Berkampung hari di Pulau Langkawi dari 2 Mac hingga 5 Mac 2012 dengan jadual pembentangan Kertas Kerja Muzakarah Haji Kebangsaan ke 28 yang cukup padat. Bermulanya pagi. Malam jam sepuluh baru selesai. Matahari dan bulan sekadar dikerling sekilas pandang. Namun ada waktu terluang walau sedikit harus bijaksana direbut.





Tamat pembentangan petang hari ketiga masing-masing menjadi "lipas kudung" mencari destinasi. Waktu berbaki hanya beberapa jam. Keliling pulau dengan bot laju asalnya hampir berkubur menjadi mimpi kerana tak cukup "ahli bot". Alhamdulillah, sampai juga hajat akhirnya.
Menjadi saksikan burung helang, menyambar makan dipermukaan air. Bukan seekor. Banyaknya.... Melihat secara dekat, secara semulajadi. Subhanallah!!! Kebesaran Allah. Rasa-rasa terdengar berdezup bunyi libasaan sayap helang melintas di kepala.
Menjadi bot terakhir keliling pulau. Disempatkan juga mendaki ke tasik Pulau Dayang Bunting yang dikatakan indah. Benar-benar kami yang terakhir. Pekerjanya juga kami selisih dijalanan sewaktu mendaki. Langkah diatur dengan pantas!!! Namun masih sempat menyaksi kebesaran Allah. Batu dan pokok masih boleh hidup bersama, bahu membahu. Memang tasiknya tenang. Memang cantik. Memang mendamaikan. Memang menawan.

0 Responses to "Ziarah ke Pulau Langkawi"

Catat Ulasan

  • Salam Pertemuan




    Pembaca yang budiman,




    Mengisi ruang kecanggihan teknologi ICT, media ini sebagai penghubung di antara saya dan anda. Idea yang dipaparkan memang pendek isi maknanya. Pengisian yang diketengahkan untuk direnung dan difikir agar bersama kita celik akal. Sekadar untuk didik diri sendiri dan mengasah bakat dalam penulisan, selagi nafas boleh lagi dihela.




    "Kerja ke depan, Muhasabah ke Belakang"




    Sekian,



    Salam hormat dari saya




    Ai'sah Abol


    Blog Archive

    Pelawat

    blog counter free counters