7:29 PTG

Sekadar memiliki 2 dan 3 buah buku sahaja dalam Bahasa Melayu yang dibeli di Madinah pada tahun 2005 amat berharga buat saya. Bukan tidak ada keinginan memiliki lebih daripada itu. Waktu untuk saya berkunjung ke kedai buku amat terhad bagi mencari keperluan tersebut.



Kepada jemaah haji yang bakal ke Tanah Suci, peruntukkan juga kewangan yang ada untuk membeli buku-buku di sana , yang tidak diterbitkan di Malaysia atau yang belum diterbitkan lagi di sini. Kunjungi kedai buku di Madinah yang menjual buku-buku dalam Bahasa Melayu.



Buku Bahasa Melayu beli di Madinah?



Saya diketawakan oleh teman baik saya kerana membeli buku Bahasa Melayu di Madinah. Dia bagaikan tidak percaya. Atau barangkali memang suka menyakat… Biarlah.



Buku berjudul Sejarah Madinah Munawwarah Bergambar, tulisan Dr. Muhammad Ilyas Abdul Ghani di Madinah dialih bahasa oleh Anang Rikza mesykhady. Kualiti kertasnya juga bermutu tinggi. Kandungannya sudah pasti tentang sejarah Madinah.



Jom kita ke kedai buku di Madinah nanti!

0 Responses to "Belilah buku …"

Catat Ulasan

  • Salam Pertemuan




    Pembaca yang budiman,




    Mengisi ruang kecanggihan teknologi ICT, media ini sebagai penghubung di antara saya dan anda. Idea yang dipaparkan memang pendek isi maknanya. Pengisian yang diketengahkan untuk direnung dan difikir agar bersama kita celik akal. Sekadar untuk didik diri sendiri dan mengasah bakat dalam penulisan, selagi nafas boleh lagi dihela.




    "Kerja ke depan, Muhasabah ke Belakang"




    Sekian,



    Salam hormat dari saya




    Ai'sah Abol


    Blog Archive

    Pelawat

    blog counter free counters