ADTEC (Pusat Latihan Teknologi Tinggi) di Kamunting belum lagi memulakan perkhidmatannya yang sebenar. Namun telah terpilih sebagai lokasi bagi simulasi kerja-kerja haji bagi rakyat negeri Perak Darul Ridzuan bagi Musim haji 1432H/ 2011M untuk
Kursus Perdana Haji (KPH) untuk rakyat negeri Perak.

Hampir sepuluh tahun rasanya terlibat untuk memberi santunan kepada bakal tetamu Allah bersama-sama TH. Bakal tetamu Allah kali ini bagaikan "dekat di hati" Tampak ketekalan menjalani praktikal "simulasi haji" Yang bertongkat di barisan hadapan. Laju jalannya ...Membuatkan saya memerhati tajam. Talipon bimbit di tangan sudah saya angkat untuk saya ambil gambarnya. Entah mengapa hati saya melarang. Beberapa kali begitu. Lalu saya batalkan. Biar ianya tersemat di hati saya sahaja. Bila saya tanya: "Tn Hj ...Ok? Tuntas dan pantas dia menjawab: "Ok." Terpempan dengan jawapanya yang tegas, hati saya cuma tertanya-tanya, siapa pak cik ini sebenarnya. Tugasan membuatkan saya hanya mendoakan yang terbaik buat beliau dengan semangat yang ditunjukkan.

Dari simulasi pertama umrah di petang hari lagi sudah terasa auranya. Diminta untuk talbiah, dilaung dengan semangat. Berhentinya bila diberi isyarat. Tekal nada suara laungan dari mula hingga akhir isyarat berhenti. Penuh disiplin dan patuh pada arahan. Subhanallah... Andai itulah yang telah terserlah, harap saya cuma satu kekalkanlah yang terbaik itu hingga ke Tanah Suci. Terbaik lagi pertingkatkanlah...

Tahniah buat bakal tetamu Allah dari Negeri Perak bagi Musim haji 1432H/ 2011M atas kecemerlangan anda. Saya merasai kesungguhan yang diberikan. Saya senang hati. Kami Pengkursus Haji tanah Air (PEKTA) yang bertugas di KPH, ADTEC tidak terasa penat. Malah kami cukup gembira berjaya memberi santunan sepenuh hati. Sekadar berpesan-pesan: Carilah dan dekatilah Allah. Doalah untuk mabrur dari saat ini hingga terhenti nafas yang dihela.


Mabrur Saya, Usaha Saya.

0 Responses to "Saya rasa, saya senang hati....."

Catat Ulasan

  • Salam Pertemuan




    Pembaca yang budiman,




    Mengisi ruang kecanggihan teknologi ICT, media ini sebagai penghubung di antara saya dan anda. Idea yang dipaparkan memang pendek isi maknanya. Pengisian yang diketengahkan untuk direnung dan difikir agar bersama kita celik akal. Sekadar untuk didik diri sendiri dan mengasah bakat dalam penulisan, selagi nafas boleh lagi dihela.




    "Kerja ke depan, Muhasabah ke Belakang"




    Sekian,



    Salam hormat dari saya




    Ai'sah Abol


    Blog Archive

    Pelawat

    blog counter free counters