1:33 PTG

Sujud Sajadah.

 

Sujud Sajadah senang sahaja untuk menunaikannya.
Mudah sangat-sangat. Semua orang kena belajar dan kena tahu bagaimana nak amalkan. Mohon kepada yang jadi Suami ajarkan kepada isteri. Suami dan ayah didiklah anak-anak dengan sujud sajadah. Bukan kewajipan Ustaz dan Ustazah disekolah semata-mata mendidik soal ini kepada anak-anak  kita. Bukan juga kewajipan mana-mana pihak. Tetapi kewajipan kita sebagai ketua keluarga.
Saya membantu, tuan-tuan dan puan-puan laksanakanlah:
1.       Kenal pasti mana Surah Sajadah. Baca setiap minggu. Sekurang-kurang sekali seminggu. Baca juga tafsirnya.
2.       Mahirkan beberapa ayat awal surah, contohnya ayat 1-5
3.       Mahirkan juga beberapa ayat sebelum ayat yang menyebabkan kita sujud sajadah.
4.       Kenal pasti: bacaan ayat mana  yang menyebabkan kita perlu sujud
5.       Bagaimana untuk melakukannya. Tahap ini jumpalah mana-mana orang yang boleh mengajarkan sujud sajadah ini.
Semata-mata bertanya  untuk menyelesai masalah hukum solat yang tidak mengikut imam yang sujud sajadah menjadikan anda orang yang rugi. Bergurulah secara teori secara amali dan praktikal.
Sujud ini amat bermanfaat. Lebih-lebih lagi ketika berkunjung ke Tanah Suci Makkah, Madinah dan Masjid al-Aqsa. Masjid yang Allah kurniakan pahala berganda-ganda. Ketika Allah kurnia ganjaran pahala, anda pula solat fardhunya yang berjamaah diiktiraf sebagai batal. Alangkah sedihnya. Justeru,berhati-hatilah untuk keselamatan di akhirat.
Image result for sujud
 


0 Responses to " "

Catat Ulasan

  • Salam Pertemuan




    Pembaca yang budiman,




    Mengisi ruang kecanggihan teknologi ICT, media ini sebagai penghubung di antara saya dan anda. Idea yang dipaparkan memang pendek isi maknanya. Pengisian yang diketengahkan untuk direnung dan difikir agar bersama kita celik akal. Sekadar untuk didik diri sendiri dan mengasah bakat dalam penulisan, selagi nafas boleh lagi dihela.




    "Kerja ke depan, Muhasabah ke Belakang"




    Sekian,



    Salam hormat dari saya




    Ai'sah Abol


    Blog Archive

    Pelawat

    blog counter free counters