Sementara menunggu kuliah bermula, singgah di bilik "Adik" yang telah bergelar Professor, memulangkan buku menemukan saya dengan penulis terkenal. Ainon Mohd & Abdullah Hassan. Mereka berbicara mengenai "Belajar Berfikir". Kedua-duanya sependapat mengatakan: Individu yang pandai belajar sewaktu disekolah dan di universiti mudah lulus peperiksaan, tetapi keputusan cemerlang tidak menjamin kejayaan di tempat kerja.
Sijil dan ijazah hanyalah satu daripada begitu banyak syarat-syarat kejayaan profesional. Inilah antara faktror-faktor yang menyebabkan pelajar cemerlang tidak dapat mengekalkan kecemerlangan mereka apabila mereka sudah bekerja.

Bagi memasuki sesuatu profesion dan berjaya dengan cemerlang dalam profesion tersebut, seseorang itu hanya perlu setakat lulus dalam pengajian bidang berkenaan sahaja.
Saya amat bersetuju dengan mereka berdua. Bagi yang melaluinya, pasti sakit terasa. Tidak diberitahu bagaimana dia nak tahu perlu penambahbaikkan. Tidak dibisik bagimana dia nak tahu dia sumbang langkah yang diatur. Dimaklum katanya mengajar dia. Bagaimana yer...? Tercari-cari saya Peribahasa Melayu yang menyebut: "binggung tak dapat diajar, cerdik tak dapat diikut"
Semoga kita bukan orang yang tergolong dalam peribahasa di atas.

0 Responses to "Cemerlang, Cerdik dan Sederhana"

Catat Ulasan

  • Salam Pertemuan




    Pembaca yang budiman,




    Mengisi ruang kecanggihan teknologi ICT, media ini sebagai penghubung di antara saya dan anda. Idea yang dipaparkan memang pendek isi maknanya. Pengisian yang diketengahkan untuk direnung dan difikir agar bersama kita celik akal. Sekadar untuk didik diri sendiri dan mengasah bakat dalam penulisan, selagi nafas boleh lagi dihela.




    "Kerja ke depan, Muhasabah ke Belakang"




    Sekian,



    Salam hormat dari saya




    Ai'sah Abol


    Blog Archive

    Pelawat

    blog counter free counters