Kerjakanlah puasa sunat di bulan syawal. Bersegeralah melakukan kebaikkan (al-Quran,2:148) Cuma enam hari. Yang terbaik rebut peluang yang Allah beri. Seorang lelaki yang kita panggil Nabi Muhammad SAW ada berpesan rebut lima perkara sebelum lima perkara; hidup sebelum mati, sihat sebelum sakit, lapang sebelum sakit, muda sebelum tua dan kaya sebelum fakir.
Persoalanya sama:
1. Boleh atau tidak disekalikan melakukan puasa qadha dan puasa sunat?2. Qadha dan sunat mana yang nak di dahulukan?
3.Bagaimana tindakan yang seharusnya dilakukan jika tetamu bertandang, sedangkan kita berpuasa sunat Syawal-haruskan berbuka puasa untuk meraikan tetamu?
4. Dilakukan berturut-turut atau boleh berselang hari?
Antara sedar atau tidak, kita cuba meleraikan puasa sunat orang lain. Antara sedar atau tidak, kita melengah-lengahkan puasa sunat syawal orang lain. Anta sedar atau tidak, kita cuba membuat halangan. Antara sedar atau tidak, sudahnya bulan Syawal semakin sampai ke penghujung. Antara sedar atau tidak, akhirnya kita sendiri kecundang dalam jihad melaksanakan enam yang menyamai setahun. Antara sedar atau tidak, sebulan kita berada di Madrasah Ramadhan membina kekentalan dalam beribadat kini hapus hanya kerana hendak menghabiskan makanan yang dikhuatiri membazir.
Banyak alasan yang kita susun untuk mengkemudiankan Sunat Syawal. Makanan banyak siapa yang nak makan. Rendang masih berbaki. Ketupat palas masih berderet. Masa kita merancang resepi masakan untuk Hari Raya apakah kita menyukat pulut untuk lemang dan ketupat palas itu untuk dua hari atau berhari-hari. Termasuk atau tidak, tersenarai atau tidak, puasa sunat beramai-ramai bersama keluarga. Terfikir atau tidak kita masih boleh berziarah tanpa menjamah makanan. Memang kita ketahui rakyat Malaysia "mesra makanan" dan mewah dalam makanan. Sedar atau tidak kita masih boleh menjamah makanan jika berziarah di malam hari.
Persoalannya pada nombor berapakah puasa Sunat Syawal dalam Planning Sambutan Hari Raya Aidil Fitri Tahun 2011. Bakal menanti pula open house yang hujung bulan Syawal baru closingnya. Betul ia cuma sunat dilakukan. Tapi kenapa kita lupa pada pesanan seseorang bahawa mengerjakan sunat itu orang yang Allah kasih? Kenapa kita selalu melupakan amal sunat itu penguat jiwa. Bila lagi kita mampu bersegera untuk kebaikan? Sampai bila kita hendak mengira dan berkira-kira untuk Allah, sedang nikmat Allah pada kita tidak terhitung banyaknya(al-Quran, 16:18).
0 Responses to "Antara sedar atau tidak, tapi bukan mimpi (1)."
Catat Ulasan