Ingin mempunyai rumahtangga aman damai tetapi apakan daya setiap hari berlaku peperangan,


Ingin punya isteri yang cantik jelita, anggun bergaya, namun adalah isteri sekarang,


Ingin sekali punya suami yang tampan bergaya, namun adalah suami sekarang,


Ingin punya anak ramai yang Allah pinjamkan hanya seorang,


Ingin memandu kereta berjenama tapi sekarang memang berjenama,


Ingin belajar hingga mendapat doktor falsafah, tapi digenggaman hari ini baru sarjana,


Ingin memegang jawatan cemerlang namun tertindas dengan prestasi tahunan,


Ingin menjadi pengikut tetapi diberi jawatan,


Ingin gembira selalu, namun air mata juga yang berderai.


Entah apalagi keinginan yang tertunai. Entah apa lagi keinginan yang hendak ditunaikan dan belum ditunaikan. Semuanya menjadi keinginan terbit dari hati sendiri. Tertunai atau tergugat hasrat harus selalu akur bahawa:


Perkara yang kamu benci boleh jadi baik bagi kamu dan
Perkara yang kamu suka boleh jadi buruk atau tidak elok bagi kamu.
Ingatlah Allah jua Yang Maha Mengetahui semua itu, sedang kamu tidak mengetahuinya.


maksud al-Baqarah: 216

0 Responses to "Baik itu belum tentu elok"

Catat Ulasan

  • Salam Pertemuan




    Pembaca yang budiman,




    Mengisi ruang kecanggihan teknologi ICT, media ini sebagai penghubung di antara saya dan anda. Idea yang dipaparkan memang pendek isi maknanya. Pengisian yang diketengahkan untuk direnung dan difikir agar bersama kita celik akal. Sekadar untuk didik diri sendiri dan mengasah bakat dalam penulisan, selagi nafas boleh lagi dihela.




    "Kerja ke depan, Muhasabah ke Belakang"




    Sekian,



    Salam hormat dari saya




    Ai'sah Abol


    Blog Archive

    Pelawat

    blog counter free counters