Dalam permainan bola sepak satu tendagan penalti menjaringkan satu gol sahaja. Tetapi dalam menyampai kehendak agama satu tendangan penalti mungkin jaringan gol adalah dua. Mungkin lebih lagi. Bukan selalu dapat tetapi sekali Allah beri, bahgia berbunga di hati mengembalikan seseorang ke pangkuan yang Maha Esa...
Cerita benar ini telah saya perolehi permit penyiaran dari yang empunya diri...Tersenyum dan tersipu malu ketika saya sampaikan hasrat untuk dikongsi ceritanya di dalam blog. Kepada pembaca, apa mesej saya ingin sampaikan , tafsirkan sesuka hati anda. Asalkan ianya positif.

Kali pertama bertemu En Din pada 3 Muharram 1433H. Kali kedua pada 3 Safar 1433H. Tanpa saya rancang. Dalam dua versi cerita yang berbeza atas satu topik perbincangan; "Solat Lima Waktu."

Kisah pada 3 Muharram bermula ketika saya menaiki bas yang beliau pandu dari Kuala Lumpur ke Bagan Serai. Soalan pertama yang saya tanya di mana dia akan berhenti rehat dalam perjalanan nanti ..... Bertubi-tubi soalan yang dia terima. Menyedari saya ada masalah, dia bertanya "kenapa kak?" Lalu saya nyatakan saya mengatur jadual tindakan, bagaimana untuk saya selamatkan solat maghrib. Salah langkah kecundang. Setelah gagal mengatur perjalanan dan fardhu maghrib, saya ambil keputusan untuk turun dijalanan. Esok pagi baru saya pulang ke rumah. Sedangkan saya boleh sampai ke rumah dalam waktu Isyak.

Bermula dari perbualan itu saya menemani En Din memandu. Pelbagai alasan dia beri bagaimana beliau tidak mampu menunaikan solat. Dalam masa yang sama dia sendiri terbeban perasaan meninggalkan solat. Menyedari ada peluang untuk saya mencari sebab kenapa dia tak boleh solat , saya batalkan untuk tidor, sedang mata saya mengantok, kepala pulak pening menahan tidor.

"Pakaian saya kotor kak."

"Ada najis ke"

" Tak adalah...."

"Habis? Itu maknanya membesarkan syaitan" tingkah saya ringkas. Setelah agak "mengenali " saya beranikan diri untuk membuat provokasi dalam gurauan....Dia tahu saya ustazah.

Macam -macam alasan yang disusun

"Saya tahu kak, berdosa saya tak solat."

"Saya tahu kak balasan orang tak solat."

"Saya tahu kak...nak dengan tak nak aja solat"

'Singapura, mana ada surau kak"

"Tak ada masa kak. Nak makan pun tak sempat" Saya agak terperanjat. Rupanya Dari Parit Buntar ke Singapura. Dari Singapura ke Kuala Lumpur. Sambung perjalanan ke Parit Buntar semula. Tanpa rehat yang cukup. Tanpa makan. Pandangan saya ini suatu pemerasan tenaga manusia secara zalim. Jadual kerja yang melampau. Suatu pihak terpaksa akur demi sesuap nasi buat isteri dan anak-anak sedang, di pihak lain mengaut laba. Sesuatu yang tidak saya jangka.

"Saya tahu kak, saya pun kadang-kadang dengar kaset Utz Samsuri, Utz Haron Din. Semua tu saya minat kak"

"Nak buat macam mana kak... Saya fikir nak cari kerja lain"

"Nanti bila cuti saya qadha balik solat tu kak..."

"Tak ada masa kak, nak cuci bas lagi.."

"Penumpang tahu ajalah, buang sampah suka-suka hati."

Saya dengar keluhan tanpa rasa marah. Tapi pada ayat-ayat tertentu saya tuntas menjawab alam gurauan:

" Itulah namanya membesarkan syaitan...."

" Tak siapa suruh qadha solat.Tak ada kerja , cari kerja"

"Sampai bila En Din nak berfikir, buatnya tidak. Itu nama ya membesorkan syaitan"

"En Din menyusun alasan dan alasan"

"Apakah kerja lain menjamin solat ditunaikan"

"Jadi pemandu bas pun boleh solat."

Lebih memeranjatkan saya ketika dia memandu untuk trip Pulau Pinang ke Kuala Lumpur, beliau menunaikan solat lima waktu dengan sempurna. Tak terbayang kuatnya dia. Tapi perjalanan Parit Buntar - Singapura ini dia kecundang. Rupa-rupanya dia tidak begitu mengetahui solat Jamak dan Qasar. Saya beri jalan keluar pelbagai cara bagaimana dia boleh menunaikan solat. Saya katakan kepadanya, sampai bila dia harus jadi pemikir tanpa bertindak. Saya agak berjaya menguasai mindanya kerana akhirnya dia sendiri mengutip semula perkataan-perkataan saya dan ketawa. Ketika menuruni bas beliau bertanya:

"Bila lagi saya jumpa dengan kak?"

"Saya tunggu En Din dan isteri di Kursus Perdana Haji di peringkat negeri Perak dan saya akan sambut En Din dan isteri di Makkah."

4 Safar1433H saya membaca nombor bas yang akan saya naiki dari Kual Lumpur ke Bagan Serai. Saya senyum sendiri. Tepat telahan saya. Setelah bas berhenti, saya lihat dia sibuk membuang sampah. Saya hampiri beliau dan bertanya khabar. Tidak dijawab. Wajahnya serius, Tanpa secebis senyuman.

"Kak dah sembahyang"

" Dah."

"En Din dah sembahyang"

"Belum. Nanti saya berhenti di Ipoh Selatan"

Subhanallah putaran 360 darjah. Bukan En. Din yang saya temui dulu... Jawapannya membuatkan saya memilih untuk tidor. Sendirianlah En Din memandu. Hampir dengan Taiping baru saya temani En Din memandu. Ungkapan-ungkapan yang menuju ke arah keteguhan peribadi mengutamakan solat. Mengutamakan Allah.

"Sekarang ustazah, bila nak jalan aja, saya cuma fikir di mana saya nak berhenti solat, kemudian makan. Itu sahaja yang saya fikir."

"Saya naik solat di Surau Plaza Rakyat yang baru ni. Sebelum jumpa ustazah saya tak pernah naik"

"Bila berhenti saya sembahyang dulu. Makan kemudian"

"Dulu-dulu cuma fikir, kejarkan trip" dan nak rehat. Tapi tak rehat juga"

" Sekarang saya rasa senang"

"Lepas jumpa ustazah, beberapa hari kemudian saya buka akaun di Tabung Haji macam yang ustazah cadangkan. Saya target sebelum 55 tahun ustazah. Saya nak pergi Makkah. Insya Allah"

"Saya lega sekarang"berulang kali dia meyakinkan saya.

"Di Singapura saya sembahyang di masjid. Ada satu masjid tu, kawan saya pun tak pernah pergi. saya yang bawa dia."

Gaya dia bercerita, tenang dan santai. Saya yang mendengar mengembara sebentar membayangkan apa yang disampaikan. Hilang kisah bebanan perasaan. Lupus hasrat mencari kerja lain. Totally change kata orang putih. Sebelum sampai saya sudah sediakan En Din dengan target setting ibadat sunat. Semoga En Din menjadi orang yang Allah kasih kerana menjaga wajib, dalam masa yang sama melunas ibadat sunat. Saya mengimpikan satu lagi tendangan penalti? Siapa tahu? Insya Allah. Hemmm... Alhamdulillah!!!

0 Responses to "Satu tendangan penalti, tapi tujuh jaringan gol...???"

Catat Ulasan

  • Salam Pertemuan




    Pembaca yang budiman,




    Mengisi ruang kecanggihan teknologi ICT, media ini sebagai penghubung di antara saya dan anda. Idea yang dipaparkan memang pendek isi maknanya. Pengisian yang diketengahkan untuk direnung dan difikir agar bersama kita celik akal. Sekadar untuk didik diri sendiri dan mengasah bakat dalam penulisan, selagi nafas boleh lagi dihela.




    "Kerja ke depan, Muhasabah ke Belakang"




    Sekian,



    Salam hormat dari saya




    Ai'sah Abol


    Blog Archive

    Pelawat

    blog counter free counters