Pada 17 & 18 September 2011, bertempat di Pusat latihan Teknologi Tinggi (ADTEC), Kamunting, Taiping, suatu Kursus Perdana Haji (KPH) Negeri Perak Musim Haji 1432Hijrah bakal diadakan. Semuanya telah dirancang dan diatur, hanya menanti tarikh yang telah ditentukan. TH sentiasa sedia. Barisan Pengkursus Ibadat Haji Tanah Air (PEKTA) telah maklum.


Bakal-bakal tetamu Allah lebih-lebih lagi hendaknya telah bersedia mental dan fizikal. Ibadatnya bukan lagi diperbaiki tetapi telah mencapai PhD tahap perlaksanaan dan kefahamannya. Penguasaan dalam solat berjamaah bukan lagi ditahap masters bahkan telah PhD yang bertahun mahirnya. Wudhuknya khusyuk membawa kepada khusyuk dan sempurna solatnya. Masbuq dan muafiq bukan lagi masalah. Susunan saf membariskan rapat membayangkan kesatuan dan kekuatan ummah.

Dalam KPH nanti buka mata, celikkan akal dan cerdikkan minda. Pendek kata melihatlah dengan mata hati. Perlakuan yang baik jadi teladan, yang buruk jadikan sempadan. Belajar untuk diam dan berkata-kata untuk yang perlu sahaja. Lebihkan senyum. Banyakkan membaca al-Quran.


Pesanan buat bakal tetamu Allah, sama-sama mempertahankan diri daripada sifat-sifat mazmumah (keji dan buruk) seperti marah-marah dengan kesukaran dan pelbagai ketidak selesaan jika nantinya ada dalam kursus tersebut. Bersedia untuk menerima ketidakselesaan. sebagaimana berfikir akan dilayan dengan selesa. Tidak perlu mandi contohnya, maka tak perlulah orang lain menunggu anda diluar dalam tempoh yang lama. Fikirkan orang lain yang hendak berwudhuk. Suasana Kursus Perdana Haji "menghampiri suasana " Arafah dan Mina".


Latih diri untuk tanam sifat mahmudah (baik dan terpuji). Beratur dalam banyak keadaan. Elak dari pentingkan diri sendiri. Kalau kita hendak cepat orang lain apatah lagi. Berperasangka baik terhadap Allah, diri sendiri dan orang lain.


Cinta Makkah, Cinta Madinah

0 Responses to "Lagi Praktikal Menjadi Tetamu Allah"

Catat Ulasan

  • Salam Pertemuan




    Pembaca yang budiman,




    Mengisi ruang kecanggihan teknologi ICT, media ini sebagai penghubung di antara saya dan anda. Idea yang dipaparkan memang pendek isi maknanya. Pengisian yang diketengahkan untuk direnung dan difikir agar bersama kita celik akal. Sekadar untuk didik diri sendiri dan mengasah bakat dalam penulisan, selagi nafas boleh lagi dihela.




    "Kerja ke depan, Muhasabah ke Belakang"




    Sekian,



    Salam hormat dari saya




    Ai'sah Abol


    Blog Archive

    Pelawat

    blog counter free counters