Kongsi Bersama Untuk Membina Ummah

Ustaz, terima kasih banyak…. Beri kami ruang.

Ucap saya kepada Ustaz Sulaiman.
Pembimbing Ibadat Haji Parit Buntar ketika saya dan Ustaz Jalal berhadapan dengan beliau.

Saya makin tua, … nanti mati ….gurauannya kepada saya dan Ustaz Jalal.
Kami sambut denga ketawa. Benar semua orang pasti mati.


Ustaz, terima kasih banyak…. beri saya peluang
Ustaz, terima kasih banyak … beri kami peluang turun padang.


Kadangkala beliau menjawab;
saya hidup bukan menongkat langit ..
.


Itulah ucapan untuk guru saya setiap kali bertemu dalam Kursus Ibadat Haji Bersiri (KHB) Saya terlalu berterima kasih untuk beliau sebenarnya. Orang lama yang masih gagah, masih boleh memberi bimbingan haji tetapi tetap menghulur tempat beliau untuk saya dan Ustaz Jalal b. Salim mempertajam ilmu. Tujuan beliau cuma satu biar sama-sama mantap menguasasi ilmu, agar peserta kursus mendapat manfaat demi untuk haji mereka., haji yang mabrur.

Itulah penghargaan saya buat seorang yang cukup banyak memberi ruang dan peluang kepada orang lain supaya sama rasa, sama berjaya. Alhamdulillah ...


Majlis Bacaan Yasin

Ustaz Jalal diberi kepercayaan menjadi khalifah membaca Yaasin, Orang muda penuh hati-hati memberi peringatan (ingat-mengingatkan) kaifiyat bacaan:


a. Baca dengan bertawid
b. Tidak bergopoh-gapah menghabiskan bacaan
c. Menumpu sepenuh perhatian kepada bacaan.
d. Tidak mendahului sebaliknya bersama-sama dengan khalifah dan
yang lainnya.
Penyelaras KHB, Tn Hj. Hasan , yang berani membuat perubahan untuk mendahulukan bacaan Yaasin sebelum amali, pada mulanya sedikit memeranjatkan saya. Namun saya tetap menyokong. Apa yang dibuatnya betul dan baik, mohon pada Allah, mantap ilmu, terang hati dan sebagainya kemudian lakukan praktikal.


Amali KHB

Kumpulan pertama yang saya pimpin berjaya ditamatkan seperti yang dirancang. Semuanya tekun dan sungguh-sungguh melaluinya. Tanpa payung, tanpa penutup kepala dan tanpa ada yang hendak mencari ruang redup. Bersama berpanas di bawah terik matahari dengan suhu ketika itu 33 darjah Celcius, meskipun jam baru menunjukkan 10.35 pagi! Saya sendiri dilimpahi peluh Terasa titisan peluh yang menitis dihujung mata ketika memberi bimbingan.

Agak saya mereka tidak memperduli panahan matahari, kerana semua bakal jemaah haji menumpu sepenuh perhatian sebagaimana menumpu sepenuh perhatian pada bacaan Yaasin tadi. Syabas dan tahniah dari saya kepada bajal Jemaah Haji Parit Buntar atas kesungguhan anda semua.


Insya Allah, jumpa lagi di Kursus Intensif Ibadat Haji, jumpa lagi di Kursus Haji Perdana dan Insya Allah jumpa lagi di Tanah Suci. Semoga ada taqdir Allah untuk kita di Tanah Suci tahun ini.



Usaha dan doa, Insya Allah Mabrur.

0 Responses to "Berakhirnya Kursus Haji Bersiri."

Catat Ulasan

  • Salam Pertemuan




    Pembaca yang budiman,




    Mengisi ruang kecanggihan teknologi ICT, media ini sebagai penghubung di antara saya dan anda. Idea yang dipaparkan memang pendek isi maknanya. Pengisian yang diketengahkan untuk direnung dan difikir agar bersama kita celik akal. Sekadar untuk didik diri sendiri dan mengasah bakat dalam penulisan, selagi nafas boleh lagi dihela.




    "Kerja ke depan, Muhasabah ke Belakang"




    Sekian,



    Salam hormat dari saya




    Ai'sah Abol


    Blog Archive

    Pelawat

    blog counter free counters