Tahun 1999 melangkah keluar dari Akademi Islam Universiti Malaya (AIUM). Tahun 2010 saya datang kembali AIUM sudah tiada. Dia sudah ada nama baru Akademi Pengajian Universiti Malaya (APIUM) Kalau dulu berjiran dengan Fakulti Undang-undang, kini dan hari ini sudah beralih di kawasan yang cukup luas. Kalau dulu hanya ada Fakulti Syariah, Fakulti Usuluddin, dan Fakulti Pendidikan. Tetapi hari ini sudah ada dua belas jabatan:



  1. Jabatan Fiqh dan Usul (Sains Kemasyarakatan)

  2. Jabatan Siasah Syar'iyyah

  3. Jabatan Syariah dan Ekonomi

  4. Jabatan Syariah dan Pengurusan

  5. Jabatan Syariah dan Undang-undang

  6. Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam

  7. Jabatan Al-Quran dan Al-Hadith

  8. Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan

  9. Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam

  10. Program Pendidikan Islam

  11. Program Pengajian Islam

  12. Program Sains Gunaan dengan Pengajian Islam

Ucapan Prof Dr Ab Aziz Mohd Zin, dalam Wacana ALIM RAYA 2011: Halatuju Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya" sempena ALIM RAYA REUNION 2011 (Persatuan Alumni Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya) betapa intelek-intelek dan Pengarah-pengarah terdahulu di AIUM telah berfikir untuk perkembangan hari ini, sebagai contoh, sehingga wujudnya Program Sains Gunaan dengan Pengajian Islam. Terkenang saya kepada Prof Dato' Dr Mahmood Zuhdi Abdul Majid yang juga pernah menjadi Pengarah di APIUM. Sehingga hari ini kalau saya membaca buku-buku atau tulisan beliau serasa berada dihadapan beliau di dalam bilik kuliah. Kagum dengan pemikiran beliau yang kritis. Alhamdulillah keakraban itu hingga hari ini, hingga akhir nafas, selagi nadi masih berdenyut.

0 Responses to "Setelah Tahun 1990, baru kini Tahun 2011"

Catat Ulasan

  • Salam Pertemuan




    Pembaca yang budiman,




    Mengisi ruang kecanggihan teknologi ICT, media ini sebagai penghubung di antara saya dan anda. Idea yang dipaparkan memang pendek isi maknanya. Pengisian yang diketengahkan untuk direnung dan difikir agar bersama kita celik akal. Sekadar untuk didik diri sendiri dan mengasah bakat dalam penulisan, selagi nafas boleh lagi dihela.




    "Kerja ke depan, Muhasabah ke Belakang"




    Sekian,



    Salam hormat dari saya




    Ai'sah Abol


    Blog Archive

    Pelawat

    blog counter free counters