Kisah Pertama
Bas penuh dengan orang-orang yang telah dipilih sebagai bakal "Tetamu Allah", menuju ke lokasi yang dinamakan sebagai Kursus Perdana Haji (KPH). Mereka bakal menempuh praktikal "simulasi kerja-kerja haji."
Bas A
Tiba-tiba terdengar walkie-talkie petugas TH, memaklumkan bas dari Ipoh mengalami pecah tayar. Masih dalam perjalanan di lebuh raya Utara -Selatan.
Bas B
Bas C
Bas yang dipenuhi bakal tetamu Allah dari Teluk Intan menuju ke lokasi KPH belum sampai-sampai. Walhal perjalanan diiringi oleh "rider." Berputar-putar di bandar Taiping berdekatan mencari lokasi KPH.
Kisah kedua
Solat berjama'ah menjanjikan pahala berganda dari Allah. Solat berjamaah menggambarkan kesatuan ummah. Seorang wanita mengejar pahala berjamaah barangkali. Solat dengan berbaju kurung dan bertelekung sahaja. Bersetokin jauh sekali.
“Puan, saya ustazah... Puan kena sembahyang lain. Sembahyang lagi sekali boleh.? Kaki tak pakai stoking ni. " Ucap saya penuh hati-hati. Dalam hati cuma Allah yang tahu. Andai dia enggan, bagaimana saya bantu seterusnya.
“Stoking sebelah hilang. Tinggal sebelah.” Dia menjelaskan.
"Ye lah…sembahyang lain boleh? Saya terus memujuk.
"Stokin sebelah lagi hilang tak tahu di mana...." Pada saya dia membela diri.
"Oh...ye ke? Kain telekung ada?" Saya terus berusaha.
"Ada. "
"Mana?"
"Dalam bag. "
"Ok. Ambil bag. Ambil kain telekung. "
"Boleh..." katanya sambil mengambil bag disisinya.
"Ok sembahyang lagi sekali sekarang."
"Terima kasihlah…bagi tahu….. "
Dia berdiri sembahyang semula , baru saya tinggalkan dia menghadap Allah yang satu.
Dua kisah di atas adalah himpunan cerita lama dan baru dalam Kursus Perdana Haji. Semuanya berlaku di Tanah Air. Tak perlu di Makkah dan Madinah berlaku. Di mana-mana boleh berlaku. Selagi mana kita berpijak di bumi Allah. Apa juga rintangan mendatang bukan untuk dicari siapa salah. Di Tanah Suci nanti apatah lagi. Kesabaran amat perlu. Melihat dengan mata hati. Masalah untuk diselesaikan. Masalah itu cabaran hidup. Masalah itu mematang pemikiran Masalah itu mencermatkan tindakan. Pergaulan mendewasakan manusia.
Bagi anak-anak yang telah berjaya, intai-intailah ibu bapa kita. Anak yang cemerlang jengok-jengoklah ibadat ibu bapa kita. Bagaimana Masbuq dan Muwafiq dalam solat. Banyak yang saya temui sudah berada pada zon warga emas, namun ibadat solatnya perlu belajar semula. Belum lagi semakan bacaan dibuat.
Belas tak terungkap. Tangan tak tergapai membantu. Bila cabaran sudah di depan hanyamata hati sendiri memandang dengan lirih. Menghulur tangan sedaya yang ada, kerana Allah ada di hadapan.
0 Responses to "Sebelah lagi hilang....."
Catat Ulasan