Abu Said al-Khudri yang diriwayatkan oleh Imam Muslim:"Kami pernah menyertai Rasulullah SAW dalam satu peperangan yang berlaku pada bulan Ramadhan. Ada daripada kalangan kami yang berpuasa sepanjang bermusafir dan ada juga yang berbuka. Tiada seorangpun daripada yang berbuka mengutuk sahabat yang meneruskan puasa dan tiada seorangpun daripada yang berpuasa mengutuk sahabat yang berbuka. Masing-masing berpandangan bahawa sesiapa yang mampu untuk meneruskan puasa adalah baik. demikian pula yang tidak mampu, boleh berbuka dan ia juga satu keharusan dalam agama,” (Riwayat Muslim no. 18820)

Sahabat-sahabat Rasulullah SAW sentiasa berlapang dada sesama mereka dan menjaga akhlak ketika berlakunya perbezaan pendapat. Mereka menghormati pandangan orang lain walaupun bagi mereka ada yang lebih baik untuk diamalkan.
Bila lagi kita hendak belajar menerima pendapat orang lain, perlakuan orang lain dan amalan sunat orang lain tanpa cuba meleraikan, atau menghalang kerana jelas tidak bertentangan dengan syarak.


Sampai bila kita hendak mengutamakan makan dan makan dan makan berbanding dengan puasa Sunat Syawal. Sehari selepas Hari Raya, katanya makanan banyak, bakal membazir. Lepas seminggu Hari Raya katanya banyak open house. Sehinggakan apabila berbuka puasa pun, makan menjadi agenda utama. Hari ini tiba pula giliran open house yang menyajikan pelbagai makanan. Sedar-sedar Syawal sudah di penghujung. Kunci jam untuk bersahur, bangunya pula terbabas... Makan lagi! Terkenang-kenang saya orang-orang di Somalia dan Mogadishu...

1 Response to "Antara sedar atau tidak, tapi bukan mimpi (2)."

  1. Tanpa Nama Says:

    Salam ustazah Aishah...

    bestnya dpt jumpa ustazah di sini...dah dkt 16 tahun tak dgr suara ustazah di SABAR! Rindunya..SPM 1995 ..dpt score syariah 1...slps takut gila dgn ustazah aishah.heee..(sapelah saya..??? cuba teka!Cluenya...Tahfiz Al-Quran ketiga di Negeri Perak, Johan Daerah Kerian 1995 semuanya atas dorongan Ustazah...
    wah..ustazah .dah pandai menulis di sini. Tahniah..Teringat pesanan ustazah dulu..."mengharap yg terbaik, bersedia utk yg terburuk" masih segar lg di minda ni...Selamat Maju Jaya dan semoga diberkati Allah hendaknya..

Catat Ulasan

  • Salam Pertemuan




    Pembaca yang budiman,




    Mengisi ruang kecanggihan teknologi ICT, media ini sebagai penghubung di antara saya dan anda. Idea yang dipaparkan memang pendek isi maknanya. Pengisian yang diketengahkan untuk direnung dan difikir agar bersama kita celik akal. Sekadar untuk didik diri sendiri dan mengasah bakat dalam penulisan, selagi nafas boleh lagi dihela.




    "Kerja ke depan, Muhasabah ke Belakang"




    Sekian,



    Salam hormat dari saya




    Ai'sah Abol


    Blog Archive

    Pelawat

    blog counter free counters