Memenuhi permintaan seorang teman, rakan sekerja untuk diambilkan gambar membuatkan saya peka kepada kreativiti orang lain. Jika tidak, saya tidak menyedarinya. Hotel Sunway menjadikannya sebagai hiasan. Botol-botol kosong air mineral dijadikan hiasan di Lobby hotel. Bilangannya melebihi 3000 botol. Tahniah kepada pihak hotel kerana berfikir untuk tidak membazir. Sama-sama kita berfikir untuk semudahnya membuang sesuatu sebelum berfikir untuk menggunakannya semula, meskipun tidak menepati kempen 5 S. Berfikir dari sekarang: apa yang akan saya jawab kalau Allah tanya: kenapa semudahnya membuang sesuatu yang tak cantik, tetapi masih boleh digunapakai.
0 Responses to "Berfikir untuk tidak membazir, pasti ada indahnya..."
Catat Ulasan