Abu Said al-Khudri yang diriwayatkan oleh Imam Muslim:
”Kami pernah menyertai Rasulullah saw dalam satu peperangan yang berlaku pada bulan Ramadhan. Ada daripada kalangan kami yang berpuasa sepanjang bermusafir dan ada juga yang berbuka. Tiada seorangpun daripada yang berbuka mengutuk sahabat yang meneruskan puasa dan tiada seorangpun daripada yang berpuasa mengutuk sahabat yang berbuka. Masing-masing berpandangan bahawa sesiapa yang mampu untuk meneruskan puasa adalah baik. Demikian pula yang tidak mampu, boleh berbuka dan ia juga satu keharusan dalam agama,”(Riwayat Muslim no. 18820)
Para sahabat sentiasa berlapang dada sesama mereka dan menjaga akhlak ketika berlakunya perbezaan pendapat. Mereka menghormati pandangan orang lain walaupun bagi mereka ada yang lebih baik untuk diamalkan. Mereka juga menghormati amalan orang lain. Andai kita tidak mampu melakukan atau belum melakukan biar orang lain yang mendahului melaksanakannya. Fikir-fikirkanlah...
0 Responses to "Antara sedar atau tidak, tapi bukan mimpi (3)."
Catat Ulasan