Didik Diri Cara Moden?

Ketika memandu pasanglah CD al-Quran untuk mententeramkan diri. Biar Allah selalu hadir dalam diri, dalam hati. CD ceramah pun banyak dijual. Di mana-mana hari ini boleh mendapatkan ilmu hatta dalam kereta atas jalan raya sekali pun. Telah Allah paparlan dalam al-Quran betapa orang yang mendekati ilmu itu banyak manfaatnya.

Allah memberikan hikmat kebijaksanaan (ilmu Yang berguna) kepada sesiapa Yang dikehendakiNya (menurut aturan Yang ditentukanNya). dan sesiapa Yang diberikan hikmat itu maka Sesungguhnya ia telah diberikan kebaikan Yang banyak. dan tiadalah Yang dapat mengambil pengajaran (dan peringatan) melainkan orang-orang Yang menggunakan akal fikirannya.
Al- Baqarah, 2: 269
Antara mahu dan enggan. Antara keras hati dan kurang mahir memperkaya diri dengan ilmu agama. Ketika memandu sendirian seawal pagi ke tempat kerja. Alangkah baiknya kita didik hati dengan kesemua tadi. Paling tidak pasanglah nasyid-nasyid yang memperingatkan kita kepada ketuhanan dan kematian, seperti Terampun Dosa dan Pergi Tak Kembali . Kedua-duanya alunan Kumpulan Rabbani.

Usai Solat Subuh 2 rakaat, khusyuk membaca Doa Qunut penuh makna, bersiap ke tempat kerja mencari rezeki, kita perkukuhkan tautan hati kepada Allah.
Pasanglah setinggi mana nada suara alunan nasyid yang kita dengar. Yang penting setiap bait lagi yang terungkap dapat menguasai otak dan perasaan serta hati kita. Biar mulut dengan mudah turut sama memanggil nama Ilahi….Namun, jangan lupa dengan keselamatan diri dan orang lain ketika memandu.
Nasyid alunan kumpulan Rabbani ini diantara yang dapat mengusik hati tiap yang mendengar dengan mata hati.


Terampun Dosa
Setulus doa suci
Ku panjatkan padaMu Ilahi
Mohon hadir kasihMu

Mengisi ruang lubuk hatiku

Tersisih rasa gundah

Terubat jiwa yang lama gersang

Rindu dakapan kasihMu

Terucap kalam zikir

Bersama sinar cinta terukir
Syukurku tak terkata

Tanpa bahasa indah suara

Agongnya kebesaranMu
Oh Kasih
Ya Rahman Ya Rahiim
Alam sempit jadi lapang, bahgia

Rasa resah jadi tenang

Oh moga terampun dosa

Di saatku kembali kepadaMu

Dengan redha kasihMu.

Dipetik dari Kumpulan Rabbani

0 Responses to "Didik Diri Cara Moden"

Catat Ulasan

  • Salam Pertemuan




    Pembaca yang budiman,




    Mengisi ruang kecanggihan teknologi ICT, media ini sebagai penghubung di antara saya dan anda. Idea yang dipaparkan memang pendek isi maknanya. Pengisian yang diketengahkan untuk direnung dan difikir agar bersama kita celik akal. Sekadar untuk didik diri sendiri dan mengasah bakat dalam penulisan, selagi nafas boleh lagi dihela.




    "Kerja ke depan, Muhasabah ke Belakang"




    Sekian,



    Salam hormat dari saya




    Ai'sah Abol


    Blog Archive

    Pelawat

    blog counter free counters