Dari Mac saya berfikir, saya harus mencari dan menulis artikel yang istimewa untuk paparan Mei 2011. April sudah berlalu. Tak tau apa yang saya hendak paparkan. Semuanya istimewa. Akhirnya, saya hanya mampu menyatakan:
saya bangga dengan guru-guru saya di Sekolah Rendah Kebangsaan Gunong Semanggol,
Saya berbangga dengan guru-guru saya di Maahad El-Ehya' Asshariff, Gunong Semanggol,
Saya berbangga dengan guru-guru saya di Sekolah Izzuddin Shah, Ipoh.
Saya berbangga dengan guru-guru saya di Kolej Islam Klang, Klang Selangor.
Saya berbangga dengan pensyarah saya di Universiti Malaya,
saya berbangga dengan pensyarah saya di Universiti Islam Antarabangsa,
saya berbangga dengan pensyarah yang mengajarkan saya tentang pengubatan Islam
Saya berbangga dengan individu-individu yang mengajar saya dengan penyelidikan
Saya berbangga dengan individu-individu yang mengajar saya Tabung Haji,
Saya berbangga dengan individu yang mengajarkan saya tentang ICT
Saya berbangga dengan sesiapa juga yang menjadi guru saya.
Istimewa Selamat Menyambut Hari Guru untuk anda semua guru-guru di mana juga anda berada. Saya murid yang pernah anda didik:
Cuma ada untaian ucapan terima kasih,
Cuma ada kesalahan untuk dimaafkan, kerana nakalnya saya,
Cuma ada rindu untuk bertemu,
Cuma ada kasih untuk saya doakan pada Allah,
Cuma ada sayang untuk Allah bahgiakan anda dan
Cuma ada doa untuk saya panjatkan pada Ilahi agar dalam rahmat dan kasihNya senantiasa.
"Sampai bila-bilapun saya adalah murid dan pelajar anda
Saya sayang, kasih, bangga dan hormat kepada anda -- guru saya"
Sekian, Salam Hormat Dari Saya
Ai’sah Abol
14 Mei 2011 pada 10:51 PTG �
sy pun berbangga dengan ustazah....
sy anak murid ustazah na....
p/s:penuh keujuban dan keriakan.hehehe