8:50 PTG
Mereka berasal dari London. Umurnya 5 thn. Menurut ibunya dia sudah membaca Quran pada juzuk yang ke empat. Ketika menanti masuk waktu solat Jumaat di Masjid Babawi, dia membaca ayat-ayat suci. Naik luyu & kuyu matanya, membaca. Tambah-tambah di bawah darjah kepanasan 41 darjah. Penat membaca dia berhenti. Kemudian sambung lagi membaca. Sedikit tidak merengek atau melentok tanda protes kepada ibunya. Mainan juga tiada di sisi. Selesai azan, ibunya solat dia juga bangun solat sunat. Tiada kedengaran suara ibunya memberi arahan. Menoleh mengatur anaknya juga tidak. Saya memerhati sambil berfikir perbezaan perkataan didik dan ajar.
0 Responses to "Antara didik & ajar, mana satu?"
Catat Ulasan