7:02 PTG


Manusia hari ini, hidup sendiri-sendiri


Apa yang aku buat, engkau jangan peduli


Ada orang kurus-menirus dek terlalu lurus


Ada orang sungkur-terbujur dek terlalu jujur


Ada orang punah-ranah dek terlalu amanah



Tapi,


Yang kaki bodek, akan cepat naik,


Yang kaki kelentong, akan beruntung


Yang bermuka-muka akan terkemuka



Apa lebihnya engkau


Apa kurangnya aku


Kau kurang, aku lebih kerana aku pandai mengampu


Begitulah lumrah dunia,


Hari ini gaduh, esok ketawa
Hari ini kawan, esok lawan
Aku, aku, engkau, engkau


Apa aku buat engkau tak perlu risau


Nanti sasau…


Sajak ini saya petik dari buku Suara Yang Luka, antologi cerpen dan puisi Angkatan Sasterawan Muda (ASASMU), Institut Perguruan Sultan Idris, diselenggara olehNaapie Mat. Sajak di atas nukilan pena rakan dan sahabat saya Habibah Mohd Samin yang kini bertugas di IPG Kampus Ipoh.


Anda bersetuju, anda tidak bersetuju, yang penting fikir-fikirkanlah. Yang pasti sama-sama kita menjalankan tanggungungjawab dengan amanah. Allah sentiasa menyayangi kita. Allah sentiasa memerhati. Allah sentiasa melihat pada hati kita.


O Allah pimpinlah kami. Jadikanlah kami saling kasih antara satu sama lain. Jauhkan dari hasad dan dengki.

0 Responses to "Manusia Hari Ini"

Catat Ulasan

  • Salam Pertemuan




    Pembaca yang budiman,




    Mengisi ruang kecanggihan teknologi ICT, media ini sebagai penghubung di antara saya dan anda. Idea yang dipaparkan memang pendek isi maknanya. Pengisian yang diketengahkan untuk direnung dan difikir agar bersama kita celik akal. Sekadar untuk didik diri sendiri dan mengasah bakat dalam penulisan, selagi nafas boleh lagi dihela.




    "Kerja ke depan, Muhasabah ke Belakang"




    Sekian,



    Salam hormat dari saya




    Ai'sah Abol


    Blog Archive

    Pelawat

    blog counter free counters