8:14 PG

Kasihku
Sayang-Mu tulus
Ingatan-Mu hingga hujung nyawa


Kasihku
Sayang-Mu tulus
Ingatan-Mu buat bahagia dunia akhirat

Kasihku
Sayang-Mu abadi
Tiap ungkapan benar
tanpa dusta, tanpa nafsu

Kasihku
Sayangmu abadi
Meski jasadmu berkubur, namun tidak hancur dimamah bumi
Dua wasiatmu tak sekali aku lupa

Kasihku
Sayang-Mu agung
Doa-doa ku buat merungkai segala

Kasihku
Sayang-Mu tulus
Sayang-Mu abadi
Sayang-Mu agung
Deraian air mata berjujuran
Sebak dada syahdu mengenang-Mu
Ziarahku belum bisa melerai rindu yang sarat
Getir hati tetap terasa
Tatkala ku sebut nama-Mu
Di setiap urat nadiku
Di setiap pelusuk nafasku

Nukilan pena
Ai’sah Abol
Selasa
19 Julai 2011
3.25pm


Dipetik daripada, Perhenetian Kasih, Kumpulan Puisi Warga kampus Ipoh (Editor Mohammad paris Arshad, (2011), Jabatan Pengajian Melayu, IPG Kampus Ipoh.

2 Responses to "Kasihku"

  1. Tanpa Nama Says:

    sahabat lama,
    tahniah boleh menghasilkan nukilan yang membantu membentuk hubungan yang harmonis sesama insan dan terhadap Pencipta.
    Teruskan berkarya.

  2. Tanpa Nama Says:

    sahabat lama,
    tahniah boleh menghasilkan nukilan yang membantu membentuk hubungan yang harmonis sesama insan dan terhadap Pencipta.
    Teruskan berkarya.

Catat Ulasan

  • Salam Pertemuan




    Pembaca yang budiman,




    Mengisi ruang kecanggihan teknologi ICT, media ini sebagai penghubung di antara saya dan anda. Idea yang dipaparkan memang pendek isi maknanya. Pengisian yang diketengahkan untuk direnung dan difikir agar bersama kita celik akal. Sekadar untuk didik diri sendiri dan mengasah bakat dalam penulisan, selagi nafas boleh lagi dihela.




    "Kerja ke depan, Muhasabah ke Belakang"




    Sekian,



    Salam hormat dari saya




    Ai'sah Abol


    Blog Archive

    Pelawat

    blog counter free counters