Memetik cerita pendek dalam Buletin terbitan Jabatan Pengajian Melayu, Kampus Ipoh, Edisi 3/2010 bersamaan Syaaban 1431H muka surat 10 dan 11. Terpanggil memaparkannya dalam blog ini untuk dikongsi bersama. Pendek tapi penuh makna tersirat pada yang tersurat. Hanya yang mengerti akan faham. Hargailah sementara kita masih memilikinya dan masih merasai kehangatannya. Bila kasih telah pergi, sayang belum pasti akan kembali singgah. Prihatinlah agar tiada yang terluka. Hanya kerana perlakuan kita. Insya Allah sama-samalah kita menghargainya. Selamat membaca...

Nura memerhatikan jam dinding, sudah dekat pukul 12.00malam, argh... dia lambat lagi malam ini. Akhirnya sofa itu jugak menjadi katilnya malam ini.
"Nura, Nura bangun sayang.: Hilmi mengejutkan isterinya.
"Eh! abang dah balik, maaf, maaf Nura tertidur, abang nak makan?" tanya Nura.
"Tak per lah abang dah makan tadi. Jomlah kita tidur atas." Jawapan yang cukup mengecewakan Nura.

"Argh rindunya Nura pada abang, rindu nak makan semeja dengan abang, abang tak nak tengok ke apa yang Nura masak hari ni, ikan cencaru, sumbat kesukaan abang."luah Nura dalam hati.

"Abang naiklah dulu Nura nak simpan lauk dalam peti ais dulu." Pinta Nura sambil menuju ke dapur. Gugur air mata isterinya menyimpan kembali lauk-lauk yang langsung tidak dijamah suami tercinta, kecil hatinya, sedih perasaanya. Nura ambil dua keping roti lantas menyapu jem dan memakannya untuk alas perut kerana sememangnya lapar, tapi selera makannya terbunuh lantaran situasi itu.

Nura menghirup milo panas sedalam-dalamnya dan akhirnya masuk bilik air untuk menggosok gigi dan terus menuju ke bilik tidur. Sekali lagi terguris hati seorang isteri apabila suaminya telah lelap."Sampai hati abang tidur dulu tanpa ucapkan selamat malam tanpa kucupan mesra dan tanpa kata-kata kasih abang pada Nura." bisik hati kecilnya.

Argh rindunya Nura pada abang,"Nura nak peluk abang, Nura nak kucup abang. Nura rindu abang." Selesai solat subuh Nura panjatkan doa semoga dia sentiasa beroleh bahagia, dipanjangkan jodohnya dengan Hilmi tercinta, diberi kesihatan yang baik dan dengan penuh kekhusyukan dia berdoa semoga Allah memberikan kekuatan kepadanya untuk menempuh segala badai..

Selesai menjalankan amanat itu, Nura kejutkan HIlmi, manakala dia bingkas menuju ke dapur menyediakan sarapan buat suami tersayang. Nura mengeluarkan ayam dan sayur dan mula menumis bawang menggoreng mi.

"Assalamualaikum." sapa Hilmi yang sudah siap berpakaian untuk ke pejabat.
"Waalaikumussalam, sayang". Nura cuba bermanja sambil menambah, "abang nak kopi atau teh?" Nura tetap kecewa apabila Hilmi hanya meminta air sejuk sahaja kerana hendak mengejar masa. Mi goreng pun hanya dijamah sekadar untuk menjaga hati Nura. Seusai menjamah mi goreng tersebut, dia tergesa-gesa keluar dari rumah. Nura menghantar suaminya hingga ke muka pintu.

"Abang, Nura belum cium tangan abang, abang belum kucup dahi Nura." kata Nura selepas kereta itu meluncur pergi. Argh rindunya Nura pada abang.

0 Responses to "Sesuatu Yang Hilang"

Catat Ulasan

  • Salam Pertemuan




    Pembaca yang budiman,




    Mengisi ruang kecanggihan teknologi ICT, media ini sebagai penghubung di antara saya dan anda. Idea yang dipaparkan memang pendek isi maknanya. Pengisian yang diketengahkan untuk direnung dan difikir agar bersama kita celik akal. Sekadar untuk didik diri sendiri dan mengasah bakat dalam penulisan, selagi nafas boleh lagi dihela.




    "Kerja ke depan, Muhasabah ke Belakang"




    Sekian,



    Salam hormat dari saya




    Ai'sah Abol


    Blog Archive

    Pelawat

    blog counter free counters