3:52 PTG
Dewan Besar IKIM harus dicari. Program telah bermula. Sudah tiga kali dan satu jam merayau-rayau, berputar-putar di kawasan yang sama mencari jalan ke Langgak Tunku, Off Jalan Duta. Plan baru harus dijana. Pulang semula ke penginapan. Naik teksi yang tahu jalan. Pemandu teksi pula jawab macam tahu tak tahu. Saya sedikit takut. Tekad saya bulat. Tak apa. Kos dia juga harus dibayar andai gagal sampai sekalipun.
Ahli al-Suffah yang datang mencari Rasulullah s.a.w. lagi hebat. Tidak putus asapun. Berjalan meredah padang pasir, dengan unta lagi. Bukan satu jam seperti saya rayau-rayau di jalan raya dengan pacuan empat roda....
Alhamdulillah, sampai ke penginapan dengan mudah. Hati hanya mampu meraih kasih sayang, dan cinta Allah. Andai bermakna untuk agama, diri dan masa depan, mudahkanlah ya Allah, ya Allah.....Semuanya hanya kerana Seminar Wanita dan Cabaran Pasca-Modenisme : Penilaian dari Perspektif Islam. Ternyata tidak merugikan dengan10 kertas kerja yang dibentang dapat saya ikuti. Minda yang awalnya sarat dengan hambatan peperiksaan yang bakal dihadapi, jadi lapang dengan majlis ilmu. Berlalu pergi penat dan lelah musafir dalam rehlah ilmu. Alhamdulillah....
0 Responses to "Rehlah Ilmu"
Catat Ulasan