Bukan mudah melentur hati memaafkan orang lain. Bukan mudah juga untuk menyebut nama orang yang menganiaya kita, dalam tadahan doa suci kepada Allah bagi menyatakan bahawa benar-benar kita memaafkan. Bukan mudah juga mendoakan hidayah pula. Semua itu tidak mudah. Yang mudah ialah, lidah yang memang tidak bertulang, tetapi cukup pintar memujuk hati orang lain untuk tega memaafkan aniaya dan onar yang dilalui. Namun, ketepikan mudahnya lidah menyusun untaian nasihat, kita pedulilah apa Allah kata kepada kita:

wur ÈqtGó¡n@ èpoY¡ptø:$# Ÿwur èpy¥ÍhŠ¡¡9$# 4 ôìsù÷Š$# ÓÉL©9$$Î/ }Ïd ß`¡ômr& #sŒÎ*sù Ï%©!$# y7uZ÷t/ ¼çmuZ÷t/ur ×ourºytã ¼çm¯Rr(x. ;Í<ur ÒOŠÏJym ÇÌÍÈ $tBur !$yg9¤)n=ムžwÎ) tûïÏ%©!$# (#rçŽy9¹ $tBur !$yg8¤)n=ムžwÎ) rèŒ >eáym 5OŠÏàtã ÇÌÎÈ



34. Dan tidaklah sama (kesannya dan hukumNya) perbuatan Yang baik dan perbuatan Yang jahat. Tolaklah (kejahatan Yang ditujukan kepadamu) Dengan cara Yang lebih baik; apabila Engkau berlaku demikian maka orang Yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu, Dengan serta merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat karib.


35. Dan sifat Yang terpuji ini tidak dapat diterima dan diamalkan melainkan oleh orang-orang Yang bersikap sabar, dan tidak juga dapat diterima dan diamalkan melainkan oleh orang Yang mempunyai bahagian Yang besar dari kebahagiaan dunia dan akhirat.

0 Responses to "Dari marah boleh menjadi seolah-olah sahabat."

Catat Ulasan

  • Salam Pertemuan




    Pembaca yang budiman,




    Mengisi ruang kecanggihan teknologi ICT, media ini sebagai penghubung di antara saya dan anda. Idea yang dipaparkan memang pendek isi maknanya. Pengisian yang diketengahkan untuk direnung dan difikir agar bersama kita celik akal. Sekadar untuk didik diri sendiri dan mengasah bakat dalam penulisan, selagi nafas boleh lagi dihela.




    "Kerja ke depan, Muhasabah ke Belakang"




    Sekian,



    Salam hormat dari saya




    Ai'sah Abol


    Blog Archive

    Pelawat

    blog counter free counters