11:19 PTG

Selamat Hari Guru

Sebagai tanda terima kasih saya kepada guru-guru yang mendidik saya, maka saya paparkan tulisan berikut untuk tatapan kita bersama.

Guru-guru saya di Sek. Ren. Keb, Gunung Semanggol, Sek. Men. El-Ehya' Assyariff, Gunung Semanggol, Sek. Izuddin Shah, Ipoh, Kolej Islam Kelang, Kelang, Universiti Malaya, SMK Abu Bakar Al-Baqir, Jawatan kuasa Penasihat Ibadat Haji, dan IPG Kampus, Ipoh. Juga kepada guru saya di institusi mana sekalipun anda berada. Anda semua sentiasa di hatiku. Maafkan saya cikgu, tak dapat saya paparkan semua nama guru saya. Semoga anda dalam rahmat dan kasih sayang Allah sentiasa.

Kita selalu memperkatakan adab berguru atau dalam bahasa yang mudah kita selalu memperkatakan adab seorang murid terhadap guru. Jarang – jarang kita mendengar atau membaca adab seorang guru. Pada pandangan saya beradabnya seorang murid bermula dari seorang guru yang murabbi,muaddib, mursyid dan muallim.

Berikut saya petik dari buku Panduan amalan, “Bidayatul Hidayah( Permulaan Jalan Hidayah, tulisan Imam Hujjatul Islam Abu Hamid al-Ghazali, mengenai tajuk adab-adab seorang pendidik. Petikan ini mengekalkan gaya bahasa asal penulisan kitab kelasik tersebut.


2 – Adab-adab Orang ‘Alim

Jika engkau seorang guru maka hendaklah engkau jaga adab-adab ini.
1. Ihtimal (banyak sabar menanggung kesusahan)

2. Lambat marah

3. Duduk dengan hebat atas kelakuan yang tetap serta menundukkan kepala

4. Meninggalkan takbur atas sekalian hamba Allah Ta’ala kecuali terhadap orang yang zalim kerana menegahkan daripada kezaliman.

5. Memilih tawadhu’ yakni merendahkan diri pada perhimpunan orang ramai dan pada majlis orang ramai.

6. Meninggalkan bergurau dan bermain-main

7. Kasih sayang dengan murid dan lemah lembut dengan yang kurang pandai.

8. Membimbing mereka yang bebal.

9. Tidak memarahi mereka yang bodoh.

10. Tidak malu berkata aku tidak tahu (bagi masalah yang tidak diketahuinya.)

11. Memberikan perhatian kepada mereka yang bertanya dan cuba memahami soalannya dengan baik.

12. Menerima hujjah atau dalil yang dihadapkan kepadanya.

13. Tunduk kepada kebenaran dengan kembali kepadanya ketika ia tersalah.

14. Melarang murid daripada ilmu yang boleh memudaratkan.

15. Melarang murid daripada mengkehendaki yang lain daripada Allah dengan ilmunya

16. Melarang murid daripada menuntut ilmu yang fardhu kifayah sebelum selesai daripada menuntut fardhu ain. Ilmu yang fardhu ain itu ialah yang berkenaan dengan membaikkan zahir dengan taqwa.

17. Memperbaiki diri sendiri dengan taqwa sebelum ia menyuruh orang lain, supaya murid-muridnya dapat mencontohi amalannya dan mengambil manfa’at daripada percakapannya (ilmunya)

Terima kasih cikgu !
"Saya bangga dan gembira menjadi murid anda"

1 Response to "Terima kasih Cikgu"

  1. Zk Channel Says:

    Ya Allag adakah aku memiliki ciri2 tersebut.hanya padaMu aku memohon ampun dan petunjuk

Catat Ulasan

  • Salam Pertemuan




    Pembaca yang budiman,




    Mengisi ruang kecanggihan teknologi ICT, media ini sebagai penghubung di antara saya dan anda. Idea yang dipaparkan memang pendek isi maknanya. Pengisian yang diketengahkan untuk direnung dan difikir agar bersama kita celik akal. Sekadar untuk didik diri sendiri dan mengasah bakat dalam penulisan, selagi nafas boleh lagi dihela.




    "Kerja ke depan, Muhasabah ke Belakang"




    Sekian,



    Salam hormat dari saya




    Ai'sah Abol


    Blog Archive

    Pelawat

    blog counter free counters