Kursus Asas Haji (KAH) yang sedang berlangsung di seluruh negeri di Malaysia semakin sampai ke penghujungnya. Masing-masing rajin dan penuh disiplin hadir awal sebelum bermula waktu sebenar kuliah bimbingan diadakan. Tujuannya untuk mengisi ilmu di dada dengan ilmu berkenaan haji demi untuk mendapatkan Haji Mabrur.. Ada yang baru kali pertama hadir. Ada yang sudah tiga kali hadir. Tapi masih belum ada rezeki dipanggil oleh Allah s.w.t. untuk sampai ke Tanah Suci. Redhalah…
Makmurnya masjid-masjid setiap hujung minggu. Ada yang mengadakan kursus pada hari Sabtu, ada yang hari Ahad . Pendek kata, yang hadir ingin benar-benar faham dan jelas dengan kerja-kerja haji. Mana satu rukun haji , mana satu wajib haji. Berhasrat melakukan Haji Ifrad, Haji Tamattu’ juga mesti dipelajari. Haji Qiran juga mesti diketahui.
Semua yang hadir khusyuk dan duduk tidak gelisah sehingga tamat kuliah bimbingan. Syabas dan tahniah,
Bakal-bakal jemaah haji sekalian sambunglah kerajinan ke majlis ilmu sehingga pulang nanti, malah kalau boleh, tuntut dan hadir ke majlis ilmu sehingga ke nafas yang terakhir.
Namun suka saya ingatkan, ilmu haji yang mantap juga mesti disokong dengan jiwa ibadah yang kental. Kekuatan fizikal dan kesihatan yang baik apatah amat diperlukan. Kebanyakkan aktiviti di Tanah Suci memerlukan jemaah haji bergerak dengan berjalan kaki. Untuk ke Masjidil Haram dan ke Masjid Nabawi harus berjalan kaki.
Ada jemaah yang ditempatkan agak dekat dengan hotel, berbahagialah dan rajin-rajinlah berjemaah di masjid. Yang jauh usah gusar. Apalagi gundah gulana. Andai itu taqdir Allah untuk kita, laluilah dengan ikhlas. Kuatkan hati berpaut pada Allah. Mohonlah mabrur .
Di sesetengah hotel ada perkhidmatan van ada, cumanya bayar sahajalah. Tetapi tidak bererti kita diturunkan di hadapan masjid.. Di sana bukan negara kita. Sudah barang pasti ada peraturan mereka yang tersendiri. Jangan pula merungut-rungut pula kalau yang jalan sampai dulu, naik van sampai kemudian. Semua itu urusan sendiri. Pendek cerita jemaah haji tidak manja.
Latih-latihlah kaki untuk berjalan banyak. Kalau di Malaysia isteri diturunkan oleh suami sehingga dalam pagar, bahkan kalau boleh depan pintu agaknya. (sayang isteri ! ) Suami pula yang ke kedai 200meter pun dengan kereta, dengan motor, (nak cepat katanya! – lambat isteri complain.) Hijrahlah … jalan kaki lagi baik. Badan pun sihat. Belai-belai kaki dengan berjalan.
Tawaf jalan kaki. Sa’ie jalan kaki. Ketika di Mina pun berjalan kaki juga menjadi “kenderaan utama” untuk ulang alik dari jamrah untuk melontar di Jamrah Sughra, Jamrah Wusta dan Jamrah Kubra pada selama Tasyrik berlangsung ( 11, 12, dan 13 Zulhijjah).
Berikut saya paparkan maklumat yang saya kira dapat membantu bakal-bakal jemaah haji, sebagai panduan dan pengetahuan awal sebelum kesana. Maklumat ini saya petik dari Sumber Berita Tabung Haji, 2002 m.s.5
AKTIVITI JEMAAH HAJI: YANG MELIBATKAN FIZIKAL DAN MEMERLUKAN SIHAT TUBUH BADAN | |||
PERJALANAN: | |||
DARI |
KE |
KENDERAAN |
TEMPOH PERJALANAN |
Kuala lumpur |
Jeddah |
Kapalterbang |
8 Jam |
Jeddah |
Madinah |
Bas |
6-8 jam |
Madinah |
Makkah |
Bas |
8 jam |
Makkah |
Arafah |
Bas |
2 – 4 jam |
Arafah |
Mina |
Bas |
2 – 4 jam |
Mina |
Makkah |
Bas |
2 – 4 jam |
Sembahyang 40 waktu di Madinah (dari penginapan ke Masjid Babawi |
2.3 km setiap hari | ||
Sembahyang 40 waktu di Madinah (dari penginapan ke Masjidil Haram) |
4 – 6 km sehari | ||
Tawaf 7 pusingan mengelilingi Baitullah |
Lebih kurang 1 km dalam keadaan sesak | ||
Sa’ie ( Ulang alik 7 kali Safa ke Marwah) |
Lebih kurang 5 km dalam keadaan sesak | ||
Melontar jamarat (perjalanan dari khemah ke Mina) |
6 – 10 km km setiap hari (selama 4 hari berturut-turut) |
Semoga ianya memberi manfaat.
0 Responses to "Ibadat Haji Ibadat Fizikal Dan Mental"
Catat Ulasan