (FASA 1), Tempoh Masa 28 Jun 2010 hingga 3 September 2010 di Maahad Al-Tarbiyah, Batu 8, Trong, Taiping



[14] Menurut Chua (2007) beliau mencatat Dacey (1989) mendefinisi ketetapan ransangan sebagai keadaan di mana seseorang yang berdepan dengan ransangan tertentu akan hanya dapat menumpukan perhatian kepada ransangan tersebut, sehingga tidak dapat membuka mind



anya secara kreatif, untuk memikirkan perkara-perkara selain daripada ransangan tersebut.




0 Responses to "Pemikiran Kreatif"

Catat Ulasan

  • Salam Pertemuan




    Pembaca yang budiman,




    Mengisi ruang kecanggihan teknologi ICT, media ini sebagai penghubung di antara saya dan anda. Idea yang dipaparkan memang pendek isi maknanya. Pengisian yang diketengahkan untuk direnung dan difikir agar bersama kita celik akal. Sekadar untuk didik diri sendiri dan mengasah bakat dalam penulisan, selagi nafas boleh lagi dihela.




    "Kerja ke depan, Muhasabah ke Belakang"




    Sekian,



    Salam hormat dari saya




    Ai'sah Abol


    Blog Archive

    Pelawat

    blog counter free counters