Bandaraya Kuala Lumpur   asing bagi saya. ETS (Electric Train Set) yang saya naiki sampai di KL Central dalam 9.30 pagi. Melepasi jadual yang sebenar 2 jam 13 minit dari Ipoh ke KL Central. Untuk  ke tempat yang dituju saya belum pernah sampai. Tiket LRT pula kena beli  secara layan diri di mesin yang dikhaskan.  Terasa benar-benar seperti “Rusa masuk Kampung.” Ampang Park destinasi sasaran.  Selepas itu saya harus menyambung perjalanan dengan menaiki  teksi . Apapun rintangan yang menghalang,  sepantas  mugkin saya   mesti tidak tersasar  jauh temu janji jam 9.30 pagi. Minda saya aktif berfikir mencari helah bela diri: kebiasaanya doktor akan masuk jam 9.30 pagi. Alhamdulillah, jam 10.05 minit pagi saya sudah di meja pendaftaran Prince Court.  Sarapan bukan lagi keutamaan.

Segala-galanya berlaku dengan pantas. Saat saya menulis ini,  memang saya  tidak ingat lagi bilik  mana yang saya masuk untuk jalani pemeriksaan awal. Begitulah seterusnya. Apa yang saya tahu saya mengejar waktu untuk penuhi semua  proses pemeriksaan seawal mungkin.  Antara yang saya lalui ialah, proses  imbasan pada bahagian mata kiri dan kanan dalam  7 buah bilik yang  berlainan. Subhanallah…Allah Maha Kaya. Allah sayang saya..  Allah amat –amat membantu saya … Wajah staff atau nurse kelinik tiada yang terkehel.  Setahu saya, saya diminta  bergerak  dari bilik ke satu bilik yang lain memenuhi prosedur pengurusan bayaran, farmasi dan consent dalam waktu rehat mereka.  Saya tidak berani bertanya. Apa yang saya fokus hanyalah,  apa yang memudahkan mereka, saya akur dan saya patuh. Terkorban pula makan tengah hari saya dengan nasi. Tapi Alhamdulillah berbekalkan 2 keping sandwich dan  2 botol air 500ml itulah makan tengah hari saya , hari Jumaat  30 November 2012. Masuk ke kelinik, dapat pula sebungkus nasi. Prof belanja kata nurse di situ. Saya jadikan ianya sebagai makan malam.
Diberi penerangan oleh Optometris mengenai Lasik cukup menyeronokkan saya.  Berbual dengannya seperti telah lama kenal. Perkataan baru yang saya seronok perolehi daripada beliau ialah “super positif thinking.”

Pemeriksaan akhir  dihadapan Prof Muhaya kurang dariapda 5 minit pada perkiraan saya. Cukup pantas beliau  memerhati. Dalam hati: “Prof ni biar betul…” Namun saya bermonolog. Dia sudah Prof, dia juga berada dalam bidang dia, betullah tu…….
Kata-kata  Prof Muhaya, “ Kita cuba, kalau ada rezeki, mana tau…??? Insya Allah…..”
Saya setuju dengan saranan  beliau. Namun itu jugalah kata hati saya selama ini, yang Allah  Dengari.
Masih terngiang-ngiang di telinga Kata Prof Muhaya kepada saya: “ Tercapai hajat kan?
Saya balas: “ Alhamdulillah…., Allah beri saya lebih”
Kata Prof: “ Banyak tolong orang, Allah gives you a lot
Jam 5.15 petang saya keluar dari Eye & Lasik Clinic dengan cabaran baru. Ya Allah, tolonglah aku……belum ada tiket untuk pulang ke Ipoh.  Otak saya ligat berfikir dengan  Plan A, Plan B dan Plan C . Untung sabut timbul. Plan akhir, tidor dalam kereta…….
Alhamdulillah….Terima kasih Prof Muhaya. Terima kasih semua Staff  dan nurse di Prince Court Medical Centre Eye & Lasik Centre, Semua nursenya friendly....Terima kasih  Anis dan kawan-kawan. Terima kasih semuanya. Insya Allah, Allah sayang kita semua...
 
Action!!!! berlatih terbujur kaku. 

Prof Muhaya berdoa ....
Masa Prof amat berharga....tersalah langkah  boleh terlepas tangkap gambar. Seronoknya, dapat salam banyak kali. Alhamdulillah dengan suatu peluang keemasan yang Prof beri dengan ketentuan Allah . Semoga Allah terus merahmatinya. Kenangan manis yang tak mungkin saya lupakan. Insya Allah .....
 
 



2 Responses to "Pengalaman manis di Eye & Lasik Clinic"

  1. Tanpa Nama Says:

    Electric Train Service (ETS)
    https://www.facebook.com/ElectricTrainServiceETS

  2. Idah Says:

    puan pergi sorang ke? sy ada temujanji utuk pemeriksaan pada 4/4/2013 ini. Rasanya sy nak pergi sorang sebab huby kena jaga anak2. boleh ke klu sy ke sana sorang diri?

Catat Ulasan

  • Salam Pertemuan




    Pembaca yang budiman,




    Mengisi ruang kecanggihan teknologi ICT, media ini sebagai penghubung di antara saya dan anda. Idea yang dipaparkan memang pendek isi maknanya. Pengisian yang diketengahkan untuk direnung dan difikir agar bersama kita celik akal. Sekadar untuk didik diri sendiri dan mengasah bakat dalam penulisan, selagi nafas boleh lagi dihela.




    "Kerja ke depan, Muhasabah ke Belakang"




    Sekian,



    Salam hormat dari saya




    Ai'sah Abol


    Blog Archive

    Pelawat

    blog counter free counters