Seringkalilah berdoa,



Ya Allah telah Engkau aturkan kedatagan haidku degan sempurna.




Namun aku masih memohon pada Mu, Allah.


Tiada tempat lain lagi untukku letakkan pengharapan, melainkan pada Mu Allah.


Aturkanlah kedatangan haidhku di Tanah Suci Makkah dan Madinah nanti dengan yang terbaik , agar dapat ku tunaikan semua ibadat dengan sempurna dan Engkau terima ibadatku .


Oh Allah, Beri aku ruang, beri aku peluang


untuk ku tunaikan rukun haji, wajib2 haji


serta ibadat-ibadat lain, ya Allah …, ya Allah ….




Makkah dan Madina terlalu jauh untk ku datangi saban hari, saban tahun pun Ya Allah…, Ya Allah …, Ya Allah ...


Ku mohon KasihMu , ku mohon Sayang Mu ya Allah.., Ya Allah …


Oh Allah, Jadikanlah hajiku, haji yang Mabrur,


Kurniakankanlah suamiku/ isteriku, rakan-rakanku, dan seluruh tetamuMu Ya Allah dengan haji yang mabrur.





Mohonlah kepada Allah pada waktu-waktu yang dia terima doa kita. Setiap kali lepas solat sampaikan doa ini jangan lupa. Berfikirlah secara positif. Haidh bukan penghalang untuk menunaikan ibadat haji. Janji Allah adalah pasti Dalam Surah Al-Baqarah ayat 186 Allah telah berpesan;






Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang Yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul.






Pil penahan haid walau telah diputuskan haruskan dalam Muzakarah Haji Kebangsaan untuk mengambilnya, namun hanya terpakai untuk orang - orang yang benar-benar yang berkeperluan sahaja.





Dalam memohon doa kepada Allah, Imam Al-Ghazali dalam bukunya Bimbingan Mukminin menyenaraikan sepuluh adab berdoa. Ingin saya petik satu adab sahaja untuk saya paparkan buat pembaca;




Berkata Umar Al-Khattab r.a.: seringkali Rasulullah s.a.w. ketika mengangkat kedua belah tangan nya waktu berdoa, tidak meleraikannya sesudah disapukan dengan kedua belah tangan itu ke wajahnya.





Ibnu Abbas pula berkata: Biasanya bila Rasulullah s.a.w. berdoa dirapatkan kedua belah tapak tangannya dan dijadikan bahagian dalam tapak tangan itu bersetentang dengan wajahnya. Demikianlah cara-cara tangan ketika dalam berdoa, dan baginda tidak pula mengangkatkan pemandangannya ke arah langit.



0 Responses to "Bermohonlah KepadaNya"

Catat Ulasan

  • Salam Pertemuan




    Pembaca yang budiman,




    Mengisi ruang kecanggihan teknologi ICT, media ini sebagai penghubung di antara saya dan anda. Idea yang dipaparkan memang pendek isi maknanya. Pengisian yang diketengahkan untuk direnung dan difikir agar bersama kita celik akal. Sekadar untuk didik diri sendiri dan mengasah bakat dalam penulisan, selagi nafas boleh lagi dihela.




    "Kerja ke depan, Muhasabah ke Belakang"




    Sekian,



    Salam hormat dari saya




    Ai'sah Abol


    Blog Archive

    Pelawat

    blog counter free counters